W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

January 10, 2016

6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BERHENTI BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Hari ini aku nak sembang pasal bercinta dengan suami orang. Eh, kalian tolong jangan salah faham, sebab bukan aku orangnya. Kisah yang bakal aku ceritakan ni mengenai seorang kawan aku yang tidak mahu dikenali namanya. Baru-baru ini dia telah menceritakan masalah dia pada aku, mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang sudah beristeri.



Terdetik juga dalam hati aku, macam mana kawan aku yang cantik ini boleh terjebak dengan seorang lelaki, suami orang yang sama sekali tiada rupa dan curang kepadanya isterinya. Jika aku berada ditempatnya, suami orang adalah someone yang aku reject awal-awal perkenalan. Tak kiralah jika dia ada pangkat dato' pada pangkal namanya atau bergelar jutawan, sebab prinsip hidup aku bukan mengambil hak orang lain.

Tapi, disebalik ceritanya, antara penyebab utama dia terjebak dengan suami orang adalah disebabkan lelaki tersebut merupakan bosnya, dan dia beranggapan jika dia menolak perasaan bosnya, maka kebarangkalian bosnya akan melakukan sesuatu tindakan yang tidak profesional boleh berlaku ke atasnya. Ditambah lagi dengan keadaan yang mana lelaki itu pun pandai mengambil hati dan memberi janji-janji (palsu of course), maka kawan aku pun termakan. 

Dan antara sebab lain ialah kerana tiada lelaki yang single lagi baik nakkan dia (dia rasa macam tu) dan dia sentiasa merasa diri dia tidak cantik. Maka apabila ada someone macam suami orang tu (suami orang tu muka dia macam tongkang pecah dan menggunakan agama sebagai kepentingan peribadi) mengayat menggunakan istilah "saya bertanggungjawab keatas perasaan dan tindakkan saya", maka of course laa mana-mana perempuan yang sebegini mudah cair.

Dan sekarang, mereka sudah berpisah dan suami orang a.k.a bos kawan aku tu mula berpacaran dengan wanita lain yang jauh lebih tua daripada kawan aku ni. Walaupun ada terdetik dalam hati aku rasa bersyukur dia tidak lagi ada hubungan dengan lelaki itu, tapi dalam hati seorang macam aku masih terusik bilamana kawan aku dipermainkan oleh suami orang itu.

Banyak persoalan yang bermain dalam benak kepada aku ni. Mana janji yang dia taburkan bahawa "akan bertanggungjawab ke atas perasaan dan tindakkan saya" tu? Janji untuk berkahwin tu dia dah letak mana? Penipu. I really hate that guy from the bottom of my heart dan lagi berapi dia menjanjian perkahwinan yang palsu, umpama menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dia untuk mengumpan perempuan. Aku memang paling meluat dengan lelaki munafik macam ni. 


KESAN BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG
Aku bukan apa, aku cukup tak berkenan jika kawan aku terjebak dengan suami orang ni. Bukan apa, banyak consequences yang dia kena ambil tahu atas tindakkan dia. Of course, banyak consequences yang dia kena tanggung. Antara consequences seseorang wanita kena ambil tahu jika bercinta dengan suami orang ialah :

1) ANDA DILEMPARKAN DENGAN PELBAGAI LABEL NEGATIF 

Anda akan dilabel sebagai wanita perampas, murahan, penggoda dan sebagainya yang sangat sensored lagi negatif oleh isteri pertama atau puak-puak dalam kalangan isteri pertama. How do I know? Ini berdasarkan cerita sebenar daripada salah seorang rakan aku. Biasalah, mana ada perempuan yang sanggup berkongsi suami dan berkongsi kasih dengan orang lain. Isteri-isteri ini akan beranggapan "pokok takkan bergoncang jika tiada angin" dan mula menyalahkan pihak perempuan tanpa memeriksa suami mereka terlebih dahulu. Walhal dalam alquran pun, Allah telah berfirman kepada lelaki beriman terlebih dahulu untuk menundukkan padangan dan menjaga kemaluan mereka.


