W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

September 20, 2021

PERJALANAN MENCINTAI DIRI SENDIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

Dalam beberapa hari ini, saya telah berada dalam satu fasa yang agak menyerabutkan, iaitu berkaitan dengan emosi dalam diri. Saya tidak pasti mengapa, tetapi emosi negatif mula menyelubungi hidup saya dan saya juga mula membandingkan kehidupan saya dengan orang lain.

Apabila menyentuh mengenai emosi negatif ini, harap kalian tidak salah faham, ianya tiada kaitan dengan sifat cemburu saya terhadap orang lain, sebaliknya ianya emosi negatif saya yang terlalu menyalahkan diri sendiri for not being a productive and a talented person. 

Saya suka melihat kehidupan orang lain di dalam facebook dan juga instagram. Dan saya sangat suka memerhatikan betapa produktif rakan-rakan saya mengisi kehidupan mereka bersama keluarga dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, saya juga sangat suka apabila mereka menunjukkan kemahiran atau skill mereka seperti memasak, menghias rumah dan sebagainya dalam ruangan sosial media.

December 19, 2020

ADAKAH WANITA YANG TIDAK MENCANTIKKAN DIRI INI PEMALAS?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Image by Jackson David from Pixabay

Sejak kebelakangan ini, saya kerap terjumpa kenyataan yang agak menjengkelkan. Setiap kali saya melayari Facebook atau Instagram, pasti saya akan terjumpa kenyataan beberapa orang hamba Allah yang mempertikaian pilihan orang lain yang memilih hidup tidak melawa dan bersederhana dalam penampilan. Yang menjadikan saya lebih geram apabila yang mempertikaikan pilihan hidup orang lain ini tidak lain dan tidak bukan adalah golongan yang menjual produk-produk kecantikan. 

Senang betul mereka membuat keuntungan. Mereka menggunakan sikit ayat marketing murahan, terus ramai yang membeli produk kecantikan mereka. Jadi disebabkan rasa geram, penulisan saya pada hari ini lebih kepada membebel tidak puas hati terhadap kenyataan-kenyataan yang agak menjengkelkan ini. 

November 8, 2020

PROGRAM KELUARGA 1 : JOM MASAK LABU



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari lepas, encik suami telah menanyakan soalan kepada saya mengenai sesuatu perkara. Berdebar setiap kali encik suami buka mulut, apalah agaknya soalan yang ingin ditanyakan itu. Bukan apa, kadang-kala gemar betul dia tanya soalan-soalan yang mencabar minda. Saya pula setiap kali soalan-soalan cepu emas itu diajukan, saya akan diam seketika untuk berfikir sejenak tentang soalan itu. Namun, saya rasa keadaan agak berbeza pada hari ini.  

" Hari Sabtu ni, adakah awak ada masa lapang atau sibuk dengan kerja sekolah?"

"Tidak abang, saya lapang. Tidak ada apa-apa kerja yang perlu dihantar dan disiapkan pada hujung minggu ini. Kenapa abang tanya?" soal saya semula kepadanya.


November 6, 2020

SEKIAN LAMA MENYEPI


Assalamualaikum wbt.

Selamatp sejahtera semua makhluk Allah atas muka bumi ini. Dah lama juga saya tidak menyinggah dan menulis di dalam blog ini. Secara jujur, saya sudah lama tidak menulis di blog ini. Kenapa saya berhenti menulis? Haha, hal ini adalah kerana saya tidak mempunyai idea untuk menulis mengenai apa. Apabila kita manu menulis sesuatu, biarlah ianya informasi dan perkara-perkara postif yang berguna untuk dikongsikan kepada masyarakat.

Saya tidak pandai nak menulis dan berkongsi tentang perkara yang berkaitan dalam hidup. Ada orang akan bercerita pengalaman mereka pergi melancong ke luar mahupun dalam negara. Ada orang akan berkongsi tentang tips-tips kecantikan mahupun produk kecantikan yang digunakan oleh mereka. Ada juga orang menulis blog untuk berkongsi dan menceritakan mengenai barang yang dibeli dan digunakan serta dirasakan berbaloi untuk dilaburkan oleh orang ramai.

November 29, 2017

NILAI USAHA MURID-MURID UPSR

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. 

Photo by Agung Pandit Wiguna from Pexels

Alhamdulillah. Sudah tiba saat yang dinanti-nantikan oleh para guru yang mengajar kelas peperiksaan UPSR bagi tahun 2017. Penantian dari bulan September hinggalah November merupakan suatu penantian yang sangat mendebarkan. Setiap guru ingin mengetahui keputusan peperiksaan pelajar dan kemampuan pengajaran dan penat lelah mereka setelah beberapa bulan bertungkus-lumus mempersiapkan murid-murid bagi menghadapi peperiksaan ini. begitulah juga dengan diri saya. 

Pada 23 November 2017, bersamaan dengan hari Khamis, keputusan peperiksaan UPSR telahpun dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia kepada pihak sekolah. Berpusu-pusu guru yang mengajar kelas peperiksaan 'meng-update' kejayaan mereka dalam laman sosial Facebook dengan mempamerkan rasa gembira, bangga serta bersyukur akan kejayaan diperoleh oleh anak didik mereka. Ada juga yang menggembar-gemburkan keputusan cemerlang "Miss/Mr Straight A's' dalam laman sosial mereka.

