Kejadian ini berlaku semasa aku di tingkatan 5. Ada suatu ketika, aku pulang agak lewat ke rumah kerana menunggu abah yang sedang bermesyuarat di sekolah itu. Biasanya, sesi bermesyuarat akan akan tamat sekitar pukul 4 petang. Aku pula terpaksa terpacak di sekolah hingga lewat petang kerana mesyuarat biasanya bermula selepas solat Zohor, selepas habis waktu persekolahan.
Jadi, it will take a lot amount of time nak menghantar aku balik rumah dan datang semula ke sekolah. Sebagai seorang anak guru di sekolah tersebut, I getting used to that. Balik lewat sebab menunggu abah selama dua jam sehinggalah habis mesyuarat. Dan biasanya, untuk buang rasa penantian yang agak lama, aku akan belajar di dalam kelas dalam tempoh dua jam tu.
Its not so bad sebab pada hakikatnya memang aku lagi suka belajar di sekolah berbanding belajar di rumah. Aku lebih fokus belajar di sekolah berbanding di rumah. Tak tahu kenapa, sampai sekarang pun macam tu. Semasa zaman belajar di maktab pun, aku memang tak boleh belajar kalau balik rumah, mesti feeling tu hanya datang kalau aku pulang ke maktab.
Okay sambung semula cerita. Pada hari tu, aku pulang lewat kerana menunggu abah sehingga habis mesyuarat. Alhamdulillah, pada hari tu, aku tidak berseorangan kerana seorang rakan aku yang bernama Sugunia (aku panggil dia Sugu je) pun sama-sama mengambil keputusan untuk pulang lewat ke rumah. I'm not sure kenapa dia stay dekat sekolah agak lewat, tapi rasanya mesti sebab dia nak siapkan kerja sekolah sebelum pulang ke rumahnya.
Belajar punya belajar, mata aku pun dah gedik-gedik rasa mengantuk. Tak tahu kenapa bila belajar je mengantuk, bila mengantuk je mesti belajar. Mata aku pun meliarlah memerhatikan sekeliling, mana tahu boleh hilangkan mengantuk. Aku perhatikan si Sugu yang sedang khusyuk belajar. Terdetik dalam hati, kan bagus kalau aku jadi rajin macam dia.
Namun begitu, rasa mengantuk lebih menguasai diri aku pada ketika itu. Maka aku mengambil keputusan untuk tidur sekejap. Sebelum aku melelapkan mata, aku telah meminta tolong rakan aku ni untuk kejutkan aku sekitar jam 3.45 petang. Kononnya nak sambung study balik, kononnya. Jadi, si Sugu pun bersetuju dan aku pun mula lelapkan mata.
Sedang syok tidur, tiba-tiba rasa tidak sedap hati, seolah-olah aku terdengar suara seseorang, suara lelaki yee, yang sedang memanggil aku. Aku terus membuka mata kerana khuatir yang memanggil itu abah aku. Rupanya-rupanya terpacak susuk tubuh seorang lelaki yang berpakaian guard sekolah di tepi aku dalam jarak satu meter. Astaghfirullahalazim!
"Hurm..saya ni nak kunci pintu, awak nak balik ikut mana..?"
"saya balik ikut jalan belakang..."
"Urmm..nanti kalau nak balik bagitau sebab senang sikit saya nak kunci pintu nanti.."
"ermmm....ooo...kaaayyyyy....." (dalam keadaan blur sebab baru bangun tidur..)
Macam biasa, aku cuba untuk berikan respon like nothing happen. Aku cuba menenangkan diri and take a deep breath. Sejurus sahaja aku tidak nampak lagi bayang-bayang encik guard di sekitar kelas, aku pun cepat-cepat mengemas segala barang dan peralatan sekolah yang berterabur di atas meja. Aku pun melihat jam tangan dengan perasaan cemas kerana jam sudah menunjukkan pukul 4.00 petang tapi bayang abahku masih tidak lagi kelihatan. Dalam keadaan mengemas barang tuu, sempat lagi benar fikiran aku berbisik;
"Aku tidur macam manalah tadi? Aishhh! Malu betul! Menyesal tak tutup muka atas meja masa tidur tadi!"
"Amy, aku balik dulu yer. Sorry, aku dah cuba bangunkan ko, tapi ko tak bangun-bangun pulak.. So, aku gerak dulu. Tata."
Seperti biasa, when something bad happen, I will try to have a fresh start dan fikir positive. Aku cuba tidak ingat kembali perkara menakutkan yang telah berlaku semalam. Aku ambilnya sebagai iktibar jangan tidur di tempat awam. Aku datang ke sekolah dengan buat seperti tiada apa-apa pun yang berlaku. But you know what, kejadian tu macam menampar muka aku semula apabila aku menerima surat di bawah meja daripada encik guard pada pagi tu! Dan part yang aku tak tahan, he knows my name beb!
Dalam surat tu, dia ada juga menyebut tentang perubahan wajah aku yang kelihatan takut. Well, aku memang susah nak sorokkan emosi, kalau cuak ke, marah ke mudah je terpampang dekat muka. hahaha. Dan dia juga ada meminta aku untuk sorokkan perkara itu daripada orang lain, terutamanya daripada pihak atasan kerana dikhuatiri kena pecat. Tapi bila fikir balik, dia tak buat apa-apa pun, so why on earth dia pula rasa risau? Dia cuma kejutkan aku je pun masa tu. Aku pun tidak kecoh apa-apa dekat sekolah, buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Kemudian, intipati surat tu berlakunya sesi perkenalan. Dia menyatakan hasrat nak berkawan dengan aku. Encik guard memperkenalkan dirinya berserta nombor telefonnya sekali di bawah sekali sekitar bucu kanan surat. Dia bagitau lagi, kalau ada masa, balas la. Kalau aku tak balas, dia paham sebab aku nak fokus untuk SPM aku. Dalam kepala aku, ape benda la encik guard ni fikir. Perasaan cuak jangan sebut la, memang rasa tu dah mencacak sampai ke kepala.
- Boleh timbul kontroversi berlakunya hubungan antara