W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

January 31, 2015

SK Pos Legap, Here I Come!

Dengan lafaz bismillah.

Alhamdulillah, aku sudah berjaya mendapat penempatan di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar, Perak. Allah akhirnya berjaya mengabulkan doa kedua ibu bapaku untuk mendapat penempatan di dalam negeri kelahiran aku sendiri. Semasa belum dimaklumkan daerah, sekadar nama negeri, aku berasa agak berdukacita buat sementara kerana memang tersimpan hajat hati ingin pergi ke negeri orang  di seberang laut, terutamanya ingin merasa kawasan pendalaman.

Aku telah bertekad untuk pergi ke Sarawak, dan telah meletakkan pilihan tersebut dalam borang penempatan sebagai pilihan kedua. Walau bagaimanapun, doa ibu dan bapa, Allah sentiasa makbulkan. Namun aku redha, kerana percaya ketentuan Allah yang Dia telah tuliskan untuk aku. Siapa aku untuk mempersoalkan? Aku sekadar hamba-Nya hang terlalu hina.

Allah itu Maha Adil lagi Penyayang. Allah menyusun dan mengatur dengan penuh hikmah. Walaupun tidak berjaya pergi ke Sarawak, aku masih berpeluang untuk merasa di tempat pedalaman. Sebelum diumukan dan menerima surat penempatan sekolah, hati kecilku berbisik, aku bakal ditempatkan di sebuah kawasan pendalaman. Alhamdulillah, Allah bukan sahaja memakbulkan impian ibu dan abah, tapi Allah juga memakbulkan doa dan impian aku.

Aku bakal ditempatkan di sebuah Sekolah Kebangsaan Pos Legap, Lasah, Sungai Siput Utara, Perak. Siapa tahu pengalaman dan cabaran apa yang bakal aku tempuhi apabila berada di sana nanti? Tiada siapa tahu, melainkan hanya Dia yang Maha Mengetahui. Allah memakbulkan doaku, kerana Dia tahu aku mampu menghadapi keadaan tersebut. 

Sedikit pun tidak aku rasa gentar akan cabaran itu. Buat sementara ini, aku cuma risau pasal barang sahaja, bagaimana nak mengangkut barang aku yang agak banyak? Mungkin aku perlu mula berfikir barang yang betul-betul penting sahaja untuk dibawa ke sana, kerana jika barang tidak cukup, aku masih boleh berulang alik ke bandar Kuala Kangsar. Jika aku ditempatkan di Sarawak mahupun Sabah, memang boleh naya kalau barang penting terlupa untuk dibawa.

Ada juga aku merajinkan diri surfing internet untuk google gambar-gambar bagi mempersiapkan mental dan fizikal. Aku cuba untuk google beberapa gambar yang berkaitan dengan sekolah yang bakal aku laporkan diri pada hari isnin ini, seperti keadaan jalan ke sekolah tersebut. Antara gambar yang aku telah terjumpa adalah seperti di bawah :






Yes, these picture makes me think lots of things, kesedaran bahawa bukan mudah untuk menjadi guru. Aku mendapat satu cerita daripada seorang rakan bahawa terdapat beberapa guru lelaki sanggup berulang dari rumah untuk mengajar ke pendalaman setiap hari. I can't imagine those teachers yang hadapi benda ni sekiranya berlaku hari hujan, bayangkan kalau kenderaan yang dipandu terselit dalam selut tanah merah tuu....

DAN......

Aku harus sentiasa bersyukur kepada Allah, sekurang-kurangnya aku tidak ditempatkan di kawasan yang lebih dalam dan jauh, yang mana ada lagi yang lebih susah daripada aku. Nasib baik juga sekolah aku tu bukan antara yang paling dalam dan jauh. Cukuplah sekadar berpeluang untuk merasa pedalaman (P1), bukan P2 mahupun P3 yang lebih dalam dan jauh perjalanannya. At least, kata orang, masih di semenanjung dan masih boleh lagi beruang-alik ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan ibu dan abah setiap hujung minggu. 

So, Alhamdulillah. :)

5 comments:

  1. Salam Cikgu, macam mana direction nak ke SK Pos Legap ni? memang kena offroad? cari dalam google map tak jumpa. :( sesat sampai sini. adeh. kalau tak keberatan tlg bg tips nak ke sana kt email sya anep28@gmail.com..tkut xsempat bukak blk check ruangan komen sni.perlu ke sana next week.TQVM

    ReplyDelete
  2. En.Anep, encik dah ke Pos Legap ke? Ok ke keadaan laluannya?

    ReplyDelete
  3. Saya telah beberapa kali sampai ke semua sekolah orang asli di Sungai Siput. Sesiapa yang perlukan bantuan saya, hubungi nombor saya 012 5276 526.

    ReplyDelete
  4. sy akan berkhidmat di sk pos legap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. ni fahmi ustaz baru yang dipostingkan ke skolah kami kan? :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...