Tapi, bagaimana pula dengan saya?

Adakah saya membuat perkara yang sama?

Nope, tidak sama sekali.

Tapi mengapa saya tidak berbuat demikian? 

Mengapa saya tidak mempamerkan keputusan anak murid dan kebanggaan saya dalam media sosial?

Pertama sekali, tiada seorang pun murid saya yang mendapat 'straight' A dalam UPSR di sekolah namun masih ada dalam kalangan murid yang mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu dan 17 orang lulus bagi subjek ini. Walaupun hanya seorang yang mendapat A dalam subjek bahasa Melayu dan bukan 'straight' A, namun saya masih bangga dengan kejayaan murid-murid saya.

Bagi manusia yang kerdil dan tiada pengalaman mengajar bahasa Melayu seperti saya yang memegang kelas peperiksaan, ianya sesuatu perasaan yang sangat menggembirakan dan bersyukur. Mungkin orang luar akan melihat keputusan ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, namun saya tidak kisah sama sekali kerana saya lebih mengenali anak-anak didik saya. 

Mereka bukanlah daripada golongan orang yang senang. Hidup mereka serba kekurangan dan cara hidup mereka sendiri tidak melihat pendidikan sesuatu yang mampu mengubah masa depan mereka. Mereka masih dalam golongan yang keciciran dalam pendidikan. 

Walaupun terdapat pelbagai kekurangan dan halangan dalam mencapai kejayaan, mereka masih berusaha gigih untuk belajar dan SENTIASA RAJIN menghadiri kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru demi mendapatkan keputusan lulus dalam subjek yang dipelajari mereka.

Tidak dilupakan juga pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh para guru di sekolah bagi memantapkan pengetahuan murid-murid ini. Namun, kami cuma usaha selebihnya adalah hak Dia untuk menentukan sama ada perkara yang diajar itu diterima oleh anak didik mahupun tidak. 

Jika dipaksa untuk belajar, sudah pasti mereka langsung tidak akan datang ke sekolah lagi selepas ini. Maka hadirnya guru ke kawasan pedalaman bagi memberikan mereka kesedaran mengenai kepentingan ilmu kepada masa depan mereka dengan menggunakan pendekatan yang halus dan tegas.

Kerana inilah saya berpuas hati kerana segala penat lelah saya mengajar anak-anak ini sehingga tekak luka dan berdarah, tidak tidur malam memikirkan kaedah yang dapat memudahkan murid memahami pengajaran untuk keesokan harinya, sekaligus membuahkan hasil kerana kebiasaanya peperiksaan di sekolah tiada seorang pun murid yang lulus dalam keenam-enam subjek peperiksaan ini.

Mungkin pihak luar merendahkan kemampuan kami dalam pendidikan anak bangsa orang asli, namun hanya mereka yang mengajar dalam kawasan pedalaman sahaja tahu kesusahan yang terpaksa ditanggung bagi memberikan pendidikan yang sempurna kepada para pelajar di sini. Saya tidak kisah apa yang mereka perkatakan kerana segala usaha keras selama beberapa bulan dan tahun biarlah diri saya sahaja yang mengerti. 

Sekian dan wassalam.


March 27, 2016

SESUAIKAH KENYATAAN "SIAPA CEPAT DIA DAPAT" DIGUNAKAN DALAM KALANGAN PENIAGA ONLINE?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Aku terpanggil untuk menulis topik mengenai perkara ini kerana perkara ini sering kali berlaku dalam urusan perniagaan online. Perniagaan online itu tidak salah, cuma pengurusan peniaga online itu perlu dipertingkatkan untuk kemudahan pembeli. 

Namun, bukan semua peniaga online mengambil inisiatif untuk memperbaiki urusan perniagaan dan lebih mengecewakan peniaga-peniaga online ini  lebih mengejar keuntungan tanpa menjaga hubungan dengan customer. Jika hendak tahu lebih lanjut tentang perkara ini, teruskan membaca entri keseluruhan.

March 17, 2016

KISAH CUAK DENGAN ENCIK GUARD

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini aku nak berkongsi kepada  korang mengenai pengalaman yang agak menakutkan dan agak gila juga semasa di tingkatan 5. Bila mengenag semula kejadian ni, feeling seram dan malu tu mula datang balik sedikit demi sedikit. Tapi rasa kelakar dan lawak pun ada juga. Alkisahnya mengenai seorang encik guard sekolah yang perhatikan aku semasa aku tertidur di dalam kelas.

March 16, 2016

AMBITION AND HAPPINESS IN LIFE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sejak dua menjak ini aku selalu juga perhatikan orang ramai, terutamanya mereka yang berjaya mencapai dan merealisasikan impian mereka. Ada yang sedang berusaha untuk menjadi usahawan yang berjaya, ada yang melibatkan diri dalam bidang politik kerana ingin menjadi ahli politik, ada yang berusaha untuk menjadi tokey tudung, dan ada yang berusaha untuk menjadi seorang peragawan. Seronok melihat melihat insan-insan yang passionate mengejar impian masing-masing. At least mereka ada impian dan berusaha ke arah impian mereka. 

