W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, kekasih, guru di pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

January 23, 2016

CARA MENGUBAH KEDUDUKAN TAJUK BLOG POST KE POSISI TENGAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ni aku mahu meng-update post mengenai cara mengubah tajuk di blog dari posisi tepi ke posisi tengah. Cara nak menukar kedudukan tajuk post korang dari kiri ke tengah adalah tersangatlah mudah. Korang ikut je cara-cara yang aku tunjukkan ni dekat bawah. Insyaa-Allah, korang boleh buat di blog korang pulak lepas ni. 

Nampak tak tajuk blog dekat situ kedudukan dia ke arah kiri?
Ini tips nak jadikan kedudukan tajuk ke menjadi "center" :)

Mula-mula, aku nak korang perhati betul-betul beberapa gambar yang aku telah screenshot demi menambah pengetahuan korang ni. Perati betul-betul, jangan perati tempat lain pulak. ehem. 



Okay mula-mula selepas korang sign in, korang peratikan betul-betul dashboard korang lepas ada lambang macam surat seperti gambar dibawah. Ada tak? Okay, kalau ada, tekan lambang tu and korang akan mendapati ada pelbagai pilihan seperti Overview, Post, Pages, Comments, Google+ and etc.. sampailah yang di bawah sekali Setting. Sekarang aku cuma nak korang tekan "Template".



Kemudian korang akan pergi ke page "Template" yang korang dah tekan tadi. Jadi, lepas ni sila tekan butang "Customize" yang berwarna oreng atau jingga tu. 


Selepas korang tekan butang customize, korang akan end up seperti page di bawah. Bila korang dah sampai di page berkenaan, aku nak korang cari dan tekan pautan "Advance" di tepi tu dan korang akan nampak beberapa pilihan lain yang keluar seperti Page Text, Background, Links, Blog Title..and bla bla sampai la yang terakhir dia bagi pilihan Add CCS. 



Apabila korang dah jumpa pautan "Add CCS" tuu, aku nak korang tekan..



Now, korang dah tekan "Add CCS", akan menunjukkan satu kotak yang berwarna putih seperti gambar di bawah. So, aku nak korang "copy" code yang ada dekat bawah ni blog aku ni dan "paste" dekat dalam kotak "Add CSS" itu tadi.

.post-title {

text-align: center;

}


.date-header {
text-align: center;
}

Selepas korang dah copy and paste dalam kotak "Add CCS" tadi aku nak korang cari butang "Apply to Blog" untuk save apa yang korang dah buat tadi. 



Sooooooo, jeng jeng jeng dah siapp!



Alhamdulillah, dah jadi. So guys, tutorial aku ni berjaya tak jadikan tajuk blog korang berubah posisinya? Jika tak menjadi, boleh contact atau tanya pada ruang komentar di bawah. InsyaaAllah aku akan tolong korang.

Sekian sahaja penulisan tutorial pada hari ini. Wassalam.

January 10, 2016

6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BERHENTI BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Hari ini aku nak sembang pasal bercinta dengan suami orang. Eh, kalian tolong jangan salah faham, sebab bukan aku orangnya. Kisah yang bakal aku ceritakan ni mengenai seorang kawan aku yang tidak mahu dikenali namanya. Baru-baru ini dia telah menceritakan masalah dia pada aku, mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang sudah beristeri.

Terdetik juga dalam hati aku, macam mana kawan aku yang cantik ini boleh terjebak dengan seorang lelaki, suami orang yang sama sekali tiada rupa dan curang kepadanya isterinya. Jika aku berada ditempatnya, suami orang adalah someone yang aku reject awal-awal perkenalan. Tak kiralah jika dia ada pangkat dato' pada pangkal namanya atau bergelar jutawan, sebab prinsip hidup aku bukan mengambil hak orang lain.

Tapi, disebalik ceritanya, antara penyebab utama dia terjebak dengan suami orang adalah disebabkan lelaki tersebut merupakan bosnya, dan dia beranggapan jika dia menolak perasaan bosnya, maka kebarangkalian bosnya akan melakukan sesuatu tindakan yang tidak profesional boleh berlaku ke atasnya. Ditambah lagi dengan keadaan yang mana lelaki itu pun pandai mengambil hati dan memberi janji-janji (palsu of course), maka kawan aku pun termakan. 

Dan antara sebab lain ialah kerana tiada lelaki yang single lagi baik nakkan dia (dia rasa macam tu) dan dia sentiasa merasa diri dia tidak cantik. Maka apabila ada someone macam suami orang tu (suami orang tu muka dia macam tongkang pecah dan menggunakan agama sebagai kepentingan peribadi) mengayat menggunakan istilah "saya bertanggungjawab keatas perasaan dan tindakkan saya", maka of course laa mana-mana perempuan yang sebegini mudah cair.

