W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

February 10, 2016

5 TANDA LELAKI SUKA ANDA DALAM DIAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Penulisan aku pada hari ini adalah mengenai cara mengenal pasti sama ada seseorang lelaki itu ada perasaan kepada korang atau tidak. Mungkin si dia adalah rakan sekerja anda mahupun rakan sekelas korang, dan boleh jadi mungkin si dia yang minat korang dalam diam ini adalah seseorang yang korang selalu bertembung setiap pagi atau petang di taman permainan.


Siapa pun lelaki itu, pasti korang pernah terfikir secara bersendirian, "dia ni minat aku ke?". Iyelah, bila dah lama berkawan dan kenal hati budi, pasti persoalan macam itu akan timbul; especially bila korang pun ada hati dekat dia. Tambah-tambah bila dia pun tak beritahu korang mengenai perasaan sebenar dia, tapi CARA tu macam ada. Cuma korang tidak pasti dan was-was je nak percaya secara total. Bukan apa, risau dapat cop minah perasantan aka masuk bakul angkat sendiri pulak kan?

So, bila dah jadi macam tu, lagi la menggunung perasaan ingin tahu tu.  Mesti korang nak tahu sama ada mamat tu jugak ada the same interest dengan korang atau tak kan? Korang jugak mesti nak tahu sama ada dia ada perasaan pada korang atau just having a polite conversation with you. Kalau tak, takdenye korang nak baca blog aku pasal topik ni. hik hik. *wink wink*

Okay, back to the topic. Persoalan korang akan terjawab pada hari. Apa yang aku bakal kongsikan kepada korang ini adalah hasil pemerhatian, pembacaan dan tontonan video mengenai hubungan perasaan antara lelaki dan perempuan. Cheewah. Tapi aku bukanlah expert, cuma suka baca dan ambil tahu pasal benda-benda macam ni. Sebelum aku mulakan celotehan, sila baca dengan penuh sabar, kalau nak buat nota pun boleh. Nak baca sambil makan popcorn pun boleh. Sila..sila..

#1 - DIA GEMAR BERCAKAP DAN BERTANYA SOALAN


Orang laki bila tanya macam-macam soalan pada korang, bukan niat dia nak soal siasat korang polis selalu buat tu. Dia akan cuba sedaya upaya untuk memikirkan dan bertanyakan pelbagai soalan semata-mata untuk memastikan perbualan antara korang dengan dia berterusan. Iyelah, orang laki ni bukan spesis manusia yang suka cakap lama-lama, jadi kalau dia bertubi-tubi bertanyakan soalan tentang diri korang, ianya tanda yang menunjukkan dia mahu korang terus bercakap. Dan boleh jadi jugak dia bertanya pelbagai soalan dengan harapan dia jumpa titik persamaan dengan diri dia dengan korang dan dia nak kenal korang dengan lebih mendalam. Jeng jeng jeng~


#2 - DIA CUBA MENDEKATI ANDA

Lelaki akan lemah dengan perempuan, terutamanya apabila berhadapan dengan perempuan yang dia minat. Bayangkan, kalau tengok korang dari jauh pun lutut boleh berketar-ketar, apatah lagi jika hendak mendekati korang - lagi laa perasaan dia pada ketika tu macam jantung nak terkeluar. Ada dua sebab jadi macam tu, salah satunya sebab malu sebab minat sangat dengan korang dan sebab yang kedua pulak si dia mempunyai kekhuatiran untuk menerima "rejection" atau penolakan daripada korang. Lelaki merupakan makhluk tuhan yang sangat takut dengan rejection daripada wanita. Jadi, ianya adalah sesuatu yang agak sukar bagi lelaki untuk mendekati seseorang yang dia minat kerana khuatir korang akan bagi signal 'merah'. Maka, jika terdapat seorang lelaki yang cuba mendekati anda, itu merupakan signal dia minat kepada korang.


#3 - PERHATIKAN BAHASA TUBUH SI DIA

Lelaki yang minat korang akan menghasilkan satu  pergerakkan secara tidak sedar yang seakan-akan sama dengan pergerakan korang. Dalam erti kata lainnya dia meniru pergerakkan korang tanpa dia sedar. Misalnya korang tengah berdiri, maka dia pun berdiri sambil bercakap dengan anda. Ketika ini si dia cuba untuk selarikan kedudukan dia dengan korang dengan meniru postur korang yang sedang berdiri itu. Iyelah, dah malu nak bercakap dia minat korang, buat bahasa tubuh pun cukuplah kan?

