W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

March 2, 2024

SALAH KE JIKA PEREMPUAN BERJODOH LAMBAT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sumber : weheartit.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Apa khabar semua? Sihat? Sudah lama juga aku tidak menulis blog. Usang sudah blog ni, penuh dengan habuk sesawang. Erm. Lama betul aku menyepi daripada dunia penulisan. Maklumlah, sibuk dengan kehidupan.

Hari ini saya manu menulis berkaitan dengan topik di atas 'SALAHKAH JIKA PEREMPUAN BERJODOH LAMBAT?' 

Sebenarnya dah lama aku terniat menulis topik tentang jodoh ini. Tapi iyalah, hakikatnya aku tidak berani sebab hal jodoh bukanlah kerja aku, tapi kerja Allah. Aku tidak berani menulis perkara ini sebelum ini kerana khuwatir akan menyebabkan ramai pihak tersinggung. 

Topik jodoh ini sebenarnya sensitif bagi sesetengah individu. Apabila melibatkan isu sensitif ini, kadang-kala penulisan aku maksudkan perkara lain, namun apabila yang membaca memang telah ada persepsi negatif, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada perasaan mereka yang membaca. 

Namun, aku tetap mahu menulis topik ini dengan niat untuk membantu pembaca di luar sana yang mengalami masalah jodoh. Aku juga memerhatikan beberapa kenalan yang susah hati apabila masih belum dipinang oleh lelaki. Bukan itu sahaja, seolah-olah lambat berkahwin juga menjadi taboo dalam masyarakat kita yang beranggapan mereka yang lambat bertemu jodoh seolah-olah ada masalah dengan mereka. Persoalannya, benarkah mereka bermasalah?


PERSOALAN #1 - KENAPA LAMBAT JODOH?


Ada beberapa perkara yang aku pernah terbaca berkaitan dengan lambat jodoh ini. Antara perkara yang menjadikan perempuan lambat bertemu jodoh adalah seperti :

1 - mempunyai sikap negatif yang banyak
2 - terlalu memilih / High demand
3 - terlalu garang dan tegas
4 - tidak cukup cantik dan menarik
5 - terlalu berdikari
6 - Tidak pandai bergaul dengan lelaki

DANNNN....Ada juga dalam kalangan perempuan merasakan punca mereka tidak berjodoh adalah disebabkan tudung mereka yang labuh. Persoalannya, BETUL KE?

LINK BACAAN ANDA : 


PERSOALAN #2 - BETUL KE JODOH LAMBAT BERPUNCA DARIPADA  BANYAK SIKAP  YANG NEGATIF?


Sepanjang aku hidup 33 tahun sebagai hamba Allah atas muka bumi, aku pernah berjumpa dengan manusia mempunyai sikap panas baran, suka maki hamun, ego, pantang ditegur, suka mencarut, tidak penyabar malah solat pun tidak dijaga. Namun, jodohnya tiba awal.  

Dan ada juga manusia hidupnya huru-hara di usia muda mereka. Dadah, zina, clubbing - all the negative things that they did - mereka tetap berjumpa jodoh. 

Aku juga pernah berjumpa dengan manusia yang sangat baik, merendah diri dan sopan dalam tutur katanya. Senang cerita ramai yang senang dan menyukainya kerana personaliti yang dimiliknya tapi masih belum bertemu jodoh walaupun umurnya sudah mencecah 50 tahun.

Sikap manusia tidak menentukan jodoh seseorang. Jodoh ini solely kerja Allah. Kita ni manusia, tidak ada kemampuan pun untuk mengawal takdir yang ditetapkan oleh Allah. Namun, kita boleh kawal diri kita sendiri iaitu berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik. 


mengapa perlu jadi baik?
ada jaminan ke jadi baik ini dapat menarik jodoh?


Korang perlu faham, memperbaiki akhlak BUKAN semata-mata untuk mendapat jodoh, tetapi akhlak yang baik akan disukai oleh Allah. Kita juga perlu perbaiki akhlak sebagai persediaan kita dalam mendirikan rumah tangga. Jika kita mahu rumah tangga yang harmoni dan diberkati oleh Allah, maka perbaikilah akhlak kita dengan akhlak yang terpuji. 

Korang jangan fikir nak kahwin semata-mata. Korang kena fikir jauhh lagii selepas kahwin - especially apabila melibatkan ANAK. Perbaiki akhlak ini bukan penting untuk korang sahaja, tetapi penting untuk anak.  

Banyak kali saya jumpa murid yang mempunyai akhlak yang buruk adalah disebabkan oleh sikap ibu bapa mereka. Maka jagalah akhlak jika mahu anak-anak mempunyai akhlak yang baik juga. Akhlak anak-anak adalah cerminan ibu bapa. 

