W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, kekasih, guru di pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

January 31, 2014

Ciri-ciri Suami Idaman



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dulu pernah ada seorang sahabat ni pernah tanya aku ciri-ciri lelaki idaman aku. Aku senyap je masa tu, sebab aku pun tidak pasti ciri-ciri lelaki yang aku suka. Kebanyakkan kawan-kawan aku mesti akan bertanya benda-benda macam ni. Tak tahu pasal apa. Ada juga yang anggap orang macam aku hanya tertarik dengan lelaki yang ada rupa, ada duit, ada pangkat. Walhal, bukan benda tu yang aku cari daripada bakal pasangan aku.

Apa-apa pun berikut merupakan ciri-ciri yang aku cari dalam diri bakal pasangan. Antaranya :


#1 - Soleh, boleh membimbing


Aku suka tengok lelaki yang soleh, baik dan budiman. Aku rasa semua orang nak lelaki yang soleh, kan? Tapi biasanya orang akan kata lelaki soleh ni akan dikaitkan dengan pak ustaz. Actually, aku bukan mencari seorang ustaz untuk dijadikan suami, cuma memerlukan seseorang lelaki biasa yang boleh membimbing aku dan anak-anak ke syurga. Siapa tak simpan angan-angan nak masuk syurga bersama insan tersayang, kan? Lelaki ni walaupun tidak berpenampilan dengan kopiah or serban di kepala, tapi kalau dia tahu selok-belok agama dengan baik, sembahyang, mengaji dan ada kemahuan untuk solat jemaah dengan anak bini, itu pun dah cukup bagi aku. Sebab kalau boleh one day aku nak tengok suami aku mengajar anak-anak dia mengaji, sembahyang dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan agama.


#2 - Rupa paras sekadar sedap mata memandang.


Aku suka lelaki ada rupa sekadar sedap mata memandang dan rupa paras sederhana, sekadar ada senyuman yang boleh menyejukkan mata dan hati. Aku memang tak berapa nak berkenan dengan lelaki yang ada rupa sangat. Aku suka tengok lelaki yang hensem, tapi untuk dijadikan sebagai teman hidup tu memang kalau boleh nak elakkan. Bukan apa, mostly lelaki yang aku jumpa yang ada rupa suka syok sendiri rasa diri tu hensem sangat. Biasalah, ada perempuan nak, kan? Bukan itu je, kalau ada suami hensem ni susah sebab mudah untuk dikebas oleh orang nanti. 



#3 - Sederhana, sekadar lelaki biasa.


Sebenarnya aku suka lelaki biasa, sederhana. Lelaki sederhana yang aku maksudkan ni lelaki yang biasa daripada segi penampilan, pekerjaan, kewangan dia dan sebagainya. Ada kawan-kawan lelaki aku anggap perempuan mostly nak kejar lelaki yang berduit. Tapi bukan itu yang aku cari daripada pasangan hidup aku. Kalau boleh aku nak hidup sederhana dengan dia. Kalau boleh pekerjaan dia pun cukup hanya seorang guru jugak macam aku. Duit tak penuh poket pun takpe, asalkan cukup untuk bagi anak bini dapat makan sesuap nasi, hidup selesa dan cukup mana yang penting. Alah, dapat orang lelaki kerja kampung pun aku tak kisah. Bukan apa, kalau banyak duit tapi selalu tiada di rumah pun susah juga, sebab anak-anak nak membesar perlukan seorang bapa di samping mereka. Takkan aku nak lihat anak-anak aku membesar dalam keadaan bapa yang sering tiada di rumah.


#4 - Penyayang, memahami dan matang. 


