W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

October 29, 2013

All About My Wife

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kelakar. Sepatutnya minggu peperiksaan harus dihabiskan untuk mengulangkaji pelajaran, tapi aku pula sibuk melakukan aktiviti movie marathon selagi ada masa. Jika zaman budak-budak hingusan bukan main aku menelaah siang malam sampai tidak ingat untuk tidur. Sekarang aku pula sibuk melayan filem-filem daripada teman-teman. Mungkin kerana sudah penat dengan rutin yang sentiasa dilakukan hampir 4 tahun setengah. 

Dalam pukul 9.45 pagi, setelah selesai rutin-rutin mengemas bilik yang bersepah akibat kerja-kerja melukis untuk menyiapkan tugasan orang lain, aku cuba untuk mencuri masa menonton filem yang telah diambil daripada jiran-jiran sebelah. Hendak dipendekkan cerita setelah menggeledah Hard-Disk milik jiran, mata terus terpandang satu tajuk filem yang agak menarik, tetapi cerita Korea (yang mana aku bukan peminat cerita Korea) yang menjadikan aku berasa was-was untuk menonton.

Nak tahu ke tidak tajuk filem yang aku tertarik tu? 
Okayyy.. Here it goess...

All About My Wife


suami yang timid versus lelaki kasanova. Haha.

Sinopsis


Sebuah cerita komedi dan romantik yang menceritakan perihal seorang suami yang merupakan seorang yang penakut dan pemalu; telah mengupah seorang kasanova untuk menggoda isterinya yang kelihatan sempurna namun memiliki sikap yang garang dan agak brutal, dengan meletakkan satu harapan agar isterinya menceraikannya.


Perspektif / Sudut Pandangan


Secara keseluruhannya, cerita ini sangat menarik dan harus ditonton oleh mana-mana pasangan suami isteri yang mempunyai masalah dalam rumah tangga mereka. Berikut merupakan beberapa pandangan dan kritikan yang aku perolehi daripada cerita ini :

  • Difahamkan, jangka masa 10 tahun alam rumah tangga merupakan proses pengukuhan pembinaan 'masjid', terutamanya dengan kehadiran anak-anak. Boleh dikatakan, ianya tempoh masa yang tidak stabil dan dalam jangka masa tersebut pasangan suami isteri memerlukan kesabaran dan sokongan antara satu sama lain untuk 'Fix Things Out".
  • Jika bukan masalah anak-anak, mungkin boleh berlaku kepada perubahan sikap pasangan. Sebagai contoh, pasangan mempunyai sikap yang berlainan daripada sebelum berkahwin dengan selepas berkahwin, yang mana mengikut kajian mengatakan pasangan akan mula kembali kepada sikap yang asal.
  • Cerita ini mengingatkan satu buku yang bertajuk "Men From Mars, Women From Venus", yang mana dalam buku tersebut telah mengatakan wanita membina hubungan melaluki komunikasi dan lelaki pula membina hubungan menerusi aktiviti yang dilakukan secara bersama. Perkara ini dapat dijelaskan apabila isterinya mengeluh perihal sikap suaminya yang tidak mendengar suara hatinya. Isterinya hampir jatuh hati kepada lelaki kasanova apabila lelaki tersebut mula melayannya sebagai seorang wanita. But I believe thats a women's nature that wants to be treat like a queen and as a precious person in their men's life
  • Si isteri memang tidak dinafikan mempunyai masalah tingkah laku, seorang yang sentiasa berbicara secara terus tidak berlapik, sentiasa memandang semua perkara dari sudut yang negatif dan mengalami masalah emosi, dipendekkan cerita "moody all the time". Isterinya mengalami perubahan tingkah laku kerana kesunyian yang dirasai olehnya, kerana merasakan dirinya seolah-olah tidak lagi dicintai oleh suaminya suatu ketika dahulu. Boleh dikatakan suaminya sering menyalahkan sikap isterinya daripada cuba mencari penyelesaian untuk masalah isterinya.
  • Bagi aku, suami wanita tersebut seorang yang kurang bijak dalam menangani masalah rumah tangganya. Dia terlepas pandang perihal hati dan keperluan isterinya dari sudut emosi dan mental, yang mana dia telah memandang perkara-perkara yang diperkatakan oleh isterinya secara remeh, hingga menyebabkan isterinya tidak mengalami kebahagian bersama suaminya selama beberapa tahun dalam perkahwinan mereka.

