W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

October 20, 2013

Masih Muda dan Masih Jauh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila tiba waktunya, 'dia' akan datang.

Zaman kanak-kanak dahulu, bukan main lagi aku mahu cepat membesar; mahukan kehidupan sendiri. Bagai kapal dan pelaut yang mencari arah tujunya untuk mencapai dan menuju ke haluan masing-masing. Dalam erti kata lain, kebebasan. Iyalah, zaman kana-kanak, ada sahaja yang tidak kena, aku masih di bawah kawalan ibu dan bapa. Sukar melakukan perkara yang ingin dilakukan, dikhuatiri menjadi anak derhaka. 


Namun apabila semakin dewasa, semakin banyak perkara yang perlu dilakukan. Hati semakin keluh dan kesah, banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Semuanya ekoran tanggungjawab, iaitu semua perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab dan peranan yang perlu dijawab dengan Dia yang berada di atas. Amanah dan tanggungjawab, boleh kata memang sudah dikeliling pinggang. Kalau boleh mahu sahaja diletak dan dimasukkan dalam beg galas. Iya, memang berat, tersangatlah berat.

Itu baru cabaran sebagai seorang muslim yang bujang dan masih tidak berumah tangga. Jika sudah bersuami, itu lain pula ceritanya. Tatkala rakan-rakan sibuk menanyakan perihal calon dan alam rumah tangga, apatah lagi ibu dan bapa, aku berasa gerun dan risau. Aku sedar, aku masih tiada persediaan dari segi mental, fizikal dan emosi tentang peranan menjadi seorang isteri. 

Aku sentiasa mahu mempunyai kehidupan sendiri terlebih dahulu. Jika berkahwin awal, gajinya mungkin aku terus menggunakan untuk kepentingan rumah tangga, barang dapur dan semuanya. Menjadi seorang isteri memerlukan pengorbanan yang sangat besar, secara emosi dan mental. Jika tiada kekuatan, kebarangkalian penceraian pada umur muda itu seperti mengupas kulit limau. 

Maka apa kesimpulannya? Aku mahu kahwin pada peringkat umur pertengahan, antara 25 hingga 27 tahun. Lewat? Iya, memang lewat kerana banyak perancangan yang aku mahu lakukan dalam lingkungan waktu itu. Aku membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam Ijazah kedua dalam Seni Halus, jika ada rezeki. Aku juga ingin mengambil nasihat daripada pensyarahku, cuba untuk mencuba nasib sebagai seorang pereka grafik. 

Jodoh akan datang apabila tiba waktunya. Jodoh akan datang apabila Allah tahu aku bersedia. Jodoh bukan datang atas desakan manusia, itu semua karut. Jika manusia bertanya tentang jodohku, kebarangkalian dia masih jahil perihal ketentuan Allah. Maaf, itu kenyataan dan jangan tersentap. 

Sekian dan wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...