W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

October 30, 2013

Sampai Bilakah?

Termenung jauh dan mengenangkan kenangan lama sambil memandang pemandangan yang indah di pagi hari dari kaca jendela rumah. Indahnya suasana pagi hari ini dan begitulah ciptaan Allah. Namun, ketenangan pada pagi tersebut terus hilang tatkala memikirkan perihal dunia - terutamanya nasib umat islam sama ada di luar dan dalam negara.


Adakah selama-lamanya akan aku melihat penindasan terhadap umat islam? Aku melihat saudara-maraku berkorban mempertaruhkan nyawa nenperjuangkan agama Allah. Mereka berjuang hanya kerana Allah. Sedang aku, melihat diriku yang hanya semakin hina dalam kesenangan yang dikurniakan. Tidak digunakan sedikit pun masa dan waktu untuk memunajat dan bertasbih kepadanya. Sungguh lalai dan hina aku dimata-Nya.

Aku melihat di negaraku, umat islam semakin lemah dan semakin lalai. Banyak persoalan yang bermain di dalam mindaku. Adakah benar mereka memperjuangkan islam kerana Allah? Jika benar matlamat utama adalah Dia, mengapa sentiasa wujud pertikaian dalam hati manusia-manusia yang meragui perjuangan mereka? Bukankah perjuangan keranaNya akan menjadikan hati seseorang itu kukuh, tidak mudah dibolah-balikkan iman di dadanya?

Aku melihat umat islam semakin mengejar keduniaan, seolah-olah mereka hidup abadi, tiada hari akhirat. Masing-masing rakus mempamerkan kemegahan dan kemewahan, hingga melupakan golongan-golongan yang lebih memerlukan. Aku melihat insan yang miskin di pandang hina dan jijik, apatah lagi mereka yang kurang dari pelbagai segi. Yang pandai, yang megah, yang mewah, yang berharta, yang berpangkat dicanang-canang dan dibangga-banggakan. Tapi adakah itu yang dipandang oleh Dia?

Aku melihat umat islam saling mengkeji, menghina dan memperlekehkan. Tidak kira golongan beragama dan golongan biasa, masing-masing sibuk membetulkan dan menegakkan perkara yang dibual bicara, tiada pula menegakkan hubungan ukhwah antara mereka. Masing-masing berlumba-lumba mencari kelemaharan orang lain, tidak pula mencari jalan untuk membangun induvidu lain. Adakah ini ajaran islam yang sebenar?

Sampai bilakah aku akan terus melihat adengan-adengan sandiwara murahan muslimin ini? Adakah kita tidak sedar yang Dia sedang memerhatikan kita dari atas? Tidak malukah kita untuk menghadapnya?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...