Hati perempuan macam aku ni cuma perlukan lelaki yang memahami, sayang diri aku sepenuh hati, ambil berat pasal aku dan boleh faham isi hati aku. Kalau boleh lelaki yang budiman sangat dan berlemah lembut bila bercakap dengan aku. Aww~ Aku memang perlukan seseorang yang boleh SANGAT memahami aku, sebab aku ni seorang yang agak kompleks dari segi pemikiran dan tingkah laku. Susah nak baca perangai aku ni. Kalau boleh si dia tu memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi, sebab aku ni spesis manusia yang cepat terasa even the smallest thing pun akan buat aku cepat terasa dan cepat merajuk. Kalau boleh nak sangat bakal husband yang ada kemahiran memujuk. Kalau dapat seseorang yang sangat romantik pun best! Dalam paling penting, dia boleh sayang dan terima seadanya diri aku tanpa complain sikit pun. Kiranya, dia perlu bersikap bijak dan matang dalam menangani isteri macam aku. 


#5 - Tidak Merokok


Ini syarat wajib sebenarnya, si dia mesti atau memang bukan perokok yang tegar. Aku tak suka lelaki yang merokok sebab aku tidak tahan dengan bau asap rokok, sebab boleh buat aku rasa macam nak sesak nafas. Tidaklah teruk sangat sesak nafas tu, tapi memang spesis yang tidak boleh terima bau rokok tu. Aku pun taknak anak-anak aku melihat perilaku abah dia yang kuat merokok, sebab takut dan risau menjadi ikutan. Aku taknak anak-anak aku akan jadikan abah dia sebagai satu alasan untuk dia merokok dan akan pertikaikan kalau abah dia boleh merokok, kenapa dia tak boleh? Oh my. :(


#6 - Mempunyai ideologi yang sama


Aku sebenarnya meletakkan harapan yang tinggi dalam mencari seseorang yang mempunyai idealogi yang sama dengan aku. Aku suka bercakap pasal politik sebenarnya, walaupun tidak mahir atau tidak bijak. Jika dapat seseorang yang berkongsi idealogi yang sama merupakan sesuatu yang sangat epic la bagi aku. Susah nak jumpa seseorang yang berkongsi perkara macam ni secara bersama. Aku ni bukanlah nak bersuamikan seorang fanatik politik, tetapi seorang yang boleh berbincang politik secara matang tanpa memberatkan mana-mana pihak. 

Walaupun dia berpihak dalam pihak yang lagi satu, tapi dia mampu menyatakan perkara yang negatif jika pihak yang dia sokong melakukan kesilapan. Kiranya, dia tidak akan menegakkan benang yang basah, yang salah tetap salah. Aku susah nak terima orang yang berlainan politik sebab aku risau kalau rumah tangga tu retak sebab benda-benda macam ni. Banyak sahaja kes suami isteri bercerai sebab politik, tambah-tambah kalau ada pilihan raya. Waktu itulah banyak perkataan-perkataan yang kesat dan kasar, tomahan-tomahan fitnah berleluasa. Kalau dipengaruhi oleh emosi, silap hari bulan rumah tangga pun berantakan.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Begitulah serba sedikit tentang ciri-ciri lelaki yang aku suka. One day kalau ada orang tanya lagi ciri-ciri lelaki yang aku suka macam mana, aku hantar je post ni pada wall Facebook dia. Malas nak jelas dan ulang banyak kali. Jimat masa pun ye juga. Mungkin boleh jadi penyelamat juga, kan? haha

Sekian sahaja penulisan untuk hari ini. Wassalam.

Cemburu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku mencemburui wanita-wanita yang baik dan solehah. Kerana apa? Kerana mereka ada kekuatan dan kesabaran untuk membentuk diri mereka menjadi wanita-wanita yang baik, sentiasa berusaha secara konsisten ke arah mendapatkan rahmatnya. Sedangkan aku masih lalai dalam perkara-perkara duniwai. Kadang-kala sedih kenangkan betapa lemahnya aku sebagai hamba-Nya dalam melawan hawa nafsu. Dan paling menyedihkan, sentiasa terikut dengan tuntutan hawa nafsu.