Dan sekarang, mereka sudah berpisah dan suami orang a.k.a bos kawan aku tu mula berpacaran dengan wanita lain yang jauh lebih tua daripada kawan aku ni. Walaupun ada terdetik dalam hati aku rasa bersyukur dia tidak lagi ada hubungan dengan lelaki itu, tapi dalam hati seorang macam aku masih terusik bilamana kawan aku dipermainkan oleh suami orang itu.

Banyak persoalan yang bermain dalam benak kepada aku ni. Mana janji yang dia taburkan bahawa "akan bertanggungjawab ke atas perasaan dan tindakkan saya" tu? Janji untuk berkahwin tu dia dah letak mana? Penipu. I really hate that guy from the bottom of my heart dan lagi berapi dia menjanjian perkahwinan yang palsu, umpama menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dia untuk mengumpan perempuan. Aku memang paling meluat dengan lelaki munafik macam ni. 


KESAN BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG
Aku bukan apa, aku cukup tak berkenan jika kawan aku terjebak dengan suami orang ni. Bukan apa, banyak consequences yang dia kena ambil tahu atas tindakkan dia. Of course, banyak consequences yang dia kena tanggung. Antara consequences seseorang wanita kena ambil tahu jika bercinta dengan suami orang ialah :

1) ANDA DILEMPARKAN DENGAN PELBAGAI LABEL NEGATIF 
Anda akan dilabel sebagai wanita perampas, murahan, penggoda dan sebagainya yang sangat sensored lagi negatif oleh isteri pertama atau puak-puak dalam kalangan isteri pertama. How do I know? Ini berdasarkan cerita sebenar daripada salah seorang rakan aku. Biasalah, mana ada perempuan yang sanggup berkongsi suami dan berkongsi kasih dengan orang lain. Isteri-isteri ini akan beranggapan "pokok takkan bergoncang jika tiada angin" dan mula menyalahkan pihak perempuan tanpa memeriksa suami mereka terlebih dahulu. Walhal dalam alquran pun, Allah telah berfirman kepada lelaki beriman terlebih dahulu untuk menundukkan padangan dan menjaga kemaluan mereka.

2) ANDA MUNGKIN AKAN DIPERGUNAKAN OLEHNYA
Kebarangkalian anda akan dipermainkan oleh suami orang adalah sangat tinggi. For your information, bukan semua percintaan dengan suami orang akan berakhir dengan perkahwinan. Ada satu website ini menunjukkan lelaki mencari wanita lain selain daripada isterinya kerana kebosanan dengan isteri mereka atau mempunyai masalah rumah tangga di rumah, dan statistik menunjukkan tidak berakhir dengan perkahwinan. Maka untuk lari daripada masalah, mereka fikir alternatif pendek mencari wanita lain. Jadi, jangan anggap lelaki ini akan berkahwin dengan anda, sebaliknya dia hanya mempergunakan anda untuk memenuhi ruang kekosongan dalam hatinya.

3) KEBARANGKALIAN ANDA DIPINGGIRKAN OLEH KELUARGA 
Anda mungkin akan dipinggirkan oleh keluarga sendiri. Tapi bukan semua keluarga macam ni, cuma segelintir sahaja akan melakukan perbuatan seperti ini. Biasalah, ibu bapa mana yang akan redha jika anak mereka berkahwin dengan suami orang? Kalau duda boleh consider lagi, tapi suami orang? Ibu bapa maklumlah pasti akan rasa berat hati melihat anaknya berkahwin dengan seseorang yang berstatus suami orang, kerana mereka pasti akan memikirkan persepsi masyarakat mahupun tindakkan isteri pertama terhadap anak mereka dan lain-lain kesan yang boleh berlaku ke atas anak mereka. Orang tua fikir jauh wooo. 

4) ANDA MEMPEROLEH PASANGAN YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI
Anda memperoleh pasangan kaki penipu. Sorry jika saya menggunakan istilah yang kasar, cuma itu hakikatnya yang anda kena telan buat masa ini. Cuba fikir, jika isterinya sendiri tidak tahu akan kewujudan anda dan dia mempunyai hubungan sulit di belakang isterinya, adakah itu ciri-ciri suami yang jujur dan setia? If you expect your husband boleh menjadi seorang suami yang setia dan jujur selepas berkahwin dengan anda, better you just forget about it. Lelaki takkan berubah kerana anda, melainkan dia hanya akan berubah jika dia SENDIRI hendak berubah. Tunggu la berita bahawa anda akan mendapat madu yang ketiga. *wink wink*

