W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

November 11, 2020

9 TANDA LELAKI TIDAK SERIUS DENGAN ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

sumber weheartit.com

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang Tanda-tanda Si Dia Tidak Serius Dengan Anda. Kenapa saya gatal tangan menulis perihal ini? Okay, secara jujur saya tidak mahu para wanita dan gadis di luar sana membuang masa menunggu lelaki yang tidak serius dengan anda. Sudah beberapa kali saya membaca dan mendengar luahan hati ramai wanita yang kecewa dan kecundang dalam soal hati apabila melibatkan lelaki dalam kehidupan mereka.

Kadang-kala dek kerana masih mempunyai perasaan sayang dan harapan, mereka masih lagi menunggu dan berpegang dengan hubungan itu walaupun terpaksa hidup dalam perasaan dilema dan tergantung sepi. Mereka banyak memberikan alasan kepada buah hati mereka dengan mengungkapkan kata-kata, "Tidak apa, mamat sibuk pada hari ini" atas ketidakhadiran atau availability di sisi mereka.



Jadi di sini, saya berkongsi tanda-tanda dia tidak serius dengan anda agar saya dapat membantu lebih ramai wanita dan gadis di luar sana daripada kecewa. Antaranya adalah seperti berikut : 


# 1 - DIA LAYAN ANDA SAMA SEPERTI ORANG LAIN

Pernahkah anda berada dalam satu hubungan di mana dia layan anda sama seperti gadis lain? Adakah cara si dia menegur anda dengan gadis lain atau wanita lain sama sahaja patternnya? Mungkin dari nada intonasi si dia berbicara dengan anda? Atau mungkin cara si dia berikan hadiah kepada wanita lain sama seperti dia berikan hadiah kepada anda? 

Ada sesetengah lelaki (BUKAN SEMUA) saya beri gelaran sebagai pencinta wanita, yang mana dia akan melayan wanita-wanita dan gadis-gadis dengan sikap yang 'terlalu baik' hingga menyebabkan beberapa wanita di sekitar mereka pun 'terperasan' seolah-olah si dia mempunyai hati dan perasaan terhadap mereka. Sebenarnya, BUKAN SEMUA lelaki yang layan anda terlalu baik akan menaruh hati dan perasaan kepada anda. 

Kadang-kala itu memang sikap mereka yang hanya 'being nice' kepada anda. Jadi jangan salah faham dan perasan ya. Jadi, bagaimana anda boleh kenal pasti sama ada dia betul-betul suka anda atau disebaliknya? Anda cuma perlu perhatikan cara dia melayan wanita lain. Itu sahaja. Jika cara dia layan anda sama baik seperti gadis dan wanita lain, maka janganlah anda overthinking sangat. 

Lelaki yang betul-betul suka anda (Average guy, bukan yang spesis charming yang dah biasa dengan perempuan) biasanya mereka akan menghadapi kesukaran dalam mengawal tingkah laku mereka apabila berhadapan dengan wanita atau gadis yang mereka sukai. Jika anda perhatikan betul-betul, kita akan dapat melihat sama ada si dia mengawal nada dalam percakapannya dengan anda, ataupun dia akan gugup ketika bercakap dan berhadapan dengan anda. 


# 2 - DIA TIDAK BUAT APA-APA UNTUK MENDEKATI ANDA

Okay, point yang kedua ni berkaitan dengan usaha dia untuk mendekati anda. Misalnya, jika anda berwhatsapp dengan si dia, biasanya siapakah antara kalian yang akan memulakan sesuatu perbualan? Adakah anda yang memulakannya ataupun si dia? Pernahkan si dia mengajak anda pergi berjalan-jalan jika ada masa lapang? Pernahkah si dia mengusik anda? Pernahkah si dia mengambil initiatif untuk menegur dan memulakan perbualan dengan anda?



