Assalamualaikum dan salam sejahtera.
|
sumber : weheartit.com |
Beberapa tahun lepas, seorang sahabat telah mengadu kepada saya dan menceritakan mengenai kegagalannya dalam ujian memandu JPJ. Perkara yang menjadikan sahabat saya ini semakin sedih apabila dia sudah kali ketiga gagal dalam ujian memandu dan at that moment memang dia merasakan dirinya sangat teruk. Most people are mad at her. At that moment, I understand blaming is not the best solution.
Saya faham perkara yang dilalui dan dirasai olehnya kerana saya sendiri pernah berada dalam pengalaman yang sama. Bila kita gagal dalam sesuatu perkara, bukan kita minta diri kita nak gagal. Kita sudah berusaha namun keputusan sesuatu ujian itu bukanlah kita yang mengawalnya. Bagi saya, jika kita gagal selepas beberapa kali kita berusaha, ianya adalah suratan takdir sudah Allah tetapkan dalam hidup kita yang pada hakikatnya membawa 1001 rahmat yang kita tidak sedar.
Jika kita mahu menyalahkan diri kita atas sebab perasaan gementar dan rasa takut yang menguasai diri kita, calon-calon memandu lain pun ada perasaan cuak yang sama, tetapi mereka masih mempunyai rezeki untuk lulus dalam ujian memandu. Tetapi mengapakah kita gagal? Mengapakah bukan orang lain? Adakah kerana kita tidak cukup bagus seperti orang lain?
Itulah silapnya kita sebagai manusia dan hamba Allah. Kita meletakkan 100% kejayaan kita sepenuhnya kepada usaha kita tanpa kita melihat semula kepada Allah. Kita rasa kita hebat, berjaya, kaya, ada isteri cantik dan sebagainya semuanya terletak pada usaha kita. Hilang habis kebergantungan kita kepada Allah. Kita lupa kejayaan yang kita dapat itu adalah atas izin Dia.
Namun, apabila kita gagal, janganlah pula kita menyalahkan Allah dek kerana kegagalan itu. Kita tidak boleh bersangka buruk dengan Pencipta kita. Ingat, cara Allah sayang hamba Dia tidak sama dengan cara manusia lain sayang kita. Jangan sama sekali kita samakan pengetahuan cetek kita dengan pengetahuan Allah. Mesti ada sebab disebalik kejayaan dan kegagalan kita yang Allah kurniakan dalam hidup kita.
|
sumber : weheartit.com |
Okay, saya sambung semula cerita tentang kawan saya tadi. Jadi apa yang saya buat dengan kawan saya itu? Saya memberikan nasihat kepada dia seperti mana emak saya memberi nasihat kepada saya semasa saya gagal dalam ujian memandu kali kelima, iaitu JANGAN PUTUS ASA.
Its not exactly the same, kerana saya menambah sedikit nasihat berdasarkan pengalaman yang telah gagal beberapa kali dalam ujian memandu itu. Apa-apa sahaja perkara buruk yang berlaku dalam hidup saya, saya akan sentiasa cuba memikirkan hikmah yang boleh saya belajar disebalik kejadian itu.
I still remember that I told my mother how I felt when I failed the test, I felt horrible about myself and I even cried a lot. I felt like a total loser. I thought my mom gonna scold me the moment I told her that I failed, instead she asked me to try again.
"Mak, kalau adik teruskan lagi, duit kena keluar lagi. Duit mak jugak yang kena keluar.."
"Duit boleh cari, tapi lesen memandu kamu mesti kena ada. Kamu kena lulus sebab kamu perlukan lesen tu untuk pergi praktikum. Penting tu dik.."
"Tapi adik dah gagal banyak kali mak. Kalau gagal lagi..."
"Benda dah lepas. Kamu pun dah gagal, jadi kita boleh buat apa? Terima keadaan tu dan cuba lagi sampai kamu lulus!"
Memang betul jika saya gagal, duit kena keluar lagi, lagi dan BANYAK lagi. Namun, jika saya terus berputus asa dan berhenti setengah jalan, bagaimanakah nasib saya semasa berpraktikum nanti? Disebabkan saya telah menggunakan duit emak dan perasaan sebersalah yang menebal dalam diri, saya memaksa diri saya untuk meneruskan ujian JPJ sehingga lulus. Alhamdulillah, I got my driving license dalam ujian memandu kali ke-6. Hahaha!
|
sumber : weheartit.com
|
Selepas beberapa tahun iaitu sekarang, barulah saya nampak hikmah kegagalan saya. Saya telah dipostingkan di sebuah sekolah pedalaman orang asli pada tahun 2015. perjalanan ke sana pada ketika itu sangat teruk iaitu tanah merah. Jarak daripada sekolah ke rumah saya adalah dalam 72km sehala dan mengambil masa dalam 1 jam 15 minit sekiranya saya membawa had laju 110km/j.