5) ANDA BERADA DALAM PERHUBUNGAN YANG MERUGIKAN
Anda berada dalam satu situasi yang kerugian. Okay lets look at this way, kekasih pujangga intan payung korang tu sedang bahagia bersama isteri dan anak-anaknya di rumah yang masih menyayanginya, manakala anda pula terperap dalam rumah forever alone menunggu si dia untuk menelefon anda untuk bertanyakan khabar kepada anda. Anda pergi ke mana-mana mungkin secara keseorangan, manakala dia pula bersama dengan keluarganya. Anda terpaksa hidup dalam percintaan yang penuh kepura-puraan dan berahsia daripada pelbagai pihak. Adakah anda berada dalam keadaan perhubungan yang menguntungkan? Tolong jangan tipu diri sendiri, anda sedang terseksa pada hakikatnya. 

6) DIA HILANG RASA HORMAT TERHADAPMU
Okay, mungkin dia menyatakan rasa sayang, rindu and everything yang meloyakan tekak kepada anda untuk menunjukkan rasa sayang dah kasih terhadap anda. Tapi jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada anda dan menarik minat anda, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti anda yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula anda benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


Itu sajalah kesan yang boleh aku fikirkan setakat ni. Apa-apa pun, buat insan yang bergelar wanita di luar sana yang terjebak dalam percintaan dengan suami orang, mohon ada berfikir dua hingga tiga kali. Aku taknak menghalang percintaan anda, cuma aku berharap anda yang terjebak dengan suami orang perlu consider banyak pihak dan fikir masak-masak tentang hubungan tu. 

Mungkin anda fikir telah tertulis dalam suratan takdir anda menjadi isteri kedua kepada seseorang. Tentang jodoh ini, sukar untuk aku nak sembang sebab ianya memang rahsia Allah. Jadi, jalan yang paling baik, buatlah solat istiqarah dan mohon kepada Allah untuk berikan jalan dilema anda. Bukan apa, kadang-kala anda 'stuck' dalam hubungan itu dek kerana terlalu ikutkan emosi dan nafsu, daripada memikirkan akan ada lelaki yang jauh lebih baik sedang menanti anda. 

Apa-apa pun, aku mendoakan yang terbaik untuk anda. Buatlah pilihan yang bijak dan janganlah meruntuhkan masjid orang lain jika anda ingin membina masjid yang diberkati oleh Allah. 

Thats all for now. Adios dan wassalam. :)

January 5, 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

Assalamualaikum and selamat sejahtera.


Cuti sudah habis, maka selamat kembali ke sekolah ye adik-adik! Gagahkan diri untuk pergi ke sekolah dan menimba ilmu ye. Bagi yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, aku mengucapkan semoga berjaya dan belajarlah bersungguh-sungguh. Berilah kejayaan kepada ibu bapa untuk membalas pengorbanan mereka yang telah membesarkan korang. Kalau tak berapa nak cerdik jadi manusia yang dapat cemerlang dalam akademik sekalipun, paling kurang pun jadilah manusia yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat ye adik-adik.

Aku nak sembang pasal hari pertama persekolahan. Ada seorang kawan aku penah beritahu aku;

"Weh, ko tak kena pergi sekolah ke cuti-cuti ni?"
"Takde pun."
"Eh, serius? Mesyuarat tak buat ke?
"Setakat ni belum lagi." (ada je mesyuarat, cuma tak buat lagi..)
"Seronoknya sekolah ko. Relaks je."

Duduk sekolah aku memang seronok. Pada minggu pertama sesi persekolahan pun, dah mula laa pelbagai pihak nak melawat sekolah kitorang. Cuba bayangkan, tiada petir tiada ribut, hari pertama masuk sekolah, nazir dah tercangak depan pintu sekolah korang. Haaa, terkejut beruk je pihak guru masa tu. Esok pulak sekolah aku ni akan didatangai oleh wartawan Awani dan Ketua setiausaha KPM.  Waahhh, seronoknyaa bersekolah di sekolah aku ni. Marilah masuk, aku memang mengharapkan kedatangan guru-guru baru pun. *wink wink*

Antara sebab utama sekolah aku ni mula jadi penarik kepada ramai pihak nak melawat ke sekolah kitorang ini adalah disebabkan oleh adanya seorang murid orang asli dari sekolah SK Pos Legap berjaya mendapat 5A dalam UPSR bagi tahun 2015. Dan yang lebih mengejutkan sekolah aku ni menjadi berjaya meraih anugerah kecemerlangan UPSR peringkat kebangsaan dalam kalangan sekolah-sekolah orang asli. 

