Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bismillahirrahmanirrahim.
|
ular putih. |
Hari ini aku nak sembang pasal mimpi. Beberapa minggu lepas, aku ada termimpi ular berwarna putih yang agak besar datang daripada belah kanan dan ingin menyerang aku. Tapi aku berjaya mengelak daripada serangan ular tu sebab aku duduk di dalam kereta. Dalam mimpi tu, aku perhatikan ular tu macam bersungguh-sungguh nak serang aku, macam nak patuk pun ada - walaupun aku dalam kereta waktu tu. Tapi sebab takut sangat, aku terus je bangun daripada tidur. Bila ingat balik mimpi tu, aku jadi macam seram semacam je.
Baru-baru ni, entah kenapa tangan aku ni gatai sangat je nak google pasal tafsir mimpi ular putih. Aku bukan apa, dah banyak kali juga aku mimpi pasal ular. Tapi sebelum ni aku mimpi pasal ular hitam yang besar, tapi this time aku mimpi ular putih pulak. Memang rare la nak mimpi pasal ular yang berwarna putih ni. Bukan apa, sebelum ini roomate aku pernah juga bagitahu, kalau mimpi ular hitam petanda tak baik macam sihir. Tapi aku takdelah sampai tiga kali berturut-turut.
Hasil googling aku menggunakan search engine google ni, macam-macam tafsiran yang aku dapat. Biasanya, mimpi ular ini akan dikaitkan petanda yang tak baik, especially kalau ular tu berwarna hitam. Tapi mengikut kepercayaan melayu pula, kalau kita bermimpikan tentang ular, dan ular itu patuk kita, tandanya kita akan dipinang orang. Tapi benda macam ni bergantung juga dengan jalan cerita mimpi tersebut. Sebab tafsiran mimpi daripada seorang ke seorang adalah berbeza. Depends kepada keadaan juga.
Berbalik semula kepada mimpi ular putih tadi, aku dapati setiap blog menceritakan tafsiran yang berbeza-beza perihal ular berwarna putih. Ada yang kata kalau mimpi ular putih ni ada musuh yang lemah, ada pula yang kata ada orang yang islam dan baik ingin menghampiri kita. Ada juga laman blog yang menceritakan kalau ada ular putih yang besar berwarna putih merujuk kepada seseorang yang benar-benar mencintai kita dalam diam. Boleh jadi orang sekeliling kita yang kita tak pernah hirau tentang dia.
Jadi, mana satu sebenarnya kalau aku mimpi pasal ular putih - kita mimpi pasal musuh, atau kita mimpikan seseorang yang ingin menghampiri kita? Atau aku sebenarnya berhadapan dengan seseorang yang suka aku dalam diam? Wallahualam.
Apa-apa pun, aku cuma mampu berdoa agar bukan perkara yang tidak baik yang datang menghampiri.
Amin.
Sekian dan wassalam.
Mimpi kita sama.
ReplyDeleteAku pun baru semalam mimpi ular putih seluruh badan dia patuk kat tangan aku
ReplyDeleteaku mimpi aku jadi naruto lepas tu ular putih besar orochimaru tu menyerang aku..tapi time tu ada kakashi sama bertarung ngan aku.. pelik sikit.. hahaa
ReplyDeleteMungkin peminat tegar naruto awk ni
DeleteMimpi sy tadi,ular kecil sekali. Tuba sy bangkit mcm kejut sikit tapi tak ingat ular kecil dtg saya mcm seuatu. Memang tak tau apa. Kerana saya orang pekak.. Terima kasih Di atas beritahu bagi tahu.
ReplyDeleteAku mimpi kene kejar ular putih aku lari macam mana pun ular tu dpt kejar aku laju gila ular tu x normel
ReplyDeletesis mimpi ular putih yg dtg bantu sis dari diserang ular hitam,lps tu ular putih tu berubah jd manusia yg mana mmg xnmpk rupa tp kelihatan spt seorang lelaki
ReplyDeleteSaya bermimpi ular cobra putih sebesar ibu jari kaki,telah mematuk betis kanan saya apa maksud nya?
ReplyDeleteYa allah sama.. aku mimpi ular putih besar.. seperti dia nk serang sy dlm diam.. tp bila sy pergi dekat dia lari..
ReplyDeleteAku mimpi aku bela ular putih😂 2 ekor
ReplyDeleteada ke maksud baik kalau mimpi tentang ular ?
ReplyDelete