Entah bila agaknya aku mampu membentuk diriku menjadi insan yang solehah dan mulia dalam mata-Nya? Agak-agaknya bila lagi giliran aku berubah dan menjadi wanita yang lebih baik?

sekian dan wassalam.

Aku tidak layak untuk itu.


Kurang selesa apabila aku dilabel sebagai wanita baik hanya kerana cara aku berpakaian, cara aku mengutarakan kata-kata yang kedengaran islamik. Aku lakukan kesilapan. Aku seorang pendosa. 

Hanya Dia yang tahu siapa diriku. Kalian tidak mengetahui apa-apa perihal tentang diriku. Jangan mudah menuding dan melihat diriku sebagai insan yang 'baik' kerana suatu hari nanti kesilapan yang bakal aku lakukan akan memperlihatkan kejahilan diriku. Dan pada ketika itu juga, aku cuma meminta kalian jangan terkejut seperti terhantuk dinding - kerana aku hanya seorang manusia, mana mungkin boleh lari daripada melakukan kesilapan.


Aku berpakaian dengan cara tersendiri, yang aku anggap biasa. Aku menutup bahagian yang perlu ditutup, kerana apa? Kerana aku selesa begitu, aku selesa menutup bahagian yang wajib ditutup. Aku menutup atas 'arahan' Dia. Tapi apabila aku mengikut arahan Dia, tidak bermaksud aku seorang yang baik secara total. Ada kalanya aku juga terbabas daripada Dia. Maka aku bukanlah seseorang yang layak mendapat gelaran "wanita solehah' seperti yang sering diperkatakan oleh orang lain.

Jika aku mengucapkan perkara-perkara yang berbentuk islamik, tidak bermakna juga aku seorang yang baik atau wanita solehah. Aku mengatakan perkara-perkara yang baik tentang Allah, kerana Allah itu memang terlalu baik kepada aku dan hamba-hambaNya yang lain. Jadi jika seseorang mengeluh kepadaku tentang Dia, atau tentang kehidupan mereka yang serba serbi kekurangan, aku ingin berkongsi dengan mereka betapa besarnya Allah, betapa adilnya Allah dan betapa bijaknya Allah dalam percaturan hidup kita. 

Tapi tidak bermakna aku tidak pernah mengeluh, aku juga mengeluh sebab aku manusia, aku juga pasti akan penat dengan percaturan Dia. Kerana itu aku sentiasa menafikan kenyataan mereka tentang diriku, sebagai wanita yang solehah. Aku tidak layak untuk mendapat gelaran itu. Aku terlalu hina di hadapan Dia, terlalu banyak dosa yang aku lakukan. Maka, gelaran 'solehah' sama sekali tidak layak dan tidak pantas buat diriku. 



Parut ini telah membinaku..


 "Kak Amy ni matang, serius."

"Kental betul jiwa ko kan? Pergi mana-mana pun boleh sorang-sorang."

"Aku tahu ko macam mana, Amy. Ko kuat. Dari raut muka pun aku dah nampak ko tabah."

Aku tak rasa kuat pun, aku tak rasa tabah pun. Aku terlalu banyak kekurangan. Dan aku sebenarnya kuat menangis. And I Feels insecure when being alone.

Tapi...

Kesusahan, penghinaan dan keseorangan memang banyak aku erti pengalaman hidup. Bila aku perlukan seseorang dan orang yang aku perlukan tiada disisi untuk hulurkan bantuan, dari situ aku kenal pertolongan Allah itu lebih penting daripada pertolongan manusia. Aku tidak tabah, aku tidak kuat -  tapi kenangkan aku yakin Allah sentiasa berada di sisi aku tatkala aku berasa berseorangan, aku terus yakin dan mampu untuk berdiri sendiri.