Jika dia melakukan kesemua di atas dengan kerap, maka dia berusaha untuk mendekatkan dirnya dengan anda. Namun, jika dia tidak melakukan apa-apa untuk terus berjumpa dan berkomunikasi dengan anda, maka dia tidak brminat dengan anda.Biasanya jika lelaki berminat dengan anda, mereka akan berusaha untuk mendekati anda dan membina pelbagai alasan untuk mendekatkan diri mereka dengan anda.


# 3 - DIA LAMBAT BALAS TEKS MESEJ / WHATSAPP ANDA SECARA KERAP

Ini adalah tanda yang sangat jelas dia tidak berminat untuk berkomunikasi dengan anda. Jika si dia betul-betul berminat dengan anda, biasanya dia akan teruja untuk membalas whatsapp atau teks mesej anda tanpa melengah-lengahkan masa kerana padanya anda merupakan dunianya. You're my everything, chewah. Haha. Namun, jika dia tidak berminat dengan anda, dia tidak menganggap anda penting dan baginya tiada keperluan untuk dia membalasnya. 

Jika anda berada dalam situasi yang mana mula-mula si dia membalas whatsapp atau teks mesej anda cepat-cepat namun selepas beberapa ketika dalam suatu tempoh beberapa minggu mahupun bulan, si dia tidak memberikan respon yang sama seperti awal-awal perkenalan, mungkin perasaan dia sudah berubah dan si dia sudah bosan dengan anda. Sekali lagi, jika dia tidak konsisten dalam hal itu pun menunjukkan dia tidak berminat dengan anda. 


# 4 - SI DIA BALAS WHATSAPP/TEKS MESEJ ANDA PENDEK-PENDEK

Sepanjang kalian berhubung menerusi aplikasi Whatsapp, telegram, mahupun teks mesej, siapakah antara kalian yang kerap membalas whatsapp panjang berjela? Andakah si dia mahupun anda? Jika dia balas pendek-pendek, ianya jelas si dia tidak berminat untuk berkomunikasi dengan anda. 

Jika si dia berminat dengan anda, si dia akan cuba membalas dengan panjang bagi mengekalkan komunkasi dua hala itu agar si dia boleh terus kekal berkomunikasi dengan anda. Namun, jika si dia balas pendek-pendek itu menandakan si dia tidak berhajat untuk meneruskan komunikasi itu dengan anda.


# 5 - ANDA LEBIH BANYAK MEMULAKAN SESUATU BERBANDING SI DIA

Dalam perhubungan kalian, siapakah kebiasannya banyak memulakan sesuatu? Misalnya adakah anda yang kerap memulakan perbualan dalam aplikasi whatsapp lebih daripada si dia? Siapakah antara kalian yang banyak mengajak untuk pergi ke suatu tempat? Siapakah antara kalian yang kerap memulakan perbualan? 

Adakah anda mahupun si dia? Jika anda yang lebih banyak memulakan perbualan dan inisiatif manakala si dia tiada usaha untuk mendekatkan dirinya dengan anda, maka anda perlu faham bahawa dia tidak berminat dan tidak serius dengan anda. 


# 6 - DIA BERCAKAP TENTANG PEREMPUAN LAIN DENGAN ANDA

Jika si dia  tanpa segan silu bercakap mengenai wanita lain di hadapan anda bahawa dia menyukai wanita atau gadis sekian-sekian, makanya dia tidak berminat dengan anda. Ada setengah kes di mana dia bercakap mengenai wanita lain di hadapan gadis yang disukainya untuk membuatkan anda cemburu. Itu kes lain dan biasanya yang melakukan perbuatan seperti itu dalah lelaki yang tidak matang dalam perhubungan. 

Namun kebanyakan lelaki, jika si dia berminat dengan anda, si dia tidak akan bercakap mengenai wanita atau gadis lain di hadapan anda kerana baginya anda merupakan wanita penting dan pilihan hatinya. Si dia seboleh-bolehnya hanya mahu anda tahu bahawa dalam hatinya ada andasorang sahaja. Chewah. Haha.


