W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, kekasih, guru di pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

August 12, 2015

Pengalaman Mengajar #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini aku hendak sembang mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sepanjang aku jadi guru pedalaman di Pos Legap, Lasah, aku hanya boleh guna satu perkataan sahaja - pening! Pertama kali aku merasakan mengajar merupakan sesuatu pekerjaan yang rasa nak pecah kepala. Apa pun yang kau buat untuk make sure student kau boleh buat yang terbaik, semua jadi hancus.

Fine, mungkin ini disebabkan diri aku sendiri - lack in experience dalam mengajar. Sebut masa praktikum tu belakang kira la, sekarang ni aku dah mula jadi cikgu yang sebenar. Jadi pengalaman dia tu memang feel lain sikit. Tak tahu nak terang macam mana, tapi feel rasa lebih berat dan bertanggungjawab tu dah macam terover-over pun ada.

Masalah utama yang aku perhatikan murid aku adalah mereka sangat-sangat mudah lupa dan sangat sangat malu hendak bercakap! Beberapa perkataan yang kau dah sebut pada mereka pada 5 minit yang lepas sangat mudah mereka lupakan. Bukan itu sahaja, bila tanya, sangat susah hendak jawab soalan yang aku tanya tu, Seolah-olah dalam mulut mereka tu disimpannya permata!

Sebagai contoh, pernah sekali aku mengajar mengenai kata nama am dan kata nama khas kepada mereka. 

"Okay murid-murid, hari ini cikgu nak mengajar mengenai kata nama am dan kata nama khas."

Terang punya terang sampai anak tekak rasa haus, maka aku pun berhenti seketika lalu bertanya,

"Faham tak apa yang cikgu ajar?"

"Faham cikgu.."

Bila murid-murid menunjukkan muka yang konfiden yang mana mereka faham, maka aku pun terdetik dalam hati untuk menguji mereka setiap seorang. 

"Ooo paham yee. Meh sini aku nak tengok hampa faham atau tak.." detik dalam hati.

Maka, aku pun meminta semua murid bangun dan aku mula bertanyakan beberapa soalan mengenai perkara yang aku telah ajarkan kepada mereka mengenai kata am dan kata nama khas.

"Okay murid-murid, perkataan datuk *sambil menulis di papan putih* kata nama am atau kata nama khas?"

Kelas menjadi senyap sunyi. Tiada sesiapa yang ingin bersuara. Aku pun terfikir dan bermonolog dalam hati, "budak-budak ni tak faham apa aku ajar atau malu nak bagi jawapan??" Aku pun berfikirlah secara positif, budak-budak aku ni ada masalah malu nak bercakap. Jadi sebagai guru, kena memotivasikan mereka untuk berani bercakap dengan guru.  

"Murid-murid, jangan malu nak bercakap dan bagi jawapan. Jangan risau, kalau salah pun cikgu takkan marah. Jangan takut nak mencuba!"

Mereka masih terdiam. Tiada siapa yang bersuara. Aku yang berdiri di depan seolah-olah sedang bercakap dengan tunggul. Allah sahaja yang tahu bertapa geramnya bila aku meminta murid untuk bercakap tetapi tiada respon! Bila dah jadi macam tu, aku kena fikir strategi lain!

"Okay, siapa kata perkataan datuk ni kata nama am, sila angkat tangan!"

Beberapa orang murid mula mengangkat tangan. I would say, dua orang sahaja yang angkat tangan dan menjawab soalan dengan betul. Yang selebihnya korang faham-faham sendiri laa. Bila aku dah dapat jawapan on the spot yang murid sememangnya tak faham dengan apa yang aku ajar, aku ajar beberapa kali sampai aku punya anak tekak ni rasa nak pecah! Haiyoo, penat betul.

Bila aku dah terang beberapa .kali, sampai waktu nak dekat habis dan tak sempat pun nak buat latihan dengan diorang, maka murid-murid pun menunjukkan respon yang positif. Yes, finally mereka faham dengan apa yang aku ajar. Jenuh wooo nak ajar diorang. Walaupun aku berjaya pada hari itu, namun perasaan risau tu still ada sebab aku dapat merasakan kalau tanya esok, firasat aku merasakan mereka akan lupa perkara yang dipelajari pada hari ini.

Keesokkan harinya, aku pun tanya soalan yang sama, just to make sure that they understand the thing that I was teaching them yesterday. 

"Okay murid-murid, perkataan datuk *sambil menulis di papan putih* kata nama am atau kata nama khas?

Suasana kelas menjadi krik..krik..krikk.... *tepuk dahi*

Lagi sekali, aku bagi satu contoh nak bagi murid-murid aku refresh semula perkara yang telah diajarkan semalam. Tiba-tiba seorang murid lelaki bersuara...

"Kata nama am.." suara yang sangat-sangat perlahan. Seperti biasa, malu tahap dewa punya perangai.

"Akhirnyaaaaa!!!!! Pandai pun Azri (bukan nama sebenar) boleh jawab dengan betul!"

 Murid tu mula menunjukkan respon malu yang tersipu-sipu. Bila aku memuji mereka, murid lain mula berani untuk menunjukkan sikap untuk menjawab soalan guru secara lisan. Ya Allah, bersyukur gila rasanya waktu tuu. Walaupun lambat sikit, tapi murid masih boleh memahami perkara yang aku ajar. 

Namun begitu, kegembiraan tu tak lama pun, sekejap sahaja. Apabila soalan peperiksaan yang aku gubal, muntah balik soalan yang sama yang aku pernah ajar di dalam kelas, terdapat segeintir besar murid menjawab dengan salah soalan tersebut. Ya Allah, rasa kecewa tu hanya Allah sahaja yang tahu!

Barulah aku mengerti, inilah cabaran sebagai seorang guru pedalaman. Cabaran cikgu di kawasan ini bukan sekadar masalah murid-murid yang pelupa dan tidak terdedah dengan dunia luar, tetapi termasuklah cabaran duduk di dalam kawasan hutan. Cabaran yang dihadapi tuu tak sama dengan pengalaman mengajar budak-budak di luar  seperti pekan dan bandar.

Tidak dinafikan, aku berasa seronok mengajar di sini kerana murid-muridnya sangat menghormati guru-gurunya. Walaupun dicubit dan dimarah oleh guru, tiada masalah menerima aduan daripada ibu bapa mereka mengenai cara pengajaran guru di sekolah. Penatnya di sini adalah perjalanan ke sekolah dan masalah murid-murid yang sukar memahami perkara yang diajar oleh guru, namun masih terasa nikmantnya bila murid berjaya mencapai standard (rendah) yang aku tetapkan. Alhamdulillah. 

InsyaaAllah, I'll try my best untuk mengajar dengan lebih baik agar mereka memperoleh ilmu-ilmu yang membantu mereka pada masa akan datang. Please, pray for me!

Sekian dan wasslam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...