W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

January 20, 2014

Hakikatnya Tentang Sesuatu.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hakikatnya dalam diam, aku sebenarnya ada masalah dalam self-esteem sebenarnya. Aku tidak pernah yakin dengan diri sendiri dan sering nyatakan kekurangan diri aku daripada kelebihan. Aku rasa masalah ini ada pada semua orang, cuma aku rasa aku punya keyakinan diri sentiasa berada di dalam gaung. 

Aku perhatikan juga kawan-kawan aku, walaupun mereka juga kadang-kala ada masalah keyakinan diri, tapi aku perhatikan juga at least mereka ada sikit yakin yang mereka mampu lakukan sesuatu dengan baik. Berbeza pula dengan aku. 

Even semasa buat aktiviti dalam kelas bersama-sama dengan kawan-kawan, aku sentiasa berasa tidak boleh lakukan sesuatu dengan baik dan sentiasa berasa tidak selesa. Terutamanya bila dalam aktiviti yang melibatkan nyanyian dan bercakap. Bukan apa, aku tak suka menyanyi depan orang ramai, tambah-tambah aku ni jenis darah gemuruh. 

Bayangkan, semasa hendak bertanyakan atau ajukan soalan kepada lecturer pun aku sentiasa rasa berdebar dan takut. Lepas aku ajukan soalan, mesti aku perhatikan tangan aku, menggigil semacam. Benda macam ni sentiasa berlaku, terutamanya bila aku buat pembentangan dalam kelas. Gemuruh naik satu badan doe~

Sebenarnya bila sentuh tentang keyakinan diri ni, masalah dia sebenarnya mendalam, melibatkan dalaman jiwa dan mental seseorang. Benda yang selalu tertanam dalam diri aku adalah sentiasa merasakan diri aku ini seperti manusia yang tidak berguna dan jika hidup pun tidak memberikan apa-apa faedah kepada orang ramai.

Benda ini akan jadi lebih kritikal bila aku melihat kawan-kawan aku yang sangat hebat, boleh menyanyi dengan baik, bersajak, berpantun, berkepimpinan, atlet dan lain-lain lagi. Manakala aku ni pula tiada fungsi pun dalam kelas tu. Aku rasa diri aku hanya dijadikan alat atau bahan jenaka untuk kawan-kawan untuk gelak ketawa.

Aku tak marah pun dengan mereka. Tapi boleh rasa diri ni serba kekurangan. So, untuk jadi setaraf dengan diorang (untuk naikkan self-esteem yang terkurang), aku belajar sungguh-sungguh. Boleh dikatakan setiap kali waktu exam, aku antara budak yang selalu tidak tidur malam sebab pulun belajar dan habiskan topik untuk sesuatu subjek tu.

Walaupun kawan-kawan selalu cakap aku budak pandai, tapi hakikatnya aku bukanlah pandai sangat pun jika hendak dibandingkan dengan mereka. Bukan apa, ada saja kawan aku yang belajar sesuatu subjek tu secara relaks dan siap tidur malam, tapi result hambik kau, 4 flat. Aku bukanlah nak bandingkan usaha aku dengan dia. Cuma aku rasa dia memang pandai dan otak bergeliga. Jenis study smart, manakala aku pulak jenis study hard.

Itu tidak sebut lagi manusia-manusia yang selalu kutuk-kutuk aku kalut/kelam kabut, ada yang kata aku menjatuhkan harga diri aku sebab selalu tidur dalam kelas dan lain-lain lagi. Bukan nak kata apa, aku ni sudahlah ada masalah self-esteem, dan bilamana ada manusia-manusia yang hadir ni, tambah-tambah pula spesis manusia yang suka mengata dan jatuhkan self-esteem orang lain, maka secara tidak langsung memang efek dalaman aku.

Benda yang dikutuk tu sebenarnya memang buat aku semakin jatuh dalam gaung yang sudah sememangnya dalam. So, bayangkanlah, aku terpaksa kutip balik cebisan-cebisan jiwa yang dah terkoyak dengan kutukkan orang, sambungkan balik dengan gam dan gunakan cebisan-cebisan itu untuk membina tangga untuk naik semula dan keluar daripada gaung itu. 

Bukan mudah sebenarnya hendak membina kembali diri kita yang sudah menjadi cebisan-cebisan kertas, dan air mata ni dah berapa kali mengalir kenangkan kata-kata manusia. Itu belum sentuh lagi kata-kata seorang lelaki yang pernah mengatakan aku ni tidak cukup sesuai untuk anak dia atas beberapa faktor tertentu - walhal lelaki tu tidak pernah kenal aku pun. 

Aku penat sebenarnya nak berhadapan dengan benda-benda macam ni. Kata-kata mereka memang buat aku terasa penat, penat nak bina diri bila sudah terjatuh. Kata-kata mereka juga memang buat aku percaya yang aku ni seolah-olah seperti manusia yang tidak lagi boleh diterima orang - manusia yang terlalu banyak kekurangan.

Kadang-kala aku selalu berharap jika orang boleh hargai diri aku seadanya dan orang tu sentiasa beri keyakinan pada diri aku yang sentiasa dalam keadaan 'longgar' secara dalaman. Aku tahu apa rasanya bila jadi manusia yang rasa diri tak berguna, jadi aku cuba tidak menjadi manusia yang suka mengutuk manusia lain.

Sebab itu ada sesetengah kawan aku pernah menegur aku ni suka memuji dan bermulut manis. Bukan apa, saying good things (secara jujur) kepada orang lain secara tidak langsung boleh beri keyakinan kepada seseorang. Orang tu pun akan rasa lebih dihargai dan yakin dengan diri dia. Dalam erti kata lain, dia akan merasakan diri dia diterima dan dihargai oleh seseorang.

Aku rasa setakat di sini sajalah coretan daripadaku. Nak cakap tentang ketidakyakinan diri aku ni sampai esok pun takkan habis. Ceritakan 5% daripada rasa kekurangan pun rasanya sudah cukup untuk gambarkan dalaman aku ni macam mana.

Sekian dan wassalam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)