W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

PERIHAL MENGENAI PENULIS

MAKLUMAT RINGKAS PENULIS 

Nama : Ameelia (Nadeshiko)

Umur : 29 tahun

Tarikh lahir : 8 September 1991

Warganegara : Malaysia

Pekerjaan : Guru @ sensei


AKTIVITI PADA WAKTU LAPANG :

  1. membaca buku dan komik, 
  2. menulis blog kadang-kala, 
  3. melukis gambar anime ikut mood, 
  4. melayan anak yang sedang membesar sepenuh masa. 

PERSONALITI PENULIS 


 Penulis merupakan individu introvert yang suka hidup dalam dunia sendiri. Mampu bersosial dengan baik dengan manusia sekeliling. Namun, jika diberi pilihan untuk duduk di rumah mahupun pergi kesosial gathering, penulis lebih memilih untuk duduk di rumah menonton Netflix sambil minum secawan milo panas di atas lantai marmar berlapikkan tilam miliknya. 

Penulis mempunyai sikap yang 'reserved dan sukar untuk didekati serta bukanlah seorang yang open book'. Selain itu, perlu mengambil masa untuk mendedahkan diri yang sebenar kepada orang lain. Namun sekiranya manusia tu mempunyai banyak persamaan dengannya, dia rasa mudah untuk sync dengan individu itu, MAKA sikapnya yang tiga-suku-sedang-sedang akan dipamerkan tanpa segan silu.

Penulis bukanlah seorang kaki melancong mahupun pencinta kecantikan yang tegar. Penulis hanya mempunyai minat melancong pada kadar yang sederhana. Penulis juga seperti wanita lain yang gemar untuk mencantikkan diri namun bukanlah pada tahap yang berlebih-lebihan. Penulis hanyalah seorang ibu dan isteri yang sederhana dalam penampilan mahupun pemilihan hidupnya.


CORETAN RINGKAS MENGENAI PENULIS


Penulis merupakan seorang guru yang sedang mengajar di sekolah pedalaman Orang Asli di Perak. Dia merupakan anak jati Kuala Kangsar dan berketurunan jawa yang tidak berapa pekat sangat. Penulis banyak menghabiskan masa bermain dengan anaknya dan menguruskan rumah. Penulis tidak menjadikan penulisan blognya sebagai rutin kerana dia banyak lagi kerja di luar media sosial yang perlu disiapkan. She has a life too, ya know!


Penulis telah mula bergiat aktif dalam penulisan blog sejak berumur 18 tahun sehiggalah sekarang. Merupakan seorang penulis amatur yang sedang melatih dan mempergiatkan diri dalam bidang penulisan blog secara santai. Penulis biasanya menulis tentang perkara yang disukai olehnya dan berdasarkan pengalaman kehidupan yang dipelajari dari persekitaran. 


Sekian terima kasih. :)



2 comments:

  1. Entahla camna boleh sesat kat sini on this date. Btw, heyy happy birthdayy!!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)