Perkahwinan bukan semata-mata untuk menghalalkan hubungan atau mengelakkan diri keseorangan sehingga ke hari tua, sebaliknya perkahwinan adalah gerbang kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dalam memikul amanah yang diberikan oleh Allah.


PERSOALAN #3 - BETUL KE JODOH LAMBAT INI BERPUNCA DARIPADA SIKAP PEREMPUAN YANG MEMILIH?


Salah ke jika perempuan menjadi memilih dalam soal memilih pasangan? Salah ke? Bagi aku, penting untuk perempuan ini jadi picky apabila memilih jodoh. Kita ini manusia, kita akan memilih yang terbaik. Tidak salahpun jika kita jujur dengan diri sendiri dan menetapkan standard dalam memilih jodoh. 

Analogi mudahnya, korang kalau pergi beli baju pun pilih yang elok, tidak berlubang dan terkoyak, kan? Siapa je yang nak pakai dan pilih baju buruk? Semua orang hendak memilih pakaian yang cantik, sedap mata memandang dan sedap dipakai. 

Takkanlah sebab nak sangat berkahwin dan tidak mahu keseorangan pada hari tua, korang sanggup bersuamikan lelaki penagih dadah, kaki pukul, biawak hidup? Banyak kes rumah tangga hancur dan bercerai-berai disebabkan suami tidak beri nafkah, suami jadi biawak hidup, suami penagih dadah, kaki pukul dan sebagainya. Bila suami bermasalah, yang akan terkesan tu bukan isteri sahaja tapi anak pun akan terpalit sekali. 

Contoh lain, dalam ahli keluarga korang ada yang menghidap asma, yang mana orang yang ada asma ni mempunyai sistem pernafasan yang sangat sensitif dan penyakit ini juga biasanya akan menurun kepada anak. Kalau korang memilih pasangan yang merokok, anak yang ada asma tu akan paling terjejas. Ada juga kes, dalam keluarga tiada sejarah penyakit asma from both sides, tapi anak terkena asma kerana bapanya merokok. 

Bila sentuh bab kualiti, aku bukanlah suggest korang kena cari lelaki MR PERFECT macam dalam drama dalam televisyen tu. Apa yang digambarkan dalam televisyen pun BANYAK TAK BETULNYA. Pokoknya, cukup sekadar korang cari lelaki yang baik, bertanggungjawab, soleh, sedap mata memandang dan sesuai dengan diri serta keadaan korang. Hensem atau tidak, itu adalah subjektif. Soleh ini bukan bermakna korang kena cari pak ustaz juga. Ramai je lelaki aku jumpa yang soleh without title ustaz

Dalam bab mencari jodoh ini perempuan perlu realistik kerana hidup berumah tangga ini bukan sehari dua, tapi korang perlu hidup dengan seorang lelaki yang bernama SUAMI for the rest of your life. So girls, you need to choose wisely. Kalau tidak nanti, hidup korang merana dan anak-anak yang menanggung derita. 


PERSOALAN #4 - BETUL KE JODOH LAMBAT INI KERANA TERLALU GARANG DAN TEGAS?


YUP, lelaki memang takut dengan perempuan yang garang dan tegas. Aku rasa mostly adalah disebabkan mereka berpendapat perempuan yang garang ini akan berani marah mereka apabila berkahwin nanti. Biasalah, mereka mahu diri mereka dihormati sebagai ketua keluarga, kalau pilih perempuan garang nanti keluar rumah nak memancing atau nak melepak dengan kawan pun tak boleh nanti. HAHA. 

Tapi, this is the matter of preferences atau dalam bahasa melayunya citarasa masing-masing. Aku pernah ada seorang kawan lelaki yang suka perempuan garang dan tegas. Katanya perempuan garang ini berpendirian dan tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain. Dan aku juga pernah berjumpa dengan lelaki yang takut dengan isterinya yang garang tapi dia tetap sayang dengan isterinya kerana isterinya telah banyak berkorban untuknya. Dan banyak sahaja perempuan garang, tetapi masih lagi berkahwin sampai 30 tahun lamanya. 

Bagi aku, tidak salah sekiranya perempuan menjadi seorang yang garang dan tegas, selagi mana kegarangan dan ketegasan mereka itu pada tempatnya. Jadi, kalau nak cakap garang punca lelaki tidak tertarik dan lambat jodoh pun tak relevan juga. 


PERSOALAN #5 - BETUL KE JODOH LAMBAT INI KERANA TIDAK CUKUP CANTIK DAN MENARIK?