March 15, 2016

AKU, JODOH DAN PERKAHWINAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Photo by Trung Nguyen from Pexels

Musim cuti sudah tiba, maka ramailah rakan-rakan yang berkahwin dan membina rumah tangga. Barakallah buat mereka yang berjaya membina masjid pada musim cuti ini. I felt happy for you guys dan semoga bahagia hingga ke syurga. Seperti biasa, bila musim berkahwin berleluasa, maka aku sibuk menghadiri jemputan perkahwinan rakan-rakan sekerja dan rakan-rakan zaman belajar. 

For your information, aku paling tak suka menghadiri jemputan perkahwinan orang. Antara sebabnya ialah bila mana ada orang bertanyakan soalan, "Bila hendak berkahwin?" dan yang paling extreme baru-baru ni ada yang perli aku dengan kenyataan, "Nak kena tunggu duit RM50K baru nak berkahwin ke?" Yes, itu antara perkara yang paling aku tak suka bila berjumpa dengan member-member lama, ada sahaja kenyataan yanng  tidak sedap didengar keluar daripada mulut mereka.

Aku pulak seperti biasa tenang menjawab setiap persoalan mereka dengan, "InsyaaAllah, jika ada rezeki.." Malas nak jawab panjang-panjang sebab kalau aku menerangkan 1001 sebab aku masih belum berkahwin pun, tiada yang betul-betul cuba untuk faham kerana 'end up' akan ditanya benda yang sama bila berjumpa pada masa akan datang.

Sebelum aku nak ulas panjang lebar, aku ada beberapa pertanyaan kepada mereka yang terlebih 'over concern' tentang status perkahwinan aku. Antaranya

1st, kalau aku lambat berkahwin atau masih belum berkahwin, adakah aku buat hidup engkau merana? 
2nd, kalau aku masih berlum berkahwin, adakah mengganggu duit dan gaji engkau? 
3rd, kalau aku lambat berkahwin dan masih belum berkahwin, kau ada kemampuan ke nak support kewangan untuk majlis perkahwinan aku?

Kalau jawapan bagi ketiga-ketiga soalan aku adalah, "Tidak", maka sila duduk diam, sabar dan berdoa semoga jodoh aku dipercepatkan dan dipermudahkan. Aku minta kalian yang tidak berpuas hati dengan aku kerana masih belum berkahwin buat benda simple je ni. Doa untuk aku, itu je aku mintak. Tidak perlu tanya soalan bertubi-tubi sebab kalau kau ada keyakinan yang teguh kepada Allah 100%, kau pasti yakin jodoh itu urusan Allah, kan?

Macam inilah, aku terangkan secara simple mengenai jodoh dan ketentuan Allah. Sekarang ini memang popular mengenai perkahwinan yang dijalankan secara bersederhana dan tidak 'grand' kerana ianya mengikut landasan agama. Alhamdulillah dan tahniah buat mereka yang berjaya melangsungkan perkahwinan secara sederhana dan mengikut tuntutan agama.

Ada sesetengah manusia Allah sudah pun permudahkan urusan dia dengan mempunyai ahli keluarga yang sangat terbuka dan mengikut landasan agama dengan mempermudahkan majlis perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing. Bagi aku, itu rezeki hamba Allah itu. Allah telah memberi rezeki kepada dia mempunyai keluarga yang sangat menyokongnya untuk melangsungkan majlis secara sederhana dan mengikut tahap kemampuan kewangan.

Tetapi kita kena ingat, bukan semua orang sama macam kita, ada kehidupan yang sama macam kita. Tidak sama setiap makhluk Allah antara satu dengan yang lain. Sama sekali sangat lain. Setiap manusia yang bernafas dan berjalan di atas bumi ini mempunyai perjalanan hidup yang berbeza, tetapi hala tujunya masih sama, iaitu beribadah kepada Allah. 

Bila aku kata berbeza, maka semua benda akan berbeza. Aku bagi contoh pengalaman aku sendiri sepanjang aku menjadi seorang pelajar di maktab. Biasanya, setiap semester aku akan menelaah subjek-subjek dengan bersungguh-sungguh sampai lewat malam. Tetapi, sekuat mana pun aku belajar, result aku setiap semester masih sama, jika menaik pun tidaklah menaik dengan begitu mendadak.

Tetapi, semester terakhir tahun 4, berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Aku telah sakit teruk sepanjang musim peperiksaan. Aku tidak boleh bangun, tidak boleh tidur dan keluar masuk bilik air kerana demam yang agak teruk. Study jangan sebutlah, memang tak sentuh buku langsung beb. Memang langsung tak larat nak study.

Jadi ketika sakit itu, memang aku belajar untuk redha 100% kepada Allah. Aku hanya mampu berdoa semasa sujud setiap kali mendirikan solat fardhu. Alhamdulillah, tak sangka gila pada semester itu, Allah memang mengabulkan doa aku. Perasaan syukur tu jangan katalah, rasa nak meloncat je sebab rasa susah nak percaya Allah makbulkan doa aku.