Gambar hiasan. Rasanya aku belum pernah tengok lagi lelaki yang malu sangat
sampai buat gaya macam ni. hahaha

Ada juga sesetengah lelaki mula mempamerkan bahasa tubuh seperti sentuhan (bukan raba) dan memerhatikan korang sebagai tanda dia menunjukkan minat kepada korang. Kalau dia perhatikan korang punya mata secara padat dan tajam ketika orang sedang bercakap, berkemungkinan dia mungkin ada hati dengan korang. Ada juga jenis lelaki suka letak tangan dia di tempat yang pelik-pelik bila dia bercakap dengan orang yang dia minat. Bila dah gabra sangat, tangan diorang pun ada gaya-gaya yang tertentu seperti cekak pinggang, letak tangan dalam seluar dan lain-lain lagi.Tapi kalau ada orang laki menunjukkan minat dengan cara nak menyentuh dan tengok aku dari atas sampai bawah, memang aku bagi kaki terus. 

#4 - SUKA MEMBAHAN ATAU MENGUSIK ANDA 

I know, it sounds weird tapi memang ada dalam kalangan lelaki yang akan buat perangai tak senonoh ni dengan perempuan yang diorang minat. Mulut kata "Wei, hang teruk laa!" tapi dalam hati "Awat hang comel sangatt, baik pulak tu. Hang sedaq tak aku minat hang??".Lelaki jenis macam ni jugaklah yang menjadi punca korang mood swing pada setiap hari disebabkan bergaduh dengan dia. Siapa tahan woi kena bahan setiap hari, kan? Setiap kali dia jumpa korang, membahan tu seolah-olah sudah menjadi hobi dan habit dia dia. 

Yup, lelaki jenis macam ni memang punca korang mood swing setiap hari. Hahaha

Lelaki yang buat perangai tak senonoh terhadap korang adalah disebabkan dia rasa takut dengan emosinya yang sebenar terhadap korang, pada masa yang sama cuba buat korang kagum dengan dia, percubaan menarik perhatian korang dan merendahkan nilai korang untuk menaikkan nilai diri dia. Senang cerita, dia memang minat korang cuma ego dan perasaan malu yang tinggi melangit je punca dia buat perangai macam tu kepada korang. Yup, memang jerks punya perangai tapi hakikatnya dia minat korang. Sungguh tak tipu.

#5 - DIA BOLEH INGAT APA YANG ANDA KATA 5 TAHUN YANG LALU

Berdasarkan pengalaman aku, biasanya lelaki yang minat kita akan ingat sekecil-kecil perkara apa yang kita pernah beritahu pada dia. Kadang-kala benda tu bukanlah benda penting pun, dan kadang-kala korang pun terlupa perkara yang korang pernah beritahu dia pada masa lepas. Kalau tiba-tiba dia boleh ingat apa yang korang kata tu maknanya dia dengar dan betul-betul ambil tahu setiap bait kata yang keluar daripada mulut korang.


Hasil penulisan tips aku pada hari ini adalah bersumberkan daripada Adam LoDolce dan Carlos Cavallo yang mana mereka berdua merupakan dating coach di youtube. Apa yang aku kongsikan ni bukan daripada sebarang orang yang aku copy and paste semata-mata, sebaliknya aku berkongsi maklumat dengan korang daripada hasil menonton video mereka. Kalau korang berminat nak tonton channel diorang, I'll provide you guys with the link below. 

Sexy Confidence - Adam LoDolce 


Okay itu sahaja yang aku boleh kongsikan kepada korang buat hari ini. Jadi ada atau tidak dalam kalangan kawan-kawan korang menunjukkan tanda-tanda macam ni? Kalau ada, maksudnya diorang ada hati la tuu. Aku dah jelaskan tanda-tanda kawan korang minat dalam diam, namun selebihnya its up to you apa yang korang nak buat lepas ni. Kalau korang pun ada hati dengan si dia, terpulanglah pada diri sendiri sama ada nak bawa hubungan tu ke next stage atau sebaliknya. Nasihat daripada aku, fikir masak-masak sebelum nak buat apa-apa. You know whats the best for you, right?

So good luck dan semoga berjaya!

