W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

March 15, 2016

AKU, JODOH DAN PERKAHWINAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Photo by Trung Nguyen from Pexels

Musim cuti sudah tiba, maka ramailah rakan-rakan yang berkahwin dan membina rumah tangga. Barakallah buat mereka yang berjaya membina masjid pada musim cuti ini. I felt happy for you guys dan semoga bahagia hingga ke syurga. Seperti biasa, bila musim berkahwin berleluasa, maka aku sibuk menghadiri jemputan perkahwinan rakan-rakan sekerja dan rakan-rakan zaman belajar. 

For your information, aku paling tak suka menghadiri jemputan perkahwinan orang. Antara sebabnya ialah bila mana ada orang bertanyakan soalan, "Bila hendak berkahwin?" dan yang paling extreme baru-baru ni ada yang perli aku dengan kenyataan, "Nak kena tunggu duit RM50K baru nak berkahwin ke?" Yes, itu antara perkara yang paling aku tak suka bila berjumpa dengan member-member lama, ada sahaja kenyataan yanng  tidak sedap didengar keluar daripada mulut mereka.

Aku pulak seperti biasa tenang menjawab setiap persoalan mereka dengan, "InsyaaAllah, jika ada rezeki.." Malas nak jawab panjang-panjang sebab kalau aku menerangkan 1001 sebab aku masih belum berkahwin pun, tiada yang betul-betul cuba untuk faham kerana 'end up' akan ditanya benda yang sama bila berjumpa pada masa akan datang.

Sebelum aku nak ulas panjang lebar, aku ada beberapa pertanyaan kepada mereka yang terlebih 'over concern' tentang status perkahwinan aku. Antaranya

1st, kalau aku lambat berkahwin atau masih belum berkahwin, adakah aku buat hidup engkau merana? 
2nd, kalau aku masih berlum berkahwin, adakah mengganggu duit dan gaji engkau? 
3rd, kalau aku lambat berkahwin dan masih belum berkahwin, kau ada kemampuan ke nak support kewangan untuk majlis perkahwinan aku?

Kalau jawapan bagi ketiga-ketiga soalan aku adalah, "Tidak", maka sila duduk diam, sabar dan berdoa semoga jodoh aku dipercepatkan dan dipermudahkan. Aku minta kalian yang tidak berpuas hati dengan aku kerana masih belum berkahwin buat benda simple je ni. Doa untuk aku, itu je aku mintak. Tidak perlu tanya soalan bertubi-tubi sebab kalau kau ada keyakinan yang teguh kepada Allah 100%, kau pasti yakin jodoh itu urusan Allah, kan?

Macam inilah, aku terangkan secara simple mengenai jodoh dan ketentuan Allah. Sekarang ini memang popular mengenai perkahwinan yang dijalankan secara bersederhana dan tidak 'grand' kerana ianya mengikut landasan agama. Alhamdulillah dan tahniah buat mereka yang berjaya melangsungkan perkahwinan secara sederhana dan mengikut tuntutan agama.

Ada sesetengah manusia Allah sudah pun permudahkan urusan dia dengan mempunyai ahli keluarga yang sangat terbuka dan mengikut landasan agama dengan mempermudahkan majlis perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing. Bagi aku, itu rezeki hamba Allah itu. Allah telah memberi rezeki kepada dia mempunyai keluarga yang sangat menyokongnya untuk melangsungkan majlis secara sederhana dan mengikut tahap kemampuan kewangan.

Tetapi kita kena ingat, bukan semua orang sama macam kita, ada kehidupan yang sama macam kita. Tidak sama setiap makhluk Allah antara satu dengan yang lain. Sama sekali sangat lain. Setiap manusia yang bernafas dan berjalan di atas bumi ini mempunyai perjalanan hidup yang berbeza, tetapi hala tujunya masih sama, iaitu beribadah kepada Allah. 

Bila aku kata berbeza, maka semua benda akan berbeza. Aku bagi contoh pengalaman aku sendiri sepanjang aku menjadi seorang pelajar di maktab. Biasanya, setiap semester aku akan menelaah subjek-subjek dengan bersungguh-sungguh sampai lewat malam. Tetapi, sekuat mana pun aku belajar, result aku setiap semester masih sama, jika menaik pun tidaklah menaik dengan begitu mendadak.

Tetapi, semester terakhir tahun 4, berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Aku telah sakit teruk sepanjang musim peperiksaan. Aku tidak boleh bangun, tidak boleh tidur dan keluar masuk bilik air kerana demam yang agak teruk. Study jangan sebutlah, memang tak sentuh buku langsung beb. Memang langsung tak larat nak study.

Jadi ketika sakit itu, memang aku belajar untuk redha 100% kepada Allah. Aku hanya mampu berdoa semasa sujud setiap kali mendirikan solat fardhu. Alhamdulillah, tak sangka gila pada semester itu, Allah memang mengabulkan doa aku. Perasaan syukur tu jangan katalah, rasa nak meloncat je sebab rasa susah nak percaya Allah makbulkan doa aku.

Bukan aku nak kata semester sebelum ni aku tidak berdoa dalam setiap kali waktu solat. Aku masih buat rutin yang sama, doa benda yang sama. Cuma, hasil doa itu tak sama seperti semester yang terakhir itu. Apa yang aku boleh simpulkan, seolah-olah doa aku selama 4 tahun belajar itu dikumpul hingga ke semester akhir. Alhamdulillah.