Wahai Lelaki, Sila Ambil Perhatian!


Aku rasa ramai lelaki terlepas pandang tentang keperluan hati seorang wanita yang lebih memerlukan sokongan dari aspek emosional dan mental daripada perkara-perkara lain. Apabila seseorang wanita mengalami kesedihan, dia memerlukan seseorang untuk mendengar perkara yang terbuku di mindanya, mendengar segalanya yang terbuku di hati. Tapi kebanyakkan lelaki tidak memenuhi wanita dari sudut emosi mereka, kadang-kala lelaki terus 'lost' dengan kehendak hati wanita. 

Salah satu bacaan kegemaran ketika waktu lapang.


Wahai kaum adam, listen and read this carefully. Or else, read a book that I have mentioned above. Apa yang wanita perlukan setelah berpenat lelah untuk kalian (isteri kalian terutamanya) adalah penghargaan dan kasih sayang daripada kalian. Mereka memerlukan kalian mendengar luahan hati mereka, dan kebanyakkan daripada wanita akan mengatakan sesuatu dari sudut emosi mereka. Apabila seseorang wanita mengeluh mengatakan sesuatu yang tidak jelas bagi pandangan mata anda, sebenarnya ada perkara lain yang dia ingin cuba sampaikan.

Okay, contoh ayat adalah begini :

"Sudah lama tidak keluar dengan awak." 

Padahal ketika itu anda sedang keluar bersama dengan dia. Anda sebagai suaminya pun terkial-kial mahu memikirkan perkara yang bermain dalam minda isteri, "adakah aku tidak menjadi seorang suami yang baik pada pandangan matanya", kan? Pada hakikatnya mesej yang ingin disampaikan oleh isteri adalah disebaliknya. Nak tahu makna ayat disebaliknya?

"Sudah lama kita tidak keluar berjalan-jalan seperti waktu dahulu. Dulu kita selalu bersama, tapi sejak awak sibuk, kita jarang keluar bersama."

Please boys, please treat your girl secara konsisten. Secara jujur, aku sebagai seorang perempuan pun nak mengeluh dengan perubahan orang lelaki. Aku perasan sangat, mana-mana lelaki pada awal perkenalan akan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan wanita yang dia inginkan, namun setelah dia berjaya memikat dan memiliki perempuan tersebut, mereka mula tidak tahu untuk melayan perempuan seperti pertemuan pertama mereka. Keadaan tersebut sentiasa membuatkan mana-mana perempuan akan berasa; 

"adakah suami aku tidak mencintai aku seperti dahulu? Atau dia sudah berubah hati kerana aku tidak secantik dahulu?"

Kadang-kala aku rasa budak-budak pun tahu nak menghargai orang lain. Sebagai contoh, kalau anak sendiri pun boleh puji ibu mereka cantik dan baik, takkanlah suami sendiri yang telah mengharungi susah senang secara bersama-sama, masih tidak tahu menghargai istrei sendiri? Sekurang-kurangnya pujilah isteri kalian cantik ke, baik ke. Tidak rugi satu pun, sebaliknya dapat pahala sebab buat isteri gembira. Kalau isteri gembira, si suami juga dapat makan nasi tiga pot sampai habis bila lauk dimasak sedap-sedap, kan?

Orang kata perempuan suka kepada lelaki kaya - materialistik. Itu semua mengarut, serius mengarut. As long as you know how to treat your girl dengan cara yang betul, memang tidak akan ada masalah. Jika ada masalah pun, itu adalah lumrah dalam mana-mana hubungan suami isteri. Mana ada hubungan yang sempurna. Jika ikut statistik kajian dalam rumah tangga telah menunjukkan perempuan tidak memilih rupa berbanding lelaki. 

Akhir kata...


So, men out there! Tolonglah hargai isteri-isteri kalian. If you treat them like some kind a trash, lihatlah di akhirat nanti. Allah akan balas lebih teruk daripada perkara yang kau buat pada isteri kau di dunia!

Nota kaki : Kenapa aku bercakap seolah-olah macam ada pengalaman mendirikan rumah tangga? =.="


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...