W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

December 10, 2012

Memandang Bintang yang Tidak Dapat Digapai.

Memandang tapi tidak dipandang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Some people would say when you're in love, its a bless. Yes, its a sign that you have feelings and its a gift from Allah swt. But must people take it in wrong way as they don't understand the meaning of love.

Apa-apa pun, saya bukan mahu bicara soal cinta dan definisi cinta. Apa yang saya hanya bicara disini adalah mengenai perasaan saya sendiri - perasaan yang dinafikan. Ya, mulut kata tiada lagi perasaan dan sudah tiba masanya untuk meneruskan hidup, namun ianya tidak sama dengan hati. Mengapa menafikan perasaan terhadapnya? Mengapa tidak berterus terang sahaja? 

#1 - Saya takut, takut sekiranya kejujuran saya tentang perasaan saya adalah satu kemurkaan daripada-Nya. Saya khuatir jika setiap tindakkan saya adalah berlandaskan nafsu semata-mata, bukan kerana lillahitaala. Saya sendiri sedar, saya tidak bersedia. Tambahan lagi, saya seorang wanita, lagilah rasa segan dan khuatir. Orang tengah? Tak mungkin, saya takut untuk ambil risiko. Lebih baik sunyi dan sepi.

Encik S : Amy, terus terang pada dia tentang perasaan kau. Kalau tak, kau sendiri terseksa. 
Ameelia : Aku lebih rela terseksa, daripada Allah sendiri murka dengan aku..

#2 - Hati si dia, saya tidak tahu. Yang pasti, dia tidak akan pandang wanita seperti saya yang tiada apa-apa. Saya bukanlah wanita yang cukup baik, apatah lagi ada rupa atau harta. Saya tidak mempunyai apa-apa. Tambahan lagi, apa yang saya faham, dia hanya memandang saya sebagai seorang rakan, tidak lebih dan tidak kurang. Biasalah, siapalah saya untuk dipandang, kan?

Secara jujur, lelah rasanya menahan rasa selama beberapa tahun, penat merasa rindu pada insan yang tidak pasti. Sukar apabila tangan tidak sama-sama tepuk dalam menghasilkan bunyi yang menggembirakan hati. Sebaliknya ianya satu penantian yang agak sunyi dan menyedihkan, seolah-olah mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Sedar diri Amy. Kau bukanlah sesiapa untuk dipandang oleh manusia seperti dirinya. Kau tiada apa-apa. Tolong berdiri dan hidup dalam realiti. Teruskan hidup dan jangan menoleh ke belakang.

Penafian berterusan, menipu diri sendiri. Sedang perasaan itu tidak pernah malap dan ianya tetap dalam hati, cuma semakin terkawal. Tidak meronta seperti dulu. Adakah ianya perkara yang baik? Atau semua kesakitan itu sebenarnya latihan dalam mengawal diriku? Mungkin, Allah Maha Mengetahui.

Ya Allah, jika dia bukan untukku, ku pohon, jauhkan dirinya daripadaku. Jika aku keseorangan, aku lebih memerlukan diri-Mu, bukan hamba-Mu. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...