Okay sambung balik. Berdasarkan contoh aku tadi, aku nak terangkan tentang rezeki. Rezeki setiap orang tidak sama. Allah bagi aku rezeki pada semester terakhir. Itu rezeki aku. Ada orang pula rezeki semasa belajar susah sikit nak dapat tapi selepas habis belajar Allah permudahkan rezeki dia dapat kerja elok, bos pun elok. Maknanya rezeki setiap orang semestinya tidak sama dalam hidup ini.

Jadi sama juga macam rezeki kahwin. Ada sesetengah orang Allah permudahkan rezeki dia dari segi keluarganya yang terbuka dan tidak membebankan pasangan pengantin. Tetapi ada juga sesetengah orang Allah uji dia dapat keluarga yang sangat mementingkan keduniaan dan bersikap materialistik.

Kita tidak tahu, deep down in their heart, pasangan pengantin itu teringin gila buat majlis yang simple dan tidak membebankan dari segi kewangan. Tetapi disebabkan keluarga, makanya terpaksalah dibuatnya majlis yang tidak sesuai dengan kemampuannya. Soal jodoh ini, pada mulanya mungkin Allah mengujinya ketika mula-mula hendak mendirikan rumah tangga, dan mungkin selepas berkahwin rezeki dalam hal lain dipermudahkan.

Itu belum sentuh lagi kisah kahwin lambat atau kahwin awal. Memang setiap makhluk Allah di dalam hidup ini ada keinginan untuk berkahwin awal. Siapa yang nak berkahwin lewat, kan? Kalau semua rakan-rakan sudah mula sibuk mendirikan rumah tangga, kita pun mula menggelabah mengenangkan bila pula giliran jodoh akan menyapa diri kita.

Realitinya, bukan semua orang akan ditakdirkan untuk mendapat jodoh awal. Ada ramai dalam kalangan orang yang aku kenal berkahwin ketika di usia sekitar 30-50 tahun. Bukan tidak dicari, tetapi jodoh dalam suratan takdir itu belum sampai lagi. Kadang-kala semakin dicari, semakin jauh pula jodoh. Tapi siapa sangka, hanya dengan duduk diam sahaja tiba-tiba jodoh menanti depan mata.

Like I said seperti di atas, rezeki yang Allah berikan kepada setiap hamba-hambanya itu tidak sama. Tapi entah kenapa masyarakat kita ini bila ada rakan-rakan atau saudara-mara yang dirinya belum disapa dek jodoh, satu keturunan buat perangai gelabah biawak. Seolah-olah mereka yang masih belum berkahwin ini umpama melakukan satu kesalahan yang amat besar.

Dan jangan ingat siapa yang kahwin awal akan bahagia hingga ke tua. Ini kerana ada juga dalam kalangan rakan-rakan aku yang berkahwin awal tapi end up bercerai tidak sampai 5 hingga 10 tahun. Kalau nak kata kahwin awal so that dapat anak awal, tapi ada juga dalam kalangan mereka yang berkahwin awal sampai sekarang tidak dikurniakan anak lagi.

So, aku sebut lagi sekali tentang rezeki. Ada orang mempunyai rezeki berkahwin awal, tetapi belum tentu ada rezeki dapat anak awal. Ada juga hamba Allah yang mana ada rezeki berkahwin awal tetapi jodohnya tidak lama. Ada orang berkahwin lambat dan alhamdulillah tidak sampai sebulan rezeki anak tu hadir dalam kehidupan pasangan yang baru berkahwin lewat.

Mostly ada juga dalam kawan-kawan aku mula frust bila jodoh belum menyapa mereka. Kadang-kala aku pun gusar jugak, dan terfikir, "bila la nak kahwin ni?". Ada juga usaha yang aku buat untuk kumpul duit. Jaga peperiksaan, ajar tusiyen bagi kelas KEDAP, jadi warden, ambil upah buat assignmen, dan kumpul duit gaji setiap bulan. Tapi ada sahaja kekangan dan masalah yang timbul hingga duit simpanan perkahwinan itu semakin susut.

Tapi aku yakin dengan ketentuan Allah. Mungkin rezeki nak berkahwin tu belum tiba lagi daripada Allah buat masa ini. Mungkin aku masih belum bersedia untuk berkahwin. Aku tidak pasti apa ketentuan yang Allah telah tetapkan dan bila waktu aku akan berkahwin, tetapi when the right time comes, perkara itu akan terjadi. InsyaaAllah.

Lambat atau cepat, semuanya ketentuan Allah. Kita merancang, tetapi segalanya ditentukan oleh Allah. Peringatkan diri kita tentang nilai sebenar dan tujuan sebenar perkahwinan. Perkahwinan bukan semata-mata untuk bersama dengan insan yang kita sayangi, tetapi untuk melengkapkan deen kita. Kita berkahwin kerana Allah, bukan kerana manusia dan insan di persekitaran kita.

Jadi buat rakan-rakan yang membaca, mohon doakan diriku dan pasangan agar Allah mempermudahkan urusan untuk menambah rezeki bagi urusan perkahwinan aku bersama pasangan. Aku tidak pasti bila rezeki berkahwin itu akan tiba, tetapi aku akan cuba usahakan yang terbaik. Semoga tahun ini Allah permudahkan rezeki aku untuk memperoleh rezeki yang mencukupi. Amin.

Sekian dan wassalam.




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)