Manusia seperti aku bukanlah sesiapa dan hanya makhluk yang lemah. Kekuatan aku bina hanyalah berlandaskan kepercayaan aku terhadapNya - kerana Dia percaya aku boleh lakukan, walaupun secara berseorangan. Dia berikan aku merasai jiwa keseorang dan berseorangan tanpa sesiapa di sisi, maka perkara yang dikurniakan olehNya buatkan aku yakin aku boleh hidup tanpa sesiapa, melainkan atas izin-Nya.


Pernah tak dengar, pengalaman yang mematangkan kita? Setiap kesakitan yang aku rasai sepanjang aku kenal untuk hidup secara berdikari di sebuah tempat yang agak asing ini, buatkan aku untuk mengenal erti sabar dan toleransi. Biarpun di luar sana aku sentiasa dikutuk dan dipandang rendah oleh mereka yang merasakan diri mereka lebih 'tinggi', itu tidak pernah buat diriku berasa gentar.

Aku sedar, aku lemah dan air mata pun sudah banyak mengalir tatkala konflik duniawi membelenggu jiwa dan mentalku. Daripada setiap kelemahan itu aku belajar untuk bangun, menguatkan diri yang sedang lemah. Kerana kesakitan itu juga aku sentiasa memandang sesuatu dari sudut perspektif yang positif, so that aku dapat mengurangkan rasa gundah dan gulana. Mungkin dari situ ada segelintir adik junior yang mengenalku mengatakan aku seorang yang matang. 

Mungkin kerana cara aku yang sebegitu, menjadikan mereka melihat aku seorang yang matang. Cara aku menangani setiap kekusutan dan masalah serta melihat setiap permasalahan dari sudut pandang yang positif, bentuk diri aku untuk jadi insan yang bukan seperti dulu. Dalam hal macam ni, aku hendak berterima kasih kepada Dia kerana berjaya menguatkan dan mematangkan diriku. 

Dia telah mengurniakan manusia, hamba-Nya, untuk mentenggelamkan aku buat sementara. Manusia-manusia ini hadir atas izin-Nya untuk mengecewakanku, menghinaku, merobek kepercayaanku hanya kerana satu misi - untuk menjadikan aku hamba-Nya yang kuat. Alhamdulillah, bersyukur atas setiap kesakitan yang dia kurniakan. 

Dan terima kasih kepada manusia yang pernah buat aku berasa sakit dan menangis, kerana kalian sudah menguatkan diriku. Terima kasih dan semoga Allah sentiasa berkati hidup kalian. 

Sekian dan wassalam.

January 24, 2014

I'm Sorry


Aku mahu 'menghilangkan' diri daripada kalian. 

Kalau aku boleh padam memori tentang diri aku dalam setiap minda orang, aku akan  lakukan. Kalau boleh aku tidak mahu siapa-siapa ingat tentang diri aku dan aku juga tidak mahu ingat kepada sesiapa. Mungkin itu lebih baik untuk diri aku dan semua orang. Sejurus sahaja tamat zaman pensiswazahan diriku, aku cuba untuk tutup personal account di mana-mana laman sosial. 

Aku mahu lupakan setiap detik kita pernah bersama, mahu lupakan setiap kenangan itu. Aku juga mahu hentikan segala hubungan dengan rakan-rakan. Maaf jika aku tidak berhubung lagi dengan kalian, kerana aku tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan sesiapa- kawan-kawan dan sesiapa sahaja, kecuali keluarga sendiri. 

Apabila suatu hari nanti aku hilang daripada kehidupan kalian, aku yakin 'kehilangan' aku juga tidak akan mempengaruhi apa-apa dalam hidup kalian, dan tidak mungkin juga dirasai. Dan itulah yang paling aku harapkan, mengharapkan kalian jalani kehidupan tanpa mengingat perihal diriku. 

January 20, 2014

Hakikatnya Tentang Sesuatu.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hakikatnya dalam diam, aku sebenarnya ada masalah dalam self-esteem sebenarnya. Aku tidak pernah yakin dengan diri sendiri dan sering nyatakan kekurangan diri aku daripada kelebihan. Aku rasa masalah ini ada pada semua orang, cuma aku rasa aku punya keyakinan diri sentiasa berada di dalam gaung. 