Bayangkan, jika pada ketika itu saya berjaya lulus ujian memandu dengan hanya sekali percubaan, bagaimana saya nak memandu di kawasan tanah merah yang berselut ketika waktu hujan? Untuk menghadapi masalah itu, perkara yang kita perlukan ialah pengalaman dan kemahiran memandu, di samping keyakinan diri yang tinggi.
Secara jujur, saya ada satu masalah jika terlalu gementar dan takut ianya boleh menyebabkan perut saya sakit seperti terkena gastrik. Iya, itu masalah utama saya jika terlalu stress. Bayangkan, jika saya tiada kemahiran, pengalaman dan keyakinan diri, bagaimana saya nak menghadapi situasi itu? Kegagalan saya dalam ujian memandu itu telah mengajar saya untuk mengawal perasaan takut dan gementar yang melampau.
Saya sedar, jika pada ketika itu saya tidak gagal, saya pasti akan membuat banyak kesilapan di atas jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan disebabkan perasaan gementar, takut dan kalut itu. Dan sekarang, saya lihat diri saya sangat yakin dengan pemanduan saya dan tidak takut seperti dahulu lagi. Masalah sekarang ini, jika dah terlalu yakin, semua orang iaitu rakan sekerja saya asyik mengusik;
"Amy bawa kereta laju gila."
"Amy bawa kereta ke sekolah macam bawa Hillux."
"Steady gila minah ni potong lori dekat selekoh. Aku pun tak berani macam ni."
Never give up on yourself because you'll never know the future. Lebih baik jadi LOSER sekarang daripada jadi LOSER pada masa hadapan. Confront your fears, whatever it may be and take control of it if you want to be a winner in the future.
Sekian daripada saya. Wassalam.
sama laa.. kite pun dua kali baru lulus hehe
ReplyDeletealhamdulillah ;)
DeleteI failed the litar test and need to retake the test too lol
ReplyDeleteSemua ada hikmah right
ada banyak hikmah yang kita tak nampak. berserah je kpd Dia :)
DeleteSalam kak, tadi jpj test yg ke 4. Fail jugak. 1 2 3 4 semua fail parking sisi. Padahal hari selasa sebelum test tu semua sy akan booking kelas sejam untuk practise. Bayaran full guna duit ibu ayah. Booking kelas selasa and jpj untuk 2 3 4 tu semua guna duit sendiri hasil intern haritu. Sekarang pun gagal lagi. Sy dah letih. Duit sy pun dh habis. Sy dah usaha tapi masih jugak fail. Sy dah marah menangis semua ada. Saya malu dgn cikgu2, dgn family dgn diri sendiri. Sy cuma husnudzon dgn takdir dan "oh, semua kegagalan ada hikmah" tapi fail kalini memang saya marah and hampa betul.
ReplyDeletejangan putus asa. laluan utk berjaya tu mmg susah. Percayalah, semua ada hikmah.
DeleteTerima kasih tulis ni. Rasa terpujuk dan tak keseorangan :')
ReplyDeleteBaru je gagal tadi.. Moga ada rezeqi lebih baik masa hadapan
Amin
Deleteaminnn
Deletehmm..samelahh baru gagl tadi
DeleteSemalam failed dkt jalanraya .. Menangis dpn jpj smpai dkt rumah.. Ahahhaha.. Mati enjin dkt simpang.. Sbb tk tukar gear.. Haishh
ReplyDeletecuba lagi sis! you can do it! :D
DeleteTerima kasih kak share pengalaman akak. Sejuk sikit hati saya
ReplyDeletei'm glad penulisan ni dapat memberikan kebaikan pd awak :)
DeleteAssalamualaikum.. rase terubat hati baca pengalaman sis.. boleh panggil saya Aunty sbb dh 45 tahun.. harini Aunty gagal lg kali ke 3 utk test B full 🥲… masa ambik lesen dgn Husban tp test kali pertama..dia lulus tapi Aunty gagal masa kat titi.. kali ke 2 pun gagal harini test kali 3 pun gagal.. tp harini rase sedih kenapa sush ke sgt nk naik titi tu.. masa kelas ok je ..bila test depan jpj dia punye resah lain mcm… ada jugak terfikir kenapa gagal mungkin Allah tak nk Aunty teruskan kot..sekarang tak tau sama ada Aunty nk teruskn ke tak.. dan Aunty pun tak tau sbb apa .. mungkin ada hikmah atau Allah tak nak Aunty teruskn
DeleteSaya baru je fail litar..ni dah kali ketiga repeat litar...habis duit mau dah dekat 2k keatas utk lesen saja...ada ke tips untuk hilangkan perasaan cuak ni...kebetulan pulak dengan 1 week sebelum tu busy dengan kerja audit iso kat company...tambah lagi kena jaga kakak yang sakit...minggu ni lesen,...kadang rasa depressed teramat sangat dah pasal lesen ni...Anyway guys kalau ada tips n pengalaman share jugak sini
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletemaaflah, sy tidak pasti skiranya pendapat sy ni boleh membantu awak. tapi cara sy handle ketakutan dan nervous adalah dengan menghadap ketakutan tu banyak kali.