Bukan aku nak kata semester sebelum ni aku tidak berdoa dalam setiap kali waktu solat. Aku masih buat rutin yang sama, doa benda yang sama. Cuma, hasil doa itu tak sama seperti semester yang terakhir itu. Apa yang aku boleh simpulkan, seolah-olah doa aku selama 4 tahun belajar itu dikumpul hingga ke semester akhir. Alhamdulillah.

Okay sambung balik. Berdasarkan contoh aku tadi, aku nak terangkan tentang rezeki. Rezeki setiap orang tidak sama. Allah bagi aku rezeki pada semester terakhir. Itu rezeki aku. Ada orang pula rezeki semasa belajar susah sikit nak dapat tapi selepas habis belajar Allah permudahkan rezeki dia dapat kerja elok, bos pun elok. Maknanya rezeki setiap orang semestinya tidak sama dalam hidup ini.

Jadi sama juga macam rezeki kahwin. Ada sesetengah orang Allah permudahkan rezeki dia dari segi keluarganya yang terbuka dan tidak membebankan pasangan pengantin. Tetapi ada juga sesetengah orang Allah uji dia dapat keluarga yang sangat mementingkan keduniaan dan bersikap materialistik.

Kita tidak tahu, deep down in their heart, pasangan pengantin itu teringin gila buat majlis yang simple dan tidak membebankan dari segi kewangan. Tetapi disebabkan keluarga, makanya terpaksalah dibuatnya majlis yang tidak sesuai dengan kemampuannya. Soal jodoh ini, pada mulanya mungkin Allah mengujinya ketika mula-mula hendak mendirikan rumah tangga, dan mungkin selepas berkahwin rezeki dalam hal lain dipermudahkan.

Itu belum sentuh lagi kisah kahwin lambat atau kahwin awal. Memang setiap makhluk Allah di dalam hidup ini ada keinginan untuk berkahwin awal. Siapa yang nak berkahwin lewat, kan? Kalau semua rakan-rakan sudah mula sibuk mendirikan rumah tangga, kita pun mula menggelabah mengenangkan bila pula giliran jodoh akan menyapa diri kita.

Realitinya, bukan semua orang akan ditakdirkan untuk mendapat jodoh awal. Ada ramai dalam kalangan orang yang aku kenal berkahwin ketika di usia sekitar 30-50 tahun. Bukan tidak dicari, tetapi jodoh dalam suratan takdir itu belum sampai lagi. Kadang-kala semakin dicari, semakin jauh pula jodoh. Tapi siapa sangka, hanya dengan duduk diam sahaja tiba-tiba jodoh menanti depan mata.

Like I said seperti di atas, rezeki yang Allah berikan kepada setiap hamba-hambanya itu tidak sama. Tapi entah kenapa masyarakat kita ini bila ada rakan-rakan atau saudara-mara yang dirinya belum disapa dek jodoh, satu keturunan buat perangai gelabah biawak. Seolah-olah mereka yang masih belum berkahwin ini umpama melakukan satu kesalahan yang amat besar.

Dan jangan ingat siapa yang kahwin awal akan bahagia hingga ke tua. Ini kerana ada juga dalam kalangan rakan-rakan aku yang berkahwin awal tapi end up bercerai tidak sampai 5 hingga 10 tahun. Kalau nak kata kahwin awal so that dapat anak awal, tapi ada juga dalam kalangan mereka yang berkahwin awal sampai sekarang tidak dikurniakan anak lagi.

So, aku sebut lagi sekali tentang rezeki. Ada orang mempunyai rezeki berkahwin awal, tetapi belum tentu ada rezeki dapat anak awal. Ada juga hamba Allah yang mana ada rezeki berkahwin awal tetapi jodohnya tidak lama. Ada orang berkahwin lambat dan alhamdulillah tidak sampai sebulan rezeki anak tu hadir dalam kehidupan pasangan yang baru berkahwin lewat.

Mostly ada juga dalam kawan-kawan aku mula frust bila jodoh belum menyapa mereka. Kadang-kala aku pun gusar jugak, dan terfikir, "bila la nak kahwin ni?". Ada juga usaha yang aku buat untuk kumpul duit. Jaga peperiksaan, ajar tusiyen bagi kelas KEDAP, jadi warden, ambil upah buat assignmen, dan kumpul duit gaji setiap bulan. Tapi ada sahaja kekangan dan masalah yang timbul hingga duit simpanan perkahwinan itu semakin susut.

Tapi aku yakin dengan ketentuan Allah. Mungkin rezeki nak berkahwin tu belum tiba lagi daripada Allah buat masa ini. Mungkin aku masih belum bersedia untuk berkahwin. Aku tidak pasti apa ketentuan yang Allah telah tetapkan dan bila waktu aku akan berkahwin, tetapi when the right time comes, perkara itu akan terjadi. InsyaaAllah.

Lambat atau cepat, semuanya ketentuan Allah. Kita merancang, tetapi segalanya ditentukan oleh Allah. Peringatkan diri kita tentang nilai sebenar dan tujuan sebenar perkahwinan. Perkahwinan bukan semata-mata untuk bersama dengan insan yang kita sayangi, tetapi untuk melengkapkan deen kita. Kita berkahwin kerana Allah, bukan kerana manusia dan insan di persekitaran kita.