Aku perhatikan juga kawan-kawan aku, walaupun mereka juga kadang-kala ada masalah keyakinan diri, tapi aku perhatikan juga at least mereka ada sikit yakin yang mereka mampu lakukan sesuatu dengan baik. Berbeza pula dengan aku. 

Even semasa buat aktiviti dalam kelas bersama-sama dengan kawan-kawan, aku sentiasa berasa tidak boleh lakukan sesuatu dengan baik dan sentiasa berasa tidak selesa. Terutamanya bila dalam aktiviti yang melibatkan nyanyian dan bercakap. Bukan apa, aku tak suka menyanyi depan orang ramai, tambah-tambah aku ni jenis darah gemuruh. 

Bayangkan, semasa hendak bertanyakan atau ajukan soalan kepada lecturer pun aku sentiasa rasa berdebar dan takut. Lepas aku ajukan soalan, mesti aku perhatikan tangan aku, menggigil semacam. Benda macam ni sentiasa berlaku, terutamanya bila aku buat pembentangan dalam kelas. Gemuruh naik satu badan doe~

Sebenarnya bila sentuh tentang keyakinan diri ni, masalah dia sebenarnya mendalam, melibatkan dalaman jiwa dan mental seseorang. Benda yang selalu tertanam dalam diri aku adalah sentiasa merasakan diri aku ini seperti manusia yang tidak berguna dan jika hidup pun tidak memberikan apa-apa faedah kepada orang ramai.

Benda ini akan jadi lebih kritikal bila aku melihat kawan-kawan aku yang sangat hebat, boleh menyanyi dengan baik, bersajak, berpantun, berkepimpinan, atlet dan lain-lain lagi. Manakala aku ni pula tiada fungsi pun dalam kelas tu. Aku rasa diri aku hanya dijadikan alat atau bahan jenaka untuk kawan-kawan untuk gelak ketawa.

Aku tak marah pun dengan mereka. Tapi boleh rasa diri ni serba kekurangan. So, untuk jadi setaraf dengan diorang (untuk naikkan self-esteem yang terkurang), aku belajar sungguh-sungguh. Boleh dikatakan setiap kali waktu exam, aku antara budak yang selalu tidak tidur malam sebab pulun belajar dan habiskan topik untuk sesuatu subjek tu.

Walaupun kawan-kawan selalu cakap aku budak pandai, tapi hakikatnya aku bukanlah pandai sangat pun jika hendak dibandingkan dengan mereka. Bukan apa, ada saja kawan aku yang belajar sesuatu subjek tu secara relaks dan siap tidur malam, tapi result hambik kau, 4 flat. Aku bukanlah nak bandingkan usaha aku dengan dia. Cuma aku rasa dia memang pandai dan otak bergeliga. Jenis study smart, manakala aku pulak jenis study hard.

Itu tidak sebut lagi manusia-manusia yang selalu kutuk-kutuk aku kalut/kelam kabut, ada yang kata aku menjatuhkan harga diri aku sebab selalu tidur dalam kelas dan lain-lain lagi. Bukan nak kata apa, aku ni sudahlah ada masalah self-esteem, dan bilamana ada manusia-manusia yang hadir ni, tambah-tambah pula spesis manusia yang suka mengata dan jatuhkan self-esteem orang lain, maka secara tidak langsung memang efek dalaman aku.

Benda yang dikutuk tu sebenarnya memang buat aku semakin jatuh dalam gaung yang sudah sememangnya dalam. So, bayangkanlah, aku terpaksa kutip balik cebisan-cebisan jiwa yang dah terkoyak dengan kutukkan orang, sambungkan balik dengan gam dan gunakan cebisan-cebisan itu untuk membina tangga untuk naik semula dan keluar daripada gaung itu. 

