W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, kekasih, guru di pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

June 15, 2013

Pengorbanan Mereka..


Bismillahirrahmanirrahim.



Sebak hati mengenangkan diri yang akan bertolak pulang ke maktab. Sayu kerana terpaksa meninggalkan emak, abah dan adikku, Amirul. Oleh kerana keperluan untuk aku bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak yang perlu meneruskan perjuangan di medan ilmu, maka segala perasaan yang bermain di dalam hati perlu diendahkan. 

Emak dan abah sentiasa menyokong perjuanganku dalam menuntut ilmu dengan memenuhi segala keperluan. Hari ini, emak dan abah mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar, sedangkan mereka mengalami krisis kewangan. Emak dan abah sanggup mengeluarkan wang untuk membuat penyelenggaraan terhadap kereta kancil yang telah dibeli oleh mereka. Sebak dan tersentuh dengan usaha mereka.

"Emak, kenapa abah susah-susah nak buat maintenance pada kereta tu? Semalam tak cakap apa-apa  pun?" 
"Abah kamu takde duit semalam. Entah macam mana hari ini katanya ada duit sikit nak uruskan kereta kamu tu.." 
"Lahh, kenapa tak cakap takde duit? Pakai sajalah duit adik, mak. Adik ada duit nak buat maintenance. Cukup in-syaa-Allah." 
"Abah taknak guna duit kamu baiki kereta tu. Abah nak kamu guna duit elaun kamu tu untuk belajar. Lepas ni kamu kan nak guna duit bayar duit internet bulanan lagi (maxis)."

Subhanallah. MasyaAllah. Ya Allah, besar sungguh pengorbanan ibu bapaku. Sebak masih terasa sebenarnya, sambil menaip penulisan ini. Air mata mula bergelinangan dalam kelopak mata kerana mengenang semua penat lelah abah dan ibu dalam menjaga dan membesarkan diriku. Emak dan abah banyak menghabiskan duit untuk beri kesenangan kepada anak-anak, sampai melupakan keperluan mereka sendiri.

Sedih..ya Allah sedih kerana mengenangkan diri ini tak mampu nak bayar semua penat lelah mereka. Aku tiada wang untuk membayar semua hutang-piutang mereka, tiada wang untuk mengurangkan beban kewangan mereka ya Allah. 

Jadi, aku cuma mampu bayar dengan usaha aku untuk belajar bersungguh-sungguh untuk buat emak dan abah tersenyum, tersenyum dengan anugerah Dekan yang aku perolehi, aku membayar dengan doaku setiap kali selepas solat, dan aku bayar dengan menjaga diri aku serta berusaha menjadi anak yang solehah agar memudahkan mereka untuk masuk ke syurga.

Ya Allah, tempatkanlah ibu dan bapaku dalam syurgamu yang paling tertinggi. Ampunkan dosa-dosa mereka dan haramkanlah mereka daripada api nerakaMu. Amin.

Sekian dan wassalam.



June 14, 2013

Idola buat diriku

Bismillahirrahmanirrahim.

Perbualan.

Pernah berbual dengan seorang hamba Allah tentang Idola kita, seseorang yang kita sangat sanjungi. Sudah tentu, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah insan yang telah menjadi idolaku kerana perjuangan beliau yang tidak pernah kenal penat lelah dalam membangunkan agama, negara dan bangsa melayu. 

"Engkau suka betul dengan Tun Dr. Mahathir, kan? Dia idola kau ke?" 
"Yup, aku memang sanjung everything pasal dia, terutama dalam kepimpinan.." 
"Untung la ada idola, kan?" 
"Eh, kenapa? Kau tiada siapa-siapa ke nak dijadikan sebagai idola?" 
"Tak.." 
"Eh, kenapa?" 
"Secara jujur, mungkin kedengaran poyo bila aku cakap macam ini, tapi aku nak jadi idola kepada semua orang.."

*******************************

Secara jujur, aku suka dengan kejujuran dia dan sanjung dengan cita-cita dia. I mean, agak sukar bagi aku untuk jumpa seseorang yang ada cita-cita yang agak besar, yang ingin menjadi idola kepada semua orang. Bukan mudah untuk dijadilkan sebagai idola, kemahuan untuk disanjungi itu memerlukan usaha dan memegang tanggungjawab yang agak besar. 

Kenyataan yang dikeluarkan olehnya kedengaran agak berkeyakinan diri, tapi itu adalah kejujuran dirinya. Bukan ingin mengangkat dirinya, tetapi dia sedar itulah kemahuan yang ingin dicapai oleh hamba Allah ini. Kebanyakkan orang mungkin akan beranggapan golongan ini seolah-olah terlalu yakin dan poyo, namun tidak dalam pandangan mata aku. Dia unik, dia menjadi dirinya sendiri!