Jadi buat rakan-rakan yang membaca, mohon doakan diriku dan pasangan agar Allah mempermudahkan urusan untuk menambah rezeki bagi urusan perkahwinan aku bersama pasangan. Aku tidak pasti bila rezeki berkahwin itu akan tiba, tetapi aku akan cuba usahakan yang terbaik. Semoga tahun ini Allah permudahkan rezeki aku untuk memperoleh rezeki yang mencukupi. Amin.

Sekian dan wassalam.




February 21, 2016

PENGALAMAN DI KAWASAN PEDALAMAN : KATAK MASUK RUMAH #1

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.


Hari ni aku nak berkongsi kepada korang mengenai pengalaman aku duduk di kawasan pedalaman yang banyak banyak dan banyak sangat katak. Maklumlah, kawasan hutan kalau tiada katak memang tak sah. Kalau duduk kampung pun katak berleluasa keluar masuk rumah, apatah lagi kalau duduk pedalaman yang ada macam-macam spesis katak yang belum diketahui asal-usulnya.

Setakat ini sepanjang aku duduk sana selama satu tahun, sudah dua pengalaman aku berhadapan dengan katak yang masuk rumah. Korang nak tahu macam mana aku deal dengan katak? Nak tahu?? I scream like HELL. Melompat-lompat tak tentu hala. Nasib tak menangis. I know, jiwa kental sangat, kan? Please jangan puji aku lebih-lebih karang hidung kembang satu inchi jenuh nak kecilkan balik. 


January 10, 2016

6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BERHENTI BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Hari ini aku nak sembang pasal bercinta dengan suami orang. Eh, kalian tolong jangan salah faham, sebab bukan aku orangnya. Kisah yang bakal aku ceritakan ni mengenai seorang kawan aku yang tidak mahu dikenali namanya. Baru-baru ini dia telah menceritakan masalah dia pada aku, mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang sudah beristeri.

January 5, 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

Assalamualaikum and selamat sejahtera.


Cuti sudah habis, maka selamat kembali ke sekolah ye adik-adik! Gagahkan diri untuk pergi ke sekolah dan menimba ilmu ye. Bagi yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, aku mengucapkan semoga berjaya dan belajarlah bersungguh-sungguh. 

Berilah kejayaan kepada ibu bapa untuk membalas pengorbanan mereka yang telah membesarkan korang. Kalau tak berapa nak cerdik jadi manusia yang dapat cemerlang dalam akademik sekalipun, paling kurang pun jadilah manusia yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat ye adik-adik.

August 12, 2015

Pengalaman Mengajar #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Photo by Katerina Holmes from Pexels

Hari ini aku hendak sembang mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sepanjang aku jadi guru pedalaman di Pos Legap, Lasah, aku hanya boleh guna satu perkataan sahaja - pening! Pertama kali aku merasakan mengajar merupakan sesuatu pekerjaan yang rasa nak pecah kepala. Apa pun yang kau buat untuk make sure student kau boleh buat yang terbaik, semua jadi hancus.

August 10, 2015

10 TANDA ANDA MENGALAMI PERFECTIONISM AKA OCD

Assalamualaikum.



Korang pernah tak alami satu keadaan yang mana ada member selalu tegur sikap korang yang cerewet atau terlalu mengejar kesempurnaan? Yes, aku selalu alami benda tu. Benda ni aku memang tak perasan pada mulanya, sehinggalah ada kawan aku tegur sikap aku masa kena hantar assignment. Bukan apa, sempat lagi aku perbetulkan kesalahan ejaan, dan seangkatan dengannya sampai member aku naik runsing.  

August 2, 2015

Sampai Bila?



Susah bila kita menyentuh soal hati, kan?

Bila dah jumpa seseorang yang kita berkenan di mata dan hati kita, belum tentu orang yang kita suka mempunyai perasaan yang sama terhadap kita.

Bila berjumpa seseorang yang berkenan di hati, si dia pun berkenan di hati, pasti akan hadir masalah seperti ketidakserasian antara keduanya. 

July 19, 2015

Geram. GERAM.

Photo by freestocks.org from Pexels

I'm stress - stressed over people yang over gila and never try to understand me.

Sampai satu tahap rasa malas sangat nak mengadap manusia macam ni. I want to run away, fly as far as I can. Sebab dah tak larat nak makan dengan sikap manusia yang serius macam punah ranah.

May 7, 2015

PENGALAMAN SEBAGAI GURU PEDALAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga aku tidak meng-update sebarang cerita dalam blog sunyi ini. Alah, blog budak poyo dan bosan macam ini siapalah yang nak baca. Banyak lagi blog best-best yang kalian boleh baca, kan? Actually, aku tidak kisah pun sama ada orang nak baca atau tidak. Aku lagi suka kalau orang tak menyinggah atau membaca penulisan mengarut aku ni. 