22 comments:

  1. Tapi kn dia ingt mcm mn dia dpt nmbr aku n kat mana dia jumpa aku wlupn tu bkn aku....tapi skrg ni dia ada gf tau.so susah aku nk tau dia ni suka ke nk kwn?hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki ni kalau dia ada number kita ada beberapa kemungkinan :
      1- dia betul2 berminat dengan kita (but biasanya kalau dia betul2 minat dia akan berusaha nak dekat kita..)

      2- dia minat kita tapi nak try nasib dulu..(kalau perempuan takde bagi 'green light', sebb tu dia akan pilih awek lain)

      Delete
  2. Tapi kitorang tak pernah jumpa berdepan..macamne aku nak tau die suka aku ke takk..emmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya... klu tak tanya... mcm mana nak tau y dia suka kita ker tak... better jujur...

      Delete
    2. dia ada bagi mixed signal tanda dia minat tak? dia contact phone ke?

      Delete
  3. I have 1 person that i like ..and of koze i malu kn ..i guna mmber kita org tgh lh ..sekian makasih

    ReplyDelete
  4. Aq pon ada runsing juga dgn mamat sorang ni.. Dari blog sis ni ada banyak jugak yg sama mcm no 1.. Hari3 dtg jumpa aq tanya mcm2 soalan walaupun x de kene mengena dgn aq... And senang cerita kalau x ckp dgn aq satu hari x sah.
    No 2 pon ada jugak.. Kalau kat tempat kerha asyik nk aq duduk kat tempat dia je 24jam padahal tempat aq kat depan.. Kalau aq x pergi tempat dia mulalah ckp aq ni suka kat org tu lah org ni lah.. Samapai aq tension tengok mamat tu...
    No 3 tuuuu aq x paham sangat mungkin aq x sedar kalau mamat tu penah wat body language depan aq...
    No 4 mmg hari2 samapai tiap2 pagi aq akan mengelak dr terserempak dgn dia.. Sbb kalau x usik aq mmg x sah.. 24jam nk bahan aq��
    No 5 pon ada sbb benda yg aq ckp dgn diq awal tahun pon dia boleh ingat sedangkan aq sendiri x ingat yg aq ada janji dia benda tu....

    Adakah aq tepuk sebelah tangan... Atau aq tepuk dua dua belah tangan..?
    Konpius den... Haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa usik la mamat tu sikit.. pancing pelan2 and direct je tanya dekat dia "ehh apasal kau suka kacau aku? kau minat aku ehh?" hahaha

      Delete
  5. Selalu dapat tangkap dia asyik curi pandang. Selalu tegur tiap kali terserempak. Selalu senyum. Tapi baru dapat tau dia dah ade awek. So dia suka atau nak berkawan? Takut la nK tanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua laki bila tegur kita maksudnya dia minat kita.. kadang2 mmg ada yang jenis ramah sangatt dan suka berkawan..

      Delete
  6. Em dia ni baru rapat dengan aq dlam 2 3 minggu . Suka kacau aq pastu bila chat ckap benda2 yg sweet and selalu call . Adakah tu tanda dia syok 😪

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. Cara macam dia minat awak je. Tapi jangan terburu-buru. Layan je macam biasa, dan tunggu sampai dia luah perasaan. Kalau dalam masa korang sedang berkawan tu tiba-tiba dia tanya status awak dah berpunya ke belum, maka dia tengah cari peluang nak berterus terang dengan perasaan dia.

      Delete
  7. kalau lelaki tu tiba-tiba tukar tempat duduk dia contoh saya duduk belakang lelaki tu duduk depan lepastu dia tiba-tiba duduk belakang tu kenapa ?

    ReplyDelete
  8. Ni ada sorang laki yg sejak kebelakangan ni kwn-kwn dya n dya sndiri slalu tngok sy lain mcm hahs. X tw lh psl apa. Klu sy lalu tpt dorang, yg sekawan ni asyik brpandangan n rasa mcm ada yg tersirat d situ dgn senyuman kwn² dya yg misteri ��. Kwn dya ni pla classmate sy n when kwn dya ni lalu tpt sy,first yg sy prsn lh kan dya tngok hp sy. haha.. So x tw lh ni mainan prsn or ntahlh but i really need your advice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga untuk saya bagi pendapat dalam kes awak. Ada tiga perkara dalam kepala saya:

      1) Boleh jadi dia minat awak dari jauh. Alasan saya adalah sebab awak ada sebut tentang kawan-kawan dia pun ada pandang awak dengan senyuman misteri. Boleh jadi kawan2 laki tu tahu yang laki tu minat awak. Dia hanya mampu melihat awak sebab dia malu nak tegur awak, dan dia tiada tiada peluang dan ruang untuk menegur awak.