It's like I have found someone who have a high level of confidence just like Naruto. Seriously, no joke, okay? Sebab apa? Sebab kata-katanya dan semangatnya yang tidak pernah menyerah. Dia bukan sekadar cakap, tapi dia berusaha ke arah untuk disanjungi. Cuma bezanya dia dengan naruto, Naruto lebih aktif dan lebih outspoken.

Bila bertanya kepada diri aku, aku sendiri takkan mampu mengungkapkan kata-kata sepertinya. Secara jujur, aku juga ada angan-angan sepertinya, ingin disanjungi, cuma aku berasa kurang yakin dengan diri sendiri, kemampuan aku dan sebagainya. Senang cerita, I didn't have anything to prove to other people about my capabilities

Oleh sebab rasa kurang yakin dengan kemampuan sendiri, aku hanya mampu mengangkat orang lain untuk disanjungi. Siapa lagi yang aku meletakkan rasa kesanjungan dan hormat? Sebenarnya ramai, cuma antara mereka yang aku ingat namanya (sebab aku jenis manusia yang sentiasa lupa nama orang lain. Teruk, iya aku tahu) seperti Dena Bahrin. 

Dena Bahrin bersama suaminya.

Bila sebut tentang Dena Bahrin, semua orang kenal dia. Artis youtube yang muslimah, comel dan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia ni lebih muda setahun daripada aku. Few things that I like about her ialah dia ni bukan sahaja muslimah yang menawan, dia juga seorang yang manis, beriman, bijak dan berilmu. 

Kata-kata yang dilontarkan olehnya di twitter mostly mempamerkan keimanan dan kebijaksanaan dia sebagai seorang wanita muslimah yang sedang berkata-kata. Dipendekkan cerita, dia mempunyai ciri-ciri wanita idaman setiap lelaki soleh, begitulah. Jika hendak dibandingkan aku dengan si adik manis ini, sudah pasti bagai langit dengan bumi. Haha.

Personaliti yang ditampilkan olehnya membuatkan aku rasa mahu menjadi sepertinya. Namun, rasanya jauh lagi perjalanan nak menjadi wanita solehah. Current state pun masih merangkak-rangkak, iman pun lebih nipis daripada kulit bawang, apatah lagi dalam mengawal nafsu dan terus-menerus melakukan perkara lagha - sedar diri. Rasanya tidak mungkin mampu menjadi seperti dia. Hurm.

Walau apapun, aku mahu lihat segalanya dari sudut yang lebih optimis. Aku mungkin tak boleh menjadi dirinya, sebab setiap hamba yang diciptakan oleh Allah itu adalah unik dan tidak akan menyerupai yang lain. I can stick to be myself, cuma perbaiki dalaman untuk menjadi lebih baik. Kerana jika baik dalamnya (hati), maka begitu juga dengan luarannya. In-syaa-Allah. 


June 9, 2013

Pencarian seorang Hamba..



Perjalanan yang masih jauh, dan aku masih dahagakan kasihnya. Mengapa usaha ini sungguh memenatkan? Mengapa semakin aku menggapai dan mencari cintaNya, aku semakin penat dan berputus asa? Kadang-kala ingin saja aku mengungkapkan perkataan putus asa. Aku tidak pernah puas, puas mencariNya, mencari rahmatnya.

Semakin aku lalai, aku semakin merasakan diri makin tersasar daripadanya. Namun, aku tidak dibiarkan tersasar begitu sahaja. Aku sentiasa merasakan Dia sentiasa memanggil diriku, dengan caranya tersendri - menggunakan hamba ciptaan-Nya, untuk mengingatkan aku kembali kepadanya. Mungkin itu petunjuk daripadaNya? Adakah itu yang dikatakan sebagai rahmatNya?

Namun, jika benar Dia memanggil diriku, kenapa aku masih gagal; gagal menjadi hamba-Nya yang lebih baik? Mengapa aku masih leka? Mengapa aku masih tidak konsisten menjadi hambaNya yang solehah? Mengapa aku masih di takuk yang sama dan mengapa aku tidak tergerak untuk bersujud kepadaNya dengan lebih tekun? Sedangkan aku sedar, aku hanyalah seorang hamba, hamba yang telah menginkat janji dengan-Nya ketika di Luh Mahfuz. Tapi mengapa tiada usaha yang aku buahkan sebagai hamba-Nya?

Ya Allah, aku masih dahagakan rahmatmu. 
Tapi mengapa aku tiada usaha kepadaMu? 
Mengapa aku masih lemah? 
Mengapa Kau ciptakan aku sebagai hambaMu yang terlalu lemah? 

Astaghfirullahalazim.

Genggam erat hatiku, jangan pernah biarkan aku terlepas daripadaMu ya Rabb, kerana aku masih mahu menggapaimu. Jangan sesekali biarkan aku terbiar, tersisih daripadaMu. Cintailah aku, walaupun aku bukan hambaMu yang terbaik. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...