Alhamdulillah, sudah mencecah 3 bulan aku menjadi seorang guru. Banyak perkara yang aku ingin kongsikan kepada kalian tetapi mungkin sekadar berkongsi perkara yang aku ingin kongsikan. Pengalaman mengajar orang asli di sini banyak mengajar aku tentang budaya yang berbeza daripada aku - kehidupan mereka, cara berfikir, penggunaan bahasa dan sebagainya. Mereka tidak seperti kita, manusia yang sibuk mengejar kebendaan dan kenikmatan dunia kerana mereka 'percaya' akan dunia mereka.

Aku perhatikan mereka, anak muridku, rata-rata orang susah dan miskin. Sebagai seorang guru kelas, hampir semua tergolong dalam kategori 'Miskin Tegar'. Pendapatan tidak menjangkau sehingga RM500 sebulan dan sentiasa mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan seperti bantuan KWAMP untuk membantu mereka.

Walaupun keadaan mereka dalam keadaan yang susah dan miskin, seperkara lagi yang membuatkan aku sebagai seorang pendidik agak terkilan apabila mereka memandang pelajaran itu sebagai sesuatu yang tidak penting. Mereka tiada keinginan untuk berjuang mengubah kehidupan mereka daripada keadaan yang susah kepada senang. Mereka tidak nampak fungsi pelajaran kepada diri mereka.

Kebanyakkan murid-murid di sana tiada keinginan untuk meneruskan belajar. Hanya segelintir yang mempunyai kesedaran untuk meneruskan belajar sehingga ke peringkat menengah. Tetapi kebanyakkan daripada mereka tidak habis belajar sehingga tamat tingkatan 5 kerana tiada wang yang mencukupi bagi perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Namun begitu, bukan semuanya berfikiran "tidak memandang pelajaran sesuatu yang tidak penting" kerana terdapat dalam kalangan mereka sudah pergi ke peringkat tinggi cuma mereka tidak tahu cara untuk mengembangkan potensi mereka. Kekurangan informasi, ditambah arus modenisasi yang lebih banyak menyalurkan maklumat mahupun pendaftaran ke universiti menggunakan internet, in which sesuatu yang mustahil bagi mereka kerana tidak memiliki komputer mahupun internet. 

Bukan apalah, jika internet wireless di sekolah sendiri pun bergerak seperti siput yang penat kesemputan, so what makes you think they can use komputer, here in this school? Pointless. Mustahil, serius mustahil untuk sesiapa untuk menggunakan inetrnet di sana ( Wassap kadang-kala sahaja yang boleh masuk, but mostly memang habuk tarak).

So sampai sini sajalah coretan penulisan aku tentang pengalaman mengajar di sini. Maaf sekiranya penulisan ini ringkas, kerana aku suka berkongsi sedikit demi sedikit. Bukan kuantitinya, tetapi isinya yang perlu diambil kira. 

Sekian dan wassalam.

January 31, 2015

SK POS LEGAP, HERE I COME!

Dengan lafaz bismillah.

Alhamdulillah, aku sudah berjaya mendapat penempatan di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar, Perak. Allah akhirnya berjaya mengabulkan doa kedua ibu bapaku untuk mendapat penempatan di dalam negeri kelahiran aku sendiri. Semasa belum dimaklumkan daerah, sekadar nama negeri, aku berasa agak berdukacita buat sementara kerana memang tersimpan hajat hati ingin pergi ke negeri orang  di seberang laut, terutamanya ingin merasa kawasan pendalaman.

Aku telah bertekad untuk pergi ke Sarawak, dan telah meletakkan pilihan tersebut dalam borang penempatan sebagai pilihan kedua. Walau bagaimanapun, doa ibu dan bapa, Allah sentiasa makbulkan. Namun aku redha, kerana percaya ketentuan Allah yang Dia telah tuliskan untuk aku. Siapa aku untuk mempersoalkan? Aku sekadar hamba-Nya hang terlalu hina.

Allah itu Maha Adil lagi Penyayang. Allah menyusun dan mengatur dengan penuh hikmah. Walaupun tidak berjaya pergi ke Sarawak, aku masih berpeluang untuk merasa di tempat pedalaman. Sebelum diumukan dan menerima surat penempatan sekolah, hati kecilku berbisik, aku bakal ditempatkan di sebuah kawasan pendalaman. Alhamdulillah, Allah bukan sahaja memakbulkan impian ibu dan abah, tapi Allah juga memakbulkan doa dan impian aku.

Aku bakal ditempatkan di sebuah Sekolah Kebangsaan Pos Legap, Lasah, Sungai Siput Utara, Perak. Siapa tahu pengalaman dan cabaran apa yang bakal aku tempuhi apabila berada di sana nanti? Tiada siapa tahu, melainkan hanya Dia yang Maha Mengetahui. Allah memakbulkan doaku, kerana Dia tahu aku mampu menghadapi keadaan tersebut. 

Sedikit pun tidak aku rasa gentar akan cabaran itu. Buat sementara ini, aku cuma risau pasal barang sahaja, bagaimana nak mengangkut barang aku yang agak banyak? Mungkin aku perlu mula berfikir barang yang betul-betul penting sahaja untuk dibawa ke sana, kerana jika barang tidak cukup, aku masih boleh berulang alik ke bandar Kuala Kangsar. Jika aku ditempatkan di Sarawak mahupun Sabah, memang boleh naya kalau barang penting terlupa untuk dibawa.