2) ANDA MUNGKIN AKAN DIPERGUNAKAN OLEHNYA

Kebarangkalian anda akan dipermainkan oleh suami orang adalah sangat tinggi. For your information, bukan semua percintaan dengan suami orang akan berakhir dengan perkahwinan. Ada satu website ini menunjukkan lelaki mencari wanita lain selain daripada isterinya kerana kebosanan dengan isteri mereka atau mempunyai masalah rumah tangga di rumah, dan statistik menunjukkan tidak berakhir dengan perkahwinan. Maka untuk lari daripada masalah, mereka fikir alternatif pendek mencari wanita lain. Jadi, jangan anggap lelaki ini akan berkahwin dengan anda, sebaliknya dia hanya mempergunakan anda untuk memenuhi ruang kekosongan dalam hatinya.


3) KEBARANGKALIAN ANDA DIPINGGIRKAN OLEH KELUARGA 

Anda mungkin akan dipinggirkan oleh keluarga sendiri. Tapi bukan semua keluarga macam ni, cuma segelintir sahaja akan melakukan perbuatan seperti ini. Biasalah, ibu bapa mana yang akan redha jika anak mereka berkahwin dengan suami orang? Kalau duda boleh consider lagi, tapi suami orang? Ibu bapa maklumlah pasti akan rasa berat hati melihat anaknya berkahwin dengan seseorang yang berstatus suami orang, kerana mereka pasti akan memikirkan persepsi masyarakat mahupun tindakkan isteri pertama terhadap anak mereka dan lain-lain kesan yang boleh berlaku ke atas anak mereka. Orang tua fikir jauh wooo. 


4) ANDA MEMPEROLEH PASANGAN YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

Anda memperoleh pasangan kaki penipu. Sorry jika saya menggunakan istilah yang kasar, cuma itu hakikatnya yang anda kena telan buat masa ini. Cuba fikir, jika isterinya sendiri tidak tahu akan kewujudan anda dan dia mempunyai hubungan sulit di belakang isterinya, adakah itu ciri-ciri suami yang jujur dan setia? If you expect your husband boleh menjadi seorang suami yang setia dan jujur selepas berkahwin dengan anda, better you just forget about it. Lelaki takkan berubah kerana anda, melainkan dia hanya akan berubah jika dia SENDIRI hendak berubah. Tunggu la berita bahawa anda akan mendapat madu yang ketiga. *wink wink*


5) ANDA BERADA DALAM PERHUBUNGAN YANG MERUGIKAN

Anda berada dalam satu situasi yang kerugian. Okay lets look at this way, kekasih pujangga intan payung korang tu sedang bahagia bersama isteri dan anak-anaknya di rumah yang masih menyayanginya, manakala anda pula terperap dalam rumah forever alone menunggu si dia untuk menelefon anda untuk bertanyakan khabar kepada anda. Anda pergi ke mana-mana mungkin secara keseorangan, manakala dia pula bersama dengan keluarganya. Anda terpaksa hidup dalam percintaan yang penuh kepura-puraan dan berahsia daripada pelbagai pihak. Adakah anda berada dalam keadaan perhubungan yang menguntungkan? Tolong jangan tipu diri sendiri, anda sedang terseksa pada hakikatnya. 


6) DIA HILANG RASA HORMAT TERHADAPMU

Okay, mungkin dia menyatakan rasa sayang, rindu and everything yang meloyakan tekak kepada anda untuk menunjukkan rasa sayang dah kasih terhadap anda. Tapi jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada anda dan menarik minat anda, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti anda yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula anda benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.




Itu sajalah kesan yang boleh aku fikirkan setakat ni. Apa-apa pun, buat insan yang bergelar wanita di luar sana yang terjebak dalam percintaan dengan suami orang, mohon ada berfikir dua hingga tiga kali. Aku taknak menghalang percintaan anda, cuma aku berharap anda yang terjebak dengan suami orang perlu consider banyak pihak dan fikir masak-masak tentang hubungan tu. 

Mungkin anda fikir telah tertulis dalam suratan takdir anda menjadi isteri kedua kepada seseorang. Tentang jodoh ini, sukar untuk aku nak sembang sebab ianya memang rahsia Allah. Jadi, jalan yang paling baik, buatlah solat istiqarah dan mohon kepada Allah untuk berikan jalan dilema anda. Bukan apa, kadang-kala anda 'stuck' dalam hubungan itu dek kerana terlalu ikutkan emosi dan nafsu, daripada memikirkan akan ada lelaki yang jauh lebih baik sedang menanti anda. 

Apa-apa pun, aku mendoakan yang terbaik untuk anda. Buatlah pilihan yang bijak dan janganlah meruntuhkan masjid orang lain jika anda ingin membina masjid yang diberkati oleh Allah. 

Thats all for now. Adios dan wassalam. :)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)