DeleteBiasanya kita sebagai manusia akan takut dan bila takut kita akan buat banyak kesilapan. Tapi, dengan ketakutan dan kegagalan yang berlaku beberapa kali itulah yang menyebabkan kita belajar kenal pasti di mana untuk kita perbaiki mana kesilapan kita.
bila dah cuba banyak kali menghadap benda yang sama, automatik kita akan jadi "kebal", lebih yakin dan kuat untuk mengadapi sesuatu yang kita takut pd masa akan datang.
Kak..trubat skit bca crra akak..but sy rasa mcm useless la..dh 2 kli gagal test jpj litar...and sma tmpt parking sisi...huhh penat laa akak kena mrh kna bebel..hbis duit...hbis msa tenaga...rsa fedup and penat dh nk truskan buat ulangan test..
ReplyDeleteAlhamdulilah dah lulus ujian jpj n dahpun pergi kerja dengan kereta sendiri..selalunya kakak yang hantar...some tips dari saya...
ReplyDelete- masa ujian jpj makan gula2 @ bubblegum untuk elak nervous..
- setiap step hafal n ulang dalam hati masa nak buat setiap bahagian di litar ( mean bercakap sorang2)
- jgn nervous kalau tengok orang lain gagal
- tidur awal malam sebelum ujian n gerak awal ke tempat ujian
Gagal jpj kali ke 4..kt side parking rasa sedih kecewa nangis sorang2..rasa mcm dh tanak buat lg..penat😔
ReplyDeleteThank you awak for this comforting words. Saya pun sama macam awak, lulus jalan raya, tapi gagal kat litar. Nak ambik lesen ni pun sbb fikir nak gi mengajar nanti la. Otw ambik sekali lagi tapi terpaksa tangguh tarikh, walhal cuti sem dah nak habis. Saya tgh nangis dalam diam sbb frust, tapi alhamdulillah terjumpa post awak. Doakan saya lulus, terima kasih atas nasihat awak, hati saya terus lega. Moga awak dan keluarga dirahmati Allah sentiasa 🤲
ReplyDeleteAssalamualaikum akk sebab sudi utk menulis blog ni hehe sy mncari blog pengalaman orang mengambil jpj utk menenangkan jiwa sy yg resah utk jpj yg akn dtg dn blog akk telah berjaya membuat sy berasa tenang alhamdulillah doakn sy berjaya utk jpj kali ke -4 ini ☺️
ReplyDeleteSama la. Baru tadi test jpj kali ke 3. Failed dekat tiga penjuru. Frust tapi redha. Dah tak mampu nak sedih. Bila baca komen dan blog ni, rasa tenang sikit,ada juga orang yang sama pengalaman dengan saya. Saya dah ambil kelas semalam . Dah practice a few hours. Dah usaha+doa+tawakkal. Tapi masih bukan rezeki nak dapat lesen.Saya dah book untuk next test. Hopefully kali ke-4 ni lulus lah.Semoga kita semua yang belum lulus ni teruskan usaha ya. Semoga Allah Makbulkan hajat dan impian kita untuk dapat lesen 😊
DeleteAminn
Deleteassalamualaikum…saya pun baru gagal ujian di litar harini disebakan parking sisi saya terlanggar garisan putih…alhamdulilah ujian di jalan raya lulus…saya pun menangis tadi mengenangkan kesilapan saya walhal sebelum ni saya memang ok dekat bahagian situ…saya pun cuba untuk redha dengan baca artikel ,blog berkaitan experience orang failed and come out saya rasa syukur lepas baca blog ni …doakan saya semua🤲🏻
ReplyDeleteSaya pun dah 2 kali gagal dekat litar rasa give up sangat nak ambik lagi sebab bayar 300 sekali dah usaha dah solat hajat tapi still gagal tak tahu lah silap kat mana time saya test jpj tu bagi peluang dekat saya sekali dpt results fail pulak rasa haih penat rasa nak nangis banyak kali
ReplyDeleteHari ni saya gagal test JPJ kali kedua untuk ujian side parking…doakan saya mudah2an ujian Kali ke 3 nnt saya lulus…
ReplyDelete