      2) Boleh jadi jugak dia dan kawaN-kawan dia sekadar memandang dan senyum2 pada awak tanpa ada perasaan. Untuk hal ini, awak kena perhatikan cara laki tu dan kawan-kawan dia melihat wanita lain pula bagaimana. Adakah cara yang sama atau lain. Susah juga kalau nak cakap dia pandang awak ada niat suka kalau dia tidak mengambil initiatif untuk tegur awak.

      3)Ada setengah kes, lelaki tu suka pandang dan ada ambil inisiatif untuk menegur dan berkawan dengan seorang perempuan. Tetapi apabila si perempuan tu meluah perasaan, lelaki itu menolak dan menganggap seperti kawan.

      Delete
    2. firstly, awk kena tanya diri awk, awak betul2 suka dia atau awak sekadar nak tahu sama ada dia suka awak atau tidak? Kalau awak suka dia, mungkin next time kalau dia ada pandangan dan senyum pada awak, awk boleh balas senyuman tu. Tapi jika awak x serius pun pada lelaki tu, awak boleh sahaja buat tak tahu.

      Delete
  9. Hah! Ni lgi sorang ni classmate aq. Sblum ni x prnah lak tegur aq even dya ni duduk blkg aq jer. But lately, aq prsn lh dya asyik nk langgar meja aq klu lalu. Lgi2 bila kwn aq sorang ni yg x prnah nk ambil tw test sy dlm pmlihan llki tetiba lak nak tanya.Nak tanya, malu lak�� .Bf kwn aq ni bestfriend llki tu lh. Plg jelas bila dya tetiba jer nak study gp dgn kitorang and everytime I jwb soalan,dya msti renung aq smpai aq x tw nak tolehna dh. Klu lki ni dmnta ulang blik semua jwbn, jwpn first dya msti jwpn yg i bagi��. Also he kept teasing kwn kitorang yg couple tu klu bf dya x dpt ingat jwpn gf dya.. Emmm�� nnn aq prsn lh dya asyik nk cari peluang utk aq byk cakap n bila turn aq bckp, dya automatic serious haha
    Hmmm.. Oo ya hri ni pun ada jga. Sy brtugas bgi2 mknan time jamuan ari ni n when I ask him if he want to add any ingredients in his soup, he just kept on staring at me �� dya just jwp blik bila i pun kept staring at him laa��
    That's all. I'm looking forward for your reply about this thing. What do you think about this hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. i think he likes you. HEHE. Tapiii, tak seronok kalau dia sendiri tak mengaku perasaan dia. I think the best way, kalau awak pun suka pada dia, awak patut berkawan dengan dia dan bagi peluang untuk dia kenal dengan awak. Dan lagi bagus kalau dia ada tanya soalan yang berkait dengan DIRI AWAK, sebab bila dia tanya soalan2 personal berkaitan dengan diri awak, itu bermakna dia nak kenal awak dengan lebih dalam. Dan pasal kes dia langgar meja awak tu, mungkin dia buat mcm tu sebab dia nak perhatian daripada awak. Dia tak tahu nak tegur macam mana, so dia menegur dan nak perhatian awak dengan cara pelik mcm tu.

      Delete
  10. nak dikatakan selalu berbual dengan dia pun tidak...
    aku pun tak save number dia...
    tapi masalahnya dia asyik nak usik orang ja kalau nampak aku...
    memang terus moody kalau nampak dia...
    tak habis ii nak halang orang nak lalu...
    lepas tu kata motor buruk laa...
    and then ada satu time tu,aku nak bukak pintu yang ketat dan rosak tu...dia boleh pulak kata aku ni lemah... dia kata macam mana la nak ada rumah tangga kalau buka pintu pun tak reti...punya la nak tunjuk yang diri dia hebat sangat

    ReplyDelete
  11. betul, saya kalau lelaki dah dekat (budi bahasa/berkawan rapat) memang boleh timbul perasaan soalan.

    ReplyDelete
  12. lagi-lagi kalau kawan-kawan perasan rapat antara persahabatan memang pandai bergurau senda.Dah kawan cakap "kita akan jadi pengapit". Dah kena tahu sangat rapat ciri-ciri bersuka.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)