W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

November 2, 2013

I Don't Need A Man to Make Me Feel Good

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


“A girl wants attention, a woman wants respect. A girl wants to be adored by many. A woman wants to be adored by one.” - anonymous
Kata-kata di atas memang membuatkan aku mengenang kembali bait-bait kata daripada beberapa orang hamba Allah, anak adam yang agak pincang juga dalam berkata-kata. Lagak anak-anak adam ini gemar mengkritik, mungkin dengan mengkritik dapat meningkatkan rasa keyakinan diri mereka. Oleh kerana hobi mereka adalah mengkritik, maka aku juga tidak terlepas menjadi mangsa kritikan mereka. 


"Amy, hang ni cuba la lembut sikit."
"Hang tu cubalah berlawa sikit. Mami tu pun lagi pandai berfesyen daripada hang!"

"Eh, aku tak berminatlah nak berkenalan dengan dia. Dia tu macam ganas sangat."

"Hang ni cubalah jalan tu slow sikit, hang tu perempuan."

"Kau tak laku amy!"


Dan ini merupakan salah satu perbualan yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila :

"Hang nak tahu tak macam mana nak bagi lelaki minat pada hang?"



"Hah? Apa dia tu?" *lain macam je mamat ni..*


"Cuba hang pakai baju warna-warni sikit. Jaga sikit tingkah laku, sopan sikit.."


Kelakar. Lucu. Penat juga sebenarnya berhadapan dengan kritikan manusia seperti ini. Secara jujur, aku tidak faham dengan mentaliti mereka. Sedih apabila berhadapan dengan penghakiman manusia. Mereka tidak sedar manusia yang mempercayai penghakiman yang diadili oleh mereka adalah tepat dan benar seolah-olah bertuhan pandangan dan persepsi mereka - sedangkan Allah itu lebih Maha Adil dan aku rasa persepsi Allah juga tidak sekejam manusia. 

Secara jujur, pada awalnya aku hampir tenggelam dengan persepsi mereka - aku mempercayai kata-kata mereka bahawa aku wanita yang serba kekurangan, serba-serbi cacat cela dan mungkin kerana itu aku tidak dipandang lelaki. Kata-kata mereka memang berjaya buat aku jatuh sehingga hilang rasa keyakinan diri terhadap diri sendiri - I almost lost my sense of worthiness.

Apabila aku mula menukar cara berfikir..


Tidak berbaloi aku melayan tanggapan mereka. They are nothing. Then, I'm asking myself

Pertama :
Kenapa aku perlu kelihatan cantik di hadapan lelaki ajnabi, yang bukan suami aku? Berbaloikah aku menerima tanggapakan manusia yang mengemukan persepsi berdasarkan nafsu mereka tetapi bukan ilmu?

Kedua :
Perlukan aku melembutkan suaraku dihadapan lelaki? Seperti control ayu, tidak menjadi diri sendiri? Hanya aku bercakap dengan nada tegas dan berperwatakan tegas di hadapan lelaki, aku dilabel sebagai ganas?

Ketiga :
Kenapa dengan cara aku berjalan? Hanya kerana aku berjalan pantas, tidak mahu membuang masa, aku dikatakan kurang kewanitaan? Perlu ke aku berjalan secara lemah longlai dan membiarkan masa memotongku? 

Please listen dan Read Carefully!


Maaf sekiranya kata-kata aku mungkin agak kasar. Aku sebenarnya ingin sahaja tergelak apabila seseorang menanyakan perihal aku berpakaian. Jika aku menerima apa yang diperkatakan oleh mereka secara buta tuli hingga tidak berfikir panjang, nampak benar aku seumpama manusia yang bertindak seperti lembu yang dicucuk hidung. Berikut merupakan huraian panjang lebar berkenaan dengan persoalan-persoalan di atas untuk menjawab kritikan-krtitikan lelaki :

Persoalan Pertama : 

Niat aku berpakaian untuk siapa sebenarnya? Allah. Jika aku lakukan hanya kerana untuk mendapat redha Allah, tidak semestinya aku perlu berpakaian cantik berwarna-warni, ikut trend. Apa yang aku mahukan hanya mendapat redha Allah, dan hanya kerana Allah. Yang penting hendakah kemas dan rapi, tiada bau dan kekotoran pada baju aku. Jika aku ada suami, dan dia ingin aku kelihatan cantik, barulah aku akan mengikut keinginan. Jadi mengapa aku perlu berpakaian menarik hanya untuk menarik perhatian lelaki ajnabi? Dan bagaimana pula hukumnya dalam agama? Dan apa pula pandangan Allah melihat diriku? Astaghfirullahalazim. 