Walaupun terdapat kajian yang mengatakan bahawa rupa paras menjadi ukuran dalam mencari jodoh, iaitu lelaki dan wanita lebih tertarik dengan pasangan yang mempunyai ukuran rupa paras yang menarik, namun ianya sesuatu yang subjektif. Saya juga ada kenalan yang cantik rupa parasnya, berpendidikan dan memang disukai oleh ramai lelaki. Namun, hingga kini masih belum berjodoh lagi.

Saya pernah melayari satu facebook profile seorang hamba Allah yang mempunyai tubuh badan yang gempal dan rupa paras yang biasa-biasa. Namun, wanita itu sangat dikasihi oleh si suami yang mempunyai rupa paras yang biasa-biasa sahaja. Bukan sekali saya jumpa kes macam ini, malah beberapa kali jugaklah wanita yang rupa paras biasa-biasa berjodoh denga lelaki ada rupa paras kacak ini. 

Jadi, para wanita di luar sana, janganlah merendah diri jika anda tidak mempunyai rupa paras yang menarik mengikut standard masyarakat kerana kecantikan itu adalah sesutau yang subjektif. Kenapa saya berani menulis seperti ini? Okaylah, saya bagi contoh, ada lelaki berpendapat Neelofa tu cantik dan ada yang berpendapat Neelofa itu biasa sahaja, dan sekadar ada kulit putih mulus. 

Nampak tak cantik tu subjektif?


PESOALAN #6 - BETUL KE JODOH LAMBAT INI KERANA TERLALU BERDIKARI?


Aku tidak faham kenapa isu nombor 6 menjadi persoalan berkaitan dengan lewat jodoh. Bagi aku, perempuan yang berdikari ini bagus kerana secara tidak langsung banyak memudahkan urusan suami selepas berkahwin. 

Tapi, aku pernah dengar satu perbincangan yang mana lelaki tidak menyukai perempuan yang terlalu berdikari kerana mereka merasakan diri mereka tidak diperlukan dan useless. Bagi pendapat aku, bila lelaki cakap seperti itu, some people may view him as ego, but for me he's a green flag. At least, lelaki seperti ini ada rasa kebertanggungjawaban untuk membantu isteri atau pasangannya.  

Dan ada juga lelaki yang sangat tertarik dengan perempuan yang berdikari, boleh bawa diri sendiri dengan baik walaupun berseorangan. Ada juga lelaki yang tertarik dengan wanita yang boleh pergi travel luar negara secara keseorang dan ada juga lelaki yang berminat dengan wanita yang boleh buat dan bina kabinet mereka sendiri.

Pernah juga kawan aku (perempuan) meluahkan rasa kesalnya kepada aku terhadap teman lelakinya kerana teman lelakinya itu melabelnya sebagai terlalu clingy. Dan aku juga pernah mendengar luahan daripada seorang rakan lelaki bahawa dia tidak suka perempuan yang selalu ajak berwhatsapp, menelefon atau dalam erti kata lain terlalu menempel. 

JADI, betul ke terlalu berdikari punca lewat jodoh? 

 

PERSOALAN TERAKHIR ; 

SALAH KE JIKA PEREMPUAN BERJODOH LAMBAT?


Untuk soalan ini, kesan sekiranya lambat berkahwin dari konteks kesihatan adalah akan menyebabkan kesan kepada kesuburan reproduktif. 

Namun, bila sentuh isu bab jodoh ini, semuanya ketentuan ALLAH dan tidak salah pun berkahwin lewat selagi mana korang telah berusaha untuk mencari pasangan yang baik, bertanggungjawab, soleh dan sekufu. YANG PENTING KORANG USAHA. 

Yang jadi salah jika korang tidak mahu berkahwin tanpa alasan yang munasabah. 

Pastikan korang always be realistic ketika memilih pasangan. Jangan expect nak bersuamikan lelaki seiras Johnny Depp dalam keadaan rupa kita macam Hantu Kak Limah. Kalau lelaki seiras Johnny Depp tu memang nak dekat korang, memang rezeki koranglah tu. 

TETAPI, perlu juga melihat perkara-perkara lain yang melayakkan lelaki tu menjadi pasangan korang. Rupa paras is not everything.  Ada kes anak murid aku, bapanya hensem dan segak tapi tidak bekerja tanpa sebab, isteri yang tanggung segalanya. And again, be realistic. 

So korang, pilihlah yang terbaik dan jangan tersalah pilih. Take your time untuk memilih demi masa depan dan kehidupan yang harmoni. 

Sekian dan wassalam. 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)