# 7 - DIA SELALU BAGI ALASAN SIBUK

Tanda ini sudah jelas terang lagi bersuluh, bahawanya si dia terang-terang tidak berminat dengan anda. Dalam hubungan anda dengan si dia, adakah dia secara kerap mengatakan dia sibuk untuk berjumpa mahupun membalas whatsapp anda? Jika si dia betul-betul sibuk, dia akan cuba membuat perancangan pada hari lain untuk meluangkan masa dengan anda. 

Namun jika dia tidak bermiant dengan anda, memberikan pelbagai alasan untuk mengelak berjumpa dengan anda. Dia tidak menganggap anda penting dalam hidupnya dan bagi si dia tiada keperluan untuk meluangkan masa dengan anda. Jika si dia betul-betul berminat dengan anda, dia akan berusaha untuk mendekatkan dirinya dengan anda.  

He's Not That Into You.

Nota Tambahan : Ada juga sesetengah keadaan di mana si dia tidak suka dengan anda namun si dia masih mahu meluangkan masa dengan anda. Hal ini demikian ada setengah kes lelaki jenis suka berjimba dengan rakan wanita atau hanya sekadar untuk suka-suka membuang masa dengan anda. 


# 8 - DIA HUBUNGI ANDA APABILA PERLU SAHAJA

Pernahkah anda berada dalam satu situasi yang mana bila anda perlukannya si dia tiada di sisi namun apabila si dia memerlukan anda, dia akan mencari anda? Dia tida berminat dengan anda namun si dia akan mempergunakan anda kerana dia tahu anda akan membantunya. 

Dalam hal lain, si dia akan mencari anda kerana he just wants to feel good aboiut himself. Maksudnya, jika ada wanita lain yang ditch him atau tidak berminat dengan si dia, seurang-kurangnya ada laa seorang wanita yang sentiasa available untuk dia. Kiranya dia hanya menggunakan kehadiran kalian untuk boost his ego.


# 9 - DIA TIDAK BERHAJAT UNTUK TAKE THE NEXT STEP DENGAN ANDA

Jika si dia tidak serius dengan anda, si dia tidak akan membuka mulut pun untuk berjumpa dengan anda mahupun berjumpa dengan keluarga anda. Dia hanya melihat anda sekadar sebagai seorang kawan and nothing more than that. Jika anda memang dalam perhubungan dengan si dia, si dia belum bersedia untuk berumah tangga dengan anda dan memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada topik perkahwinan. 


Namun jika difikir semula, sampai bila si dia mahu meneruskan hubungan tanpa ikatan yang sah dengan anda? Siapakah anda di dalam hati dan hidupnya. Jika dia betul-betul mahukan anda dalam hidupnya, si dia akan berusaha untuk menghalalkan hubungan kalian. Jika si dia betul-betul SERIUS dengan anda, he will make it happen no matter what.


Kesimpulannya

Itu sahaja perkara yang dapat saya kongsikan mengenai tanda-tanda si dia tidak berminat dan tidak serius dengan anda. Saya hanya berkongsi apa yang saya tahu dan pelajari daripada 'dating coach' berdasarkan video yang telah saya tonton di dalam channel youtube. Jika kalian berminat, bolehlah mengikuti atau subscribe nama-nama dating coach yang agak popular iaitu Matthew Hussey, Matthew Boggs, Anthony Recenello dan beberapa nama lain yang di dalam channel Youtube

Salah satu sebab aku mengikuti dan menonton video dating coach ini supaya aku dapat mempelajari kemahiran dalam membaca dan memahami lenggok bahasa seseorang dan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam perhubungan. Namun kita perlu faham, budaya barat tidak sama dengan budaya orang timur. Kita perlu mengambil dan menapis input-input yang mereka kongsikan mengikut kesesuaian budaya di negara kita.  

Sekian sahaja perkongsian saya pada hari ini. 

Sekian dan wassalam.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)