Persoalan Kedua : 

Terdapat peringatan perihal melembutkan suara kepada perempuan oleh-Nya di dalam Alquran;


فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)” (Al-Ahzab : 32)

Jadi disini perlukah aku melembutkan suaraku di hadapan lelaki ajnabi yang mungkin mempunyai penyakit hati? Tambah-tambah bila berhadapan dengan lelaki yang mahu aku melembutkan suaraku di hadapannya. Adakah dia lelaki yang mampu menjaga hatinya? Adakah imannya cukup kuat? Aku rasa tiada kepentingan bagiku untuk melembutkan suaraku hanya kerana untuk memenuhi keinginan manusia yang mungkin dipengaruhi oleh nafsu mereka. 

Jika aku melembutkan suara dan tingkah lakuku, bagaimana pula dengan suamiku? Apa yang aku mahu berikan kepada suamiku? Apakah keistimewaan yang aku hendak berikan kepadanya? Daripada aku memberikan keistimewaan melembutkan suara dan tingkah laku kepada lelaki ajnabi yang hanya dapat dosa, lebih baik aku melembutkan suara dan tingkah laku di hadapan suami yang lebih mendapat pahala dan redha di sisi Allah.


Persoalan Ketiga :

Ingin aku menyopankan cara berjalan? Seperti mana? Lenggok seperti model yang mungkin menggoyahkan iman lelaki? Maaf, aku bukan wanita seperti itu. Bagi aku, jika cara aku berjalan yang laju membuatkan lelaki kurang tertarik dengan aku, aku rasa lebih baik daripada cara jalan yang lain kerana aku tidak mahu membuat satu perlakuan untuk menarik perhatian lelaki ajnabi. Tambahan lagi, mengapa aku perlu berjalan secara perlahan-lahan yang memakan masa?  Aku mahu mengejar masa, that's it, nothing more.

Perlukan aku merendah diri?





Ayat ini membuatkan aku kembali untuk reflek diriku. Allah cipta aku, kenapa aku perlu rasa rendah diri hanya dengan kata-kata manusia yang tidak sempurna? Allah itu sempurna, maka dia cipta aku dengan sempurna. Aku perlu rasa bersyukur dengan diri aku. Mengapa hanya kerana kritikan manusia perihal baju dan perbuatan aku perlu merasa cepat hilang keyakinan diri? 

Ada lagi manusia yang dikritik lebih teruk daripada aku di luar sana. Ada lagi manusia yang lebih susah, ada yang tidak sempurna fizikalnya. Namun tidak pernah dia berputus asa. Yes, I need to love myself more than anyone. Aku perlu yakin dengan diri sendiri, aku perlu yakin dengan kekuatan dan kelebihan yang aku miliki.


Kesimpulan sebagai penutup bicara


Apabila aku mendengar permintaan-permintaan lelaki yang berunsur keduniaan ini, hanya satu aku fikirkan, mereka tidak matang. Penglihatan mereka hanta tertumpu kepada fizikal semata-mata, tanpa melihat dan mengenal wanita dari sudut yang lebih menyeluruh. Mereka hanya menilai perkara yang mereka nampak secara mata kasar.

Aku bukanlah wanita yang mahu hidup dalam persepsi dunia yang kelam-kabut, yang dipengaruhi agenda-agenda yang semakin hari meruntuhkan moraliti manusia. Jika di mata manusia aku kurang cantik, kurang menawan dan kurang mengikut trend, aku terima dengan hati terbuka dengan kritikan mereka. 

Aku ambil kembali kata-kata di atas, tidak perlukan perhatian sebaliknya cukuplah sekadar penghormatan. Aku tidak mahukan pujaan daripada ramai lelaki, sebaliknya cukuplah hanya seorang yang memujaku, iaitu suamiku. Dan yang paling penting, aku mahukan hanya Allah yang meredhai setiap perilaku diriku. 

I don't need a man to make me feel good, only Allah who can me feel that way.

Sekian dan terima kasih.

Nota kaki : Lelaki ni kuat juga pemerhatian mereka, kan? Pelik, tak pula jaga pandangan mereka. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...