Ada juga aku merajinkan diri surfing internet untuk google gambar-gambar bagi mempersiapkan mental dan fizikal. Aku cuba untuk google beberapa gambar yang berkaitan dengan sekolah yang bakal aku laporkan diri pada hari isnin ini, seperti keadaan jalan ke sekolah tersebut. Antara gambar yang aku telah terjumpa adalah seperti di bawah :






Yes, these picture makes me think lots of things, kesedaran bahawa bukan mudah untuk menjadi guru. Aku mendapat satu cerita daripada seorang rakan bahawa terdapat beberapa guru lelaki sanggup berulang dari rumah untuk mengajar ke pendalaman setiap hari. I can't imagine those teachers yang hadapi benda ni sekiranya berlaku hari hujan, bayangkan kalau kenderaan yang dipandu terselit dalam selut tanah merah tuu....

DAN......

Aku harus sentiasa bersyukur kepada Allah, sekurang-kurangnya aku tidak ditempatkan di kawasan yang lebih dalam dan jauh, yang mana ada lagi yang lebih susah daripada aku. Nasib baik juga sekolah aku tu bukan antara yang paling dalam dan jauh. Cukuplah sekadar berpeluang untuk merasa pedalaman (P1), bukan P2 mahupun P3 yang lebih dalam dan jauh perjalanannya. At least, kata orang, masih di semenanjung dan masih boleh lagi beruang-alik ke Kuala Kangsar untuk bertemu dengan ibu dan abah setiap hujung minggu. 

So, Alhamdulillah. :)

January 21, 2015

Romantik? Bukan Itu Yang Aku Cari.


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap kalian sihat-sihat belaka. 

Sebenarnya, aku ni memang banyak idea nak menulis, tetapi yang menjadi masalah apabila aku tiada langsung mood nak menulis. Mood sedang mengawal keadaan aku agar terus jadi malas, malas dan pemalas tahap apa pun aku tidak pasti. Yang pasti, aku jadi semakin malas. 

Okay, hari ni aku hendak menulis topik yang ringan-ringan saja. Malas hendak menulis topik yang berat-berat. Serabut kepala bila terlalu banyak berfikir, sampai satu tahap terlalu terbawa-bawa dengan idealogi pemikiran sendiri hingga lupa realiti. Mengarut sudah.

Topik penulisan aku pada hari ini ialah perihal lelaki romantik. Kalau sebut tentang lelaki atau jejaka yang romantik ni, biasanya perempuan akan terfikir pasal sajak-sajak atau kata-kata puitis perihal cinta daripada si dia, si dia yang memberi bunga ros kepada kekasih hatinya, pemberian hadiah daripada si dia, lelaki yang pandai mendengar, memahami  dan sebagainya. 

Aku tidak pasti bagaimana kebanyakkan perempuan meletakkan satu persepsi atau pandangan peribadi mereka terhadap karakteristik lelaki romantik itu sendiri. Hal ini kerana, setiap wanita ada kehendak dan keinginan yang berbeza. Manusia bukan semuanya sama, setiap daripada kita adalah menusia yang unik. Maka meletakkan satu generalisasi semua wanita mempunyai kehendak atau pandangan yang sama tentang lelaki romantis ini sama sekali tidak benar.

Topik kali ini aku hendak menceritakan sesuatu berdasarkan kehendak dan pandangan peribadi aku. Macam mana hendak mengatur setiap bait kata dalam satu urutan yang senang untuk difahami ya?

Okay, beginilah, sebenarnya aku rasa janggal gila bila ada lelaki yang romantik. Feels weird all the time when they starts using ayat-ayat yang puitis dan berbunga-bunga seperti william shakespeare, atau sejambak bunga ros atau sekuntum bunga ros daripada peminat misteri dan sebagainya - It seems weird for me. Awkward. Most of the time when that things happen.


Nak kata tidak suka pun, tak juga. I really appreciate apa yang dibuat oleh si dia. Boleh nampak la, bila ada tindakan-tindakan yang mewujudkan suasana romantis ini, kita boleh nampak kesungguhan si dia. Apa yang buatkan aku gembira bukanlah suasana romantis yang dia cipta, tetapi kesungguhan dia. Yes, kesungguhan si dia.

Aku ni bukanlah demand ayat-ayat manis daripada si dia. Most of the time, I want to know him, what he feels, what he thinks and when he's with me - in honest way; not something that he made it up just to impresse me. Bukan itu yang aku cari, but what I seek from him is honesty. Beautiful words yang buatkan aku hendak dengar daripada lelaki, bukan pujian secara fizikal semata-mata, tapi termasuklah sesuatu yang berada dalam diri aku.

Sebagai contoh adalah seperti berikut :

"you're the most amazing woman I ever have.You're not just smart and funny, but you're  also a kind-hearted person."

Beb, aku yakinlah, mana-mana perempuan kalau dengar ayat macam ni daripada someone special, mau teriak tiga hati tiga malam secara berturut-turut. Sebak dan terharu beb. Aku pun boleh rasa terharu bila ada someone yang sangat special dalam hidup aku kata macam tu, seolah-olah akulah wanita yang istimewa dalam hidup si dia.

