W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

December 19, 2020

ADAKAH WANITA YANG TIDAK MENCANTIKKAN DIRI INI PEMALAS?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Image by Jackson David from Pixabay

Sejak kebelakangan ini, saya kerap terjumpa kenyataan yang agak menjengkelkan. Setiap kali saya melayari Facebook atau Instagram, pasti saya akan terjumpa kenyataan beberapa orang hamba Allah yang mempertikaian pilihan orang lain yang memilih hidup tidak melawa dan bersederhana dalam penampilan. Yang menjadikan saya lebih geram apabila yang mempertikaikan pilihan hidup orang lain ini tidak lain dan tidak bukan adalah golongan yang menjual produk-produk kecantikan. 

Senang betul mereka membuat keuntungan. Mereka menggunakan sikit ayat marketing murahan, terus ramai yang membeli produk kecantikan mereka. Jadi disebabkan rasa geram, penulisan saya pada hari ini lebih kepada membebel tidak puas hati terhadap kenyataan-kenyataan yang agak menjengkelkan ini. 


Antara beberapa kenyataan yang membuatkan saya rasa agak menjengkelkan itu adalah :

Nak melawa kena rajin, jangan jadi PEMALAS. Pakai sikit makeup tu barulah cantik. 
Dalam hidup ini tiada manusia yang tidak cantik, cuma sikap malas sahaja yang menghalang dia untuk jadi cantik. 

Saya tidak tahulah mengapa ada sesetengah individu terlalu mudah melabel orang lain dengan perkataan PEMALAS hanya kerana individu itu memilih untuk hidup sederhana dan tidak mahu melawa atau memakai makeup pada mukanya. Apa salah dia jika dia mahu memilih hidup secara minimalis dan bersederhana dalam penampilan? 

Jika anda mahu mencantikkan diri, itu adalah pilihan hidup anda kerana anda SENDIRI MEMILIH untuk kelihatan cantik. Jika itu adalah pilihan hidup anda, maka mengapa anda perlu melibatkan orang lain untuk mengikut jejak langkah anda dengan melabel orang lain dengan perkataan PEMALAS

Hanya kerana anda memilih untuk kelihatan cantik, maka adakah orang lain juga perlu memilih kelihatan cantik dengan memakai makeup seperti anda juga? Adakah orang lain perlu menghormati pilihan hidup anda manakala anda tidak mahu menghormati pilihan hidup orang lain? Maaf, jika anda berpendirian seperti itu, maka anda merupakan seorang diva yang mementingkan diri sendiri.

Bagi saya, hidup ini adalah pilihan masing-masing. Kalau anda mahu mencantikkan diri dengan memakai baju cantik dan mengenakan alat solek di muka, itu adalah pilihan anda. Jika anda mau hidup kaya-raya dengan bekerja hingga tidak ingat siang dan malam adalah pilihan anda. Jika anda mahu memakai kereta mewah dan bertukar-tukar kereta setiap bulan pun adalah pilihan anda. 

Ada sesetengah wanita tidak mahu memakai makeup kerana mereka tidak suka penampilan yang terlalu melebih-lebihan atau tabaruj. Wanita seperti ini jika boleh hanya mahu mempamerkan kecantikkannya untuk tatapan si suami sahaja. Mereka hanya mahu mencantikkan dirinya di rumah apabila bersama dengan si suami sahaja dan bukan untuk tatapan masyarakat umum. Maka, hanya kerana mereka tidak melawa di tempat umum, adakah anda mahu melabel mereka sebagai wanita pemalas? 

Ada sesetegah wanita pula lebih gemar memakai pakaian yang ringkas dan minimalis, raut wajahnya cukup sekadar mengenakan lipstik agar tidak kelihatan pucat. Wanita seperti ini sangat selesa dengan cara pemakaian dan penampilan yang sederhana kerana mereka tidak mahu menarik perhatian orang lain. 

Baginya, definisi penampilan yang cantik dan menarik ini cukuplah sekadar kemas, bersih dan tidak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Maka, hanya kerana wanita seperti ini memilih untuk menggayakan penampilan yang sederhana, adakah anda masih mahu melabel mereka sebagai wanita pemalas? 

Dan ada juga sesetengah keadaan di mana wanita ini bukanlah mereka tidak mahu melawa atau memakai baju cantik, namun disebabkan beban kewangan dan komitmen keluarga, mereka tidak sempat memikirkan hal dirinya dan kehendak dirinya. Sebaliknya mereka lebih SIBUK menguruskan keluarga daripada memikirkan soal penampilan dirinya. 

Orang seperti ini RAJIN menguruskan keluarganya, namun TIDAK BERPELUANG untuk mencantikkan dirinya kerana masalah kewangan. Baginya, wang yang diperoleh itu perlu dibelanjakan ke arah yang lebih penting, dan alat solek atau set kecantikan itu hanyalah kehendak bukanlah keperluan. Maka adakah anda masih mahu melabel wanita ini sebagai pemalas hanya kerana dia TIDAK BERPELUANG untuk mencantikkan dirinya seperti anda?

Bukan semua orang mempunyai minat yang sama, kehidupan yang sama dan sudut pandang yang sama. Setiap daripada kita adalah berbeza kehidupan. Betul, kebanyakkan perempuan atau wanita mahu kelihatan cantik. Namun cantik itu adalah subjektif. Bagi anda, cantik itu adalah apabila anda memakai makeup yang tebal 1 inchi. Tapi definisi cantik di mata wanita lain pula cukuplah sekadar mempunyai kulit yang bebas jerawat dan bersih daripada cela. Bukan semua wanita atau gadis si luar sana suka memakai alat solek. 

Jika anda mahu mengajak orang lain bersama-sama mencantikkan diri, ajaklah sebaik-baiknya. Tidak salah pun niat anda untuk mengajak wanita lain untuk mencantikkan diri. Cuma, janganlah menggunakan teknik  atau kaedah yang agak murahan dengan melabel orang lain pemalas. Niat baik jika kaedahnya tidak betul pun orang lain akan pandang anda secara tidak manis. 

Sebelum saya mengundur diri, bagi saya tidak salah jika kita tidak cantik hanya kerana tidak memakai baju lawa atau makeup tebal. Ingat, Allah tidak memandang hambaNya  secara luaran dan Allah memandang hambaNya yang mempunyai hati budi, akhlak yang terbaik dan amalan yang mantap. Dalaman (hati) itu yang Allah pandang. 

Yang jadi salah apabila kita cantik luaran tapi hati kita cukup tak baik kerana sewenang-wenangnya melabel orang lain pemalas. Yang bawa kita ke syurga bukanlah penampilan cantik makeup tebal 1 inchi tapi amalan, akhlak dan kata-kata yang kita tuturkan kepada orang lain sama ada baik atau buruk itu yang menentukan saham kita di akhirat nanti. 

Cantik ini hanyalah nikmat dunia dan ujian untuk ke akhirat. Ramai orang cantik namun tidak ramai yang menjaga 'kecantikkan' (harga diri) mereka. Cukup-cukuplah melabel orang lain.  Banyakkan perbaiki diri dan amalan kita, kerana itu lebih mustahak. 

Sekian dan wassalam.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)