Bukan mudah sebenarnya hendak membina kembali diri kita yang sudah menjadi cebisan-cebisan kertas, dan air mata ni dah berapa kali mengalir kenangkan kata-kata manusia. Itu belum sentuh lagi kata-kata seorang lelaki yang pernah mengatakan aku ni tidak cukup sesuai untuk anak dia atas beberapa faktor tertentu - walhal lelaki tu tidak pernah kenal aku pun. 

Aku penat sebenarnya nak berhadapan dengan benda-benda macam ni. Kata-kata mereka memang buat aku terasa penat, penat nak bina diri bila sudah terjatuh. Kata-kata mereka juga memang buat aku percaya yang aku ni seolah-olah seperti manusia yang tidak lagi boleh diterima orang - manusia yang terlalu banyak kekurangan.

Kadang-kala aku selalu berharap jika orang boleh hargai diri aku seadanya dan orang tu sentiasa beri keyakinan pada diri aku yang sentiasa dalam keadaan 'longgar' secara dalaman. Aku tahu apa rasanya bila jadi manusia yang rasa diri tak berguna, jadi aku cuba tidak menjadi manusia yang suka mengutuk manusia lain.

Sebab itu ada sesetengah kawan aku pernah menegur aku ni suka memuji dan bermulut manis. Bukan apa, saying good things (secara jujur) kepada orang lain secara tidak langsung boleh beri keyakinan kepada seseorang. Orang tu pun akan rasa lebih dihargai dan yakin dengan diri dia. Dalam erti kata lain, dia akan merasakan diri dia diterima dan dihargai oleh seseorang.

Aku rasa setakat di sini sajalah coretan daripadaku. Nak cakap tentang ketidakyakinan diri aku ni sampai esok pun takkan habis. Ceritakan 5% daripada rasa kekurangan pun rasanya sudah cukup untuk gambarkan dalaman aku ni macam mana.

Sekian dan wassalam.

January 18, 2014

Yang Terbaik buat Dia

Assalamualaikum.


Kadang-kala kita mahukan yang terbaik untuk orang lain bila kita tahu kita tidak cukup baik untuk dia. Mungkin sebab bila kita terlalu sayangkan seseorang hingga sampai satu tahap kita rasa diri kita tak cukup baik untuk seseorang - dia layak mendapat yang lebih baik. Kita lebih tahu diri kita macam mana, baik dan buruk kita macam mana. 

Jadi, untuk berikan yang terbaik untuk diri dia, kadang-kala ada orang sanggup menafikan apa yang dia rasa, dan ada juga orang sanggup beri satu imej penolakkan agar orang yang ada hati itu berlalu pergi, dengan mematahkan harapan. Walhal, dalam hati dia hanya Allah sahaja yang tahu pedih yang dia rasa. 

Bila mana kita sedar hati dia lebih dekat dengan Allah berbanding dengan diri kita, maka kita sedar diri kita hanya sekadar penghalang untuk dia menjadi insan yang lebih baik. Kita sedar, dia berhak mendapat yang terbaik. Kesilapan yang dia lakukan pada hakikatnya bukanlah satu masalah buat kita, tapi perkara lain yang menghantui diri kita - seolah-olah kesalahan dia hanya alasan untuk patahkan harapan dia.

Dalam dunia ini, tiada apa yang menjadi milik kita, begitu juga dengan perasaan manusia yang bersifat berbolak-balik; kerana Allah yang boleh membolak-balikkan hati manusia. Hati manusia itu milik Allah, begitu juga dengan dirinya. Jika dia tidak kembali kepada kita, itu semuanya atas ketentuan Allah.

Mungkin kita akan kecewa jika dia berlalu pergi dari hidup kita, tapi kena ingat. Jika dia jodoh untuk kita, maka Allah akan permudahkan untuk dia kembali kepada kita. Jika dia bukan, maka kita perlu bersedia untuk redha menerika hakikat itu. 

Sekian sahaja penulisan untuk hari ini. Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...