Bagi pandangan peribadi dan kehendak aku sendiri, aku memang perlukan seseorang yang mampu membuatkan aku rasa istimewa dan makes me automatically love myself even more. Manusia mana yang tidak mahu dirinya rasa istimewa dan dihargai kan? Kalau boleh, kata-kata yang dilafazkan itu sesuatu yang jujur, memang asal daripada benar pemikiran dia yang wujud hasil daripada apa yang dia perhatikan tentang diri kita.

Kadang-kala, lelaki tidak sedar, sekecil-kecil perkara yang mereka lakukan seperti mengingati tarikh istimewa dalam hidup kita, atau mengatakan pujian seperti, “I’m glad that I’m being with you,” mampu memberikan satu impak yang sangat besar kepada diri seseorang manusia yang bergelar hawa. 

I don't need another William Shakespeare in my life, I just want him for himself and his honestly. That all that matters for me right now.

Sekian dan wassalam.



June 13, 2014

Kematangan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini nak sembang sikit pasal kematangan. Kalau sentuh bab pasal kematangan ni, kita semua sedia maklum orang akan kata kematangan itu sejajar dengan peningkatan usia. Ada juga orang kata kematangan itu tidak bergantung kepada pertambahan usia seseorang tetapi ianya dipengaruhi oleh faktor pengalaman seseorang individu. 

Kalau nak berdebat pasal bab matang ni, sama ada kepentingan pengalaman hidup atau dengan faktor usia yang mempengaruhi kematangan seseorang, aku rasa sampai esok pun takkan habis. Sebab kalau kita fikir semula semakin meningkat umur seseorang itu menandakan dia mengalami pelbagai pengalaman hidup. Tapi perkara yang betul-betul merangsang kematangan seseorang itu ialah ujian yang dia alami. So, not actually pengalaman yang mematangkan, but the total amount of challenges that person might faced in his/her life.

Bukan semua pengalaman itu akan datang dengan kesusahan. Jika kita fikir balik, kita mungkin ada pengalaman, tapi adakah pengalaman yang kita sedang menghadapi tu susah? Biasanya the struggle or kepayahan yang dialami oleh seseorang dalam pengalaman hidup dia tu menentukan tahap kematangan seseorang. Semakin banyak kepayahan yang dia alami, semakin matang dia dapat membentuk diri secara berfikiran positif. Cara seseorang yang berfikiran positif semasa kesusahan datang menerpa itulah yang menentukan kematangan dia.   

Okay, Kita lupakan sahaja perkara yang aku melalut tadi. Sorry if apa yang aku terangkan tadi tu kompleks, dan jangan difikir pun. Aku bukan nak bahas pasal kematangan ke, teori kematangan ke, konsep kematangan. Itu semua nak taruk ke tepi. Apa yang aku nak cerita pada hari ini perihal kematangan aku sepanjang hidup selama 22 tahun. 

Dalam keluarga, aku merupakan anak ketiga dan ada seorang abang dan kakak, dan seorang adik lelaki dan adik perempuan. Walaupun aku merupakan seorang kakak kepada dua orang adik, but it seems aku sangat tak matang nak dibandingkan dengan adik-adik. Like my mom always told me, she said that I'm too naive. Perangai macam budak-budak, naif macam budak-budak. 

Kalau nak matang, kita memang kena kurangkan kenaifan tu. Always believe, dunia ni sepatutnya kelabu, dan tiada istilah hitam dan putih. Kadang-kala harap jugak diri aku ni tak naif. Naif aku ni sebab aku terlalu percayakan orang - percaya semua orang baik, ada nilai yang baik dalam diri diorang. Kadang-kala ada juga terdetik nak fikir buruk pasal orang, cuma tak sampai hati dan rasa berdosa pun ada. So, the best way untuk sedapkan hati to trust people, even though sudah terkena banyak kali dengan orang yang sama. 

Ramai juga yang label aku tidak matang. Pernah juga seorang pak cik ni kata aku tidak cukup matang dan tidak sesuai untuk anak dia. Mula-mula bila dapat tahu perkara ni, memang aku terasa sangat, sedih jangan katalah. Tercabar itu jangan cakaplah. Lepas kena tegur tu, aku cuba improve diri aku, kurangkan bercakap benda yang merapu di facebook, dan lebih perbanyakkan share info-info yang aku rasa ilmiah.

Apa-apa pun, I should thanks to that uncle for telling that I'm not mature. Betul juga kata uncle tu sebenarnya. Walaupun dia tak cakap direct and jadikan kakak aku sebagai medium, memang sakit hati, tapi itulah realitinya. Itulah kebenarannya. Kadang-kala kebenaran memang menyakitkan, but kalau kebenaran itu dapat membantu kita sedar dan cuba memperbaiki keadaan itu, it's not so bad after all. Right?

Banyak perkara yang perlu aku perbaiki diri ini. Mungkin kena belajar kawal diri, matangkan diri. Kalau tak matang, nak socialize dengan orang pun susah, tambah-tambah bila tidak lama lagi aku akan mula bekerja. Banyak perkara yang perlu buat, especially dalam pengawalan emosi. InsyaaAllah, I'll try my best.

Sekian dan wassalam.