Memang guru-guru yang mengajar tahun 6 ni ada meletakkan harapan terhadap beberapa orang pelajar untuk mendapat 5A dalam UPSR, akan tetapi pihak kami tiadalah pula expect sampai peringkat kebangsaan. These teachers just did their best for their students, tambah dengan desakan pihak PPD dan JPN yang sering kali pertikai kemampuan guru-guru sekolah pedalaman.

Kami pihak sekolah ni hanya buat yang terbaik pun dengan harapan orang luar takkan datang lagi ke sekolah kami nak pertikai macam-macam. Tapi tak sangka pula, jumlah kedatangan pelawat pada tahun ni nampak gayanya akan semakin meningkat daripada tahun lepas..... hurmmm.....

Jadiiiii....................................................

Pada hakikatnya aku rasa dah mula penat dengan pelbagai pelawat yang asyik datang ke sekolah sejak dari tahun lepas. Bukan apa, bagi aku, bila orang luar asyik datang ni secara automatik macam mengganggu guru macam aku ni nak mengajar budak-budak di dalam kelas. Setiap hari aku berharap dapat mengajar murid-murid aku dengan tenang, tapi kalau dah ada orang asyik datang, memang rasa penat sangat. 

I have my own method which I believe suitable for my students, tapi orang luar yang tak kenal students kita akan pertikaikan methods kita and anggap orang macam aku is not capable enough to teach my students. I would say thank you for their 'sharing' session, but it will only work if these particular people teaching murid-murid orang asli. 

Pengalaman mengajar murid-murid orang asli dan murid-murid biasa sama sekali tidak sama - kaedah berbeza, pendekatan berbeza dan tahap kesabaran berhadapan dengan budak-budak ini pun adalah berbeza. Ini kerana sosiobudaya di tempat orang asli tidak sama dengan sosiobudaya dengan masyarakat melayu setempat. Pernah terlintas dalam hati, kan bagus kalau murid-murid aku seperti murid-murid sekolah luar. Tapi kalau aku ada simpan niat macam itu, bukankah aku sedang mengharapkan murid yang sempurna, daripada mula untuk belajar untuk menerima kelemahan mereka?

Banyak faktor yang nak disebutkan yang menjadi penyebab kepada kelemahan murid-murid orang asli dalam aspek pendidikan. Jadi, bila persekitaran yang berbeza, maka kaedah pengajaran pun secara automatik berbeza, kan? Namun begitu, bila kaedah guru-guru sekolah aku ni berbeza dengan guru-guru sekolah luar, maka kaedah pengajaran kami sering dipertikai. Seolah-olah perlu ada standard tertentu untuk mengajar. Masalah sekarang ni, bukankah teknik pengajaran ni bergantung kepada klien kita, iaitu murid-murid? Kami perlu ikut standard orang luar atau murid sendiri?

Apa yang aku harapkan sebagai guru baru ni, aku harap orang yang datang esok tolonglah bersikap lebih terbuka dalam menerima kaedah pengajaran guru di sekolah pedalaman. Aku berharap sangat golongan luar yang datang boleh menghormati guru-guru sekolah pedalaman dan berhentilah bersikap judgemental. We're doing our job dengan sebaik mungkin dengan cara kami sendiri untuk tolong murid-murid orang asli. 

Kan bagus kalau lebihkan sokongan, daripada terlalu banyak mengkritik. Semangatlah sikit guru-guru nak mengajar di sekolah pedalaman yang banyak cabaran ni. Bukan apa, orang luar takkan tahu peritnya keadaan mengajar sekolah pedalaman. Sudah terlalu ramai guru sekolah luar yang menolak tawaran untuk masuk ke sekolah pedalaman. So, at least, hargailah usaha guru-guru pedalaman yang sanggup mengajar murid-murid orang asli selama berbelas tahun instead being judgemental terhadap mereka. 

By the way, tahun ni aku menjadi guru bahasa melayu bagi murid-murid tahun 6. Yup, aku mengajar murid-murid yang menduduki peperiksaan yang penting.And you know what, aku mengajar murid-murid dalam keadaan ilmu yang sangat nipis di dalam dada. Tidak tahulah apa yang akan jadi tahun ni, sama ada prestasi menaik atau menurun, semuanya akan terjawab selepas UPSR. Sekarang ni aku main redah saja dan buat yang terbaik.Chaiyokk untuk diri sendiri!

Happy new year for me, and selamat kembali ke sekolah untuk diri sendiri dengan tanggungjawab yang lebih besar. Doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan.

Itu sahaja penulisan untuk hari ini. Sekian dan wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...