Assalamualaikum dan salam sejahtera.
|
sumber : weheartit.com |
Alhamdulillah, sudah 3 tahun saya mendirikan rumah tangga. Sejak insan yang bergelar suami ini hadir dalam hidup saya atas izin Allah, banyak perkara yang telah saya pelajari daripadanya. Kami banyak perbezaan, dan perbezaan itu bagai langit dengan bumi. Dari segi professional mahupun minat, kebanyakkan adalah tidak sama.
Saya suka menonton cerita seram dan thriller, manakala dia pula suka menonton cerita aksi dan fiksyen yang memerlukan proses berfikir. Jika saya mengajak encik suami menonton cerita seram bersama-sama, dia sama sekali menolak ajakan saya. HAHA.
Pada awalnya saya beranggapan encik suami tidak suka cerita thriller dan seram kerana dia seorang yang penakut. Namun, sangkaan saya tersilap jauh daripada radar. Ada suatu ketika, saya bersama suami dan anak pergi melancong ke Pahang. Nak dijadikan cerita, semua siaran menyiarkan cerita yang membosankan. Cuma, ada satu channel yang menayangkan cerita IT, maka disebabkan saya peminat cerita seram, saya layankan juga.
Encik suami pula apabila melihat cerita seram dengan khusyuk, dia berseloroh kepada saya;
"Awak memang suka cerita macam ni, kan? Tak habis-habis dengan cerita seram. Haha."
"Alaa abang, channel ni je yang tayang cerita best. Dari tadi kita tukar-tukar siaran, tiada satu pun yang menarik. Ini saja channel yang tayangkan movie, " balas saya sambil mata tekun menonton cerita seram dan tidak beralih daripada menghadap skrin televisyen.
Namun, apabila saya mengalihkan pandangan kepada anak dan si suami, rupa-rupanya dia juga sedang menonton cerita seram itu bersama saya. Nak dibandingkan saya dengan si suami, saya lebih banyak menjerit dan menyorok belakang dia. HAHA. Encik suami pula chill dan buat muka tenang sepanjang menonton cerita itu. Siapa sangka encik suami pun boleh khusyuk menemani isteri menonton cerita seram.
Bila saya soal-soal dan korek-korek mengapakah dia tidak menyukai cerita seram dan triller, dengan pantas sahaja dia menjawab soalan saya tu dengan nada tenang;
"Abang tak suka tengok cerita seram dengan thriller ni sebab biasanya jalan cerita mereka biasa sahaja tapi part terkejut-terkejut tu banyak sangat. Abang jadi menyampah sebab kerja abang pun dah buat abang rasa stress. Apabila tengok cerita terkejut-terkejut ni, lagilah buat abang rasa stress."
Makes sense jugak alasan suami saya tu. Ate, bila nak rehatnye yeop kalau sepanjang masa adrenalin mencanak naik je? Hahaha. Di tempat kerjanya sudah pasti akan ada situasi yang menyebabkan adrenalin mencanak naik. Misalnya tiba-tiba pesakit yang datang ada pendarahan yang teruk atau pengsan tiba-tiba tanpa sebab. Kome rasa? Kita sendiri apabila menyaksikan kemalangan depan mata pun dah gelabah tangan menggeletar, inikan pula yang jadi tukang merawatnya.
Dalam ada perbezaan, ada juga minat yang kami sama, seperti kami berdua peminat siri anime Naruto dan Bleach. Sekarang ni, saya dalam proses memujuk encik suami menonton siri anime Attack on Titan. Tapi kemahiran memujuk saya ini belum cukup mantap untuk meyakinkan encik suami untuk menonton siri anime AOT. Tolong doakan saya guys supaya encik suami tergerak hati nak menonton siri anime Attack On Titan!
Kali terakhir saya memujuk suami menonton cerita K-Drama bertajuk KINGDOM pun kena merajuk buat drama air mata dan buat ayat sentimental touching sampai langit ketujuh - barulah dia terbuka hati untuk menonton cerita itu. Ya Rabbi, punyalah susah nak gerakkan pendirian dia untuk menonton cerita KINGDOM sampai tahap begitu saya kena memujuknya. Atas izin Allah, akhirnya usaha saya itu berbuahkan hasil apabila sekarang ini encik suami tidak sabar-sabar menunggu KINGDOM Season 3.
Kahkahkah! Itulah dari awal orang dah kabo cerita tu best yeop, taknak percaya!
Jika sentuh bahagian makanan pula, saya suka makan petai dan masakan pedas. Tapi encik suami pula tidak suka makan petai dek kerana tidak suka baunya yang kuat. Makanan pedas pula encik suami tidak suka kerana setiap kali makan makanan pedas, hidungnya WAJIB berair, badan berpeluh-peluh dan yang pasti dia tidak dapat menikmati makanan tersebut. Encik suami selalu buat muka terseksa setiap kali makan makanan pedas.
Disebabkan sayang kepada suami punya pasal, saya cuba mengamalkan sikap bertoleransi dengan encik suami. Rasanya sudah lama saya tidak makan petai. Kali terakhir saya makan petai pun apabila duduk jauh dengan encii suami. Di rumah pula, saya akan masak makanan yang tidak pedas.
Disebabkan anak dan suami dua-dua tidak suka makanan pedas, sekali lagi saya kena bertolak ansur dan mendahulukan mereka dahulu. Bukan apa, rasa macam pentingkan diri sangat jika saya sorang sahaja yang suka pedas manakala lagi dua hamba Allah tu merana nak makan pedas.
Jika saya rasa memberontak mahu makanan yang pedas, saya akan potong cili hijau dan masukkan cili tersebut dalam pinggan saya sendiri. Jadi, anak saya sudah pasti secara automatik akan makan dengan encik suami. Berapi pula lidah anak saya jika makan dengan saya.
Itu sahaja celoteh untuk hari ini. Sekian dan terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)