W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

February 13, 2016

LONG DISTANCE RELATIONSHIP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhubungan Jarak Jauh menguji kesetiaan setiap pasangan.

Topik hari ini aku nak bersembang tentang Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) atau Long Distantce Relationship. Kebanyakkan kawan-kawan aku berada dalam situasi perhubungan seperti ini, iaitu berjauhan daripada pasangan kerana suami dan isteri telah dipostingkan ke tempat yang berbeza dan berjauhan daripada antara satu sama lain.

Sebelum mengulas lebih lanjut, apakah LDR atau PJJ ni? Long Distance Relationship (LDR) atau dalam bahasa melayunya bermakna Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) adalah satu perhubungan antara dua insan yang dipisahkan oleh jarak. Misalnya, korang dah berkahwin, tetapi terpaksa hidup berjauhan selama beberapa tahun atau beberapa minggu kerana faktor kerja.

Topik aku ni bukanlah aku nak sembang mengenai orang lain atau tips bercinta dalam perhubungan PJJ, sebaliknya aku nak bersembang dengan korang mengenai pengalaman dan pandangan aku tentang hubungan PJJ ni. I have to admit it, memang susah bila berada dalam hubungan jarak jauh dengan someone that we love.
"Jarak antara dua hati bukanlah penghalang, sebaliknya sebagai
peringatan sejauh mana kukuhnya kasih antara dua pasangan."

Baru-baru ni buah hati aku masuk wad dan ditempatkan di hospital Pantai di Melaka. Aku dapat tahu buah hati aku dimasukkan ke hospital pun selepas percubaan beberapa hari untuk menghubungi dia gagal dan akhirnya panggilan aku dijawab oleh ahli keluarganya. Pada ketika itu barulah aku tahu sebab dan punca dia tidak menjawab dan menghubungi aku selama beberapa hari.

Baru semalam aku, abah dan adik lelaki aku pergi melawatnya di Melaka. Pada awalnya aku ingin pergi sana dengan menaiki bas bersama adik aku sahaja. Namun disebabkan tiada tiket bas untuk pergi ke sana secara berpasangan dan hanya tinggal satu sahaja, aku tidak dapat bergerak ke Melaka pada malam Selasa itu. Jadi, abah mengambil keputusan untuk menemani aku untuk melawatnya.

Sebenarnya aku agak sedih mendengar berita tu dan telah membuka mata aku besar-besar mengenai kesan perhubungan jarak jauh. Yes, korang tidak akan tahu apa yang berlaku pada pasangan korang akibat dipisahkan oleh jarak. You'll never know sama ada dia okay atau tak, dia sihat atau tak dan paling teruk sama ada dia mati atau hidup. 

Aku tidak kisah kalau aku jarang berjumpa dengan dia, sebab aku boleh menguruskan emosi merindui orang lain dengan baik. Tambahan lagi, aku pun lagi suka jika jarang berjumpa dengan buah hati aku, so that tidaklah aku mudah untuk berasa bosan dengan dia. Haha. Bunyi macam kejam pula, tapi hakikatnya bila jarang berjumpa, aku akan hargai setiap masa bila bersama dengan dia. Yes, nilai setiap pertemuan tu sangatlah tinggi dan sama sekali perasaan yang dirasai tak boleh diungkap dengan kata-kata.

Aku tiada isu tentang kepercayaan dengan si buah hati, dan secara keseluruhannya aku boleh berhadapan dan menyesuaikan diri dalam perhubungan jarak jauh. Cuma yang menjadikan aku khuatir apabila aku tidak mengetahui apa-apa yang berlaku atau terjadi terhadap buah hati aku. Keadaan yang paling menakutkan apabila panggilan aku tidak terjawab selama beberapa bulan dan jika panggilan telefon dijawab pun hanya berita kurang baik yang didengari oleh aku. Sedih. 

I hope the best for you dear dan semoga Allah menjaga dan menyembuhkan dirimu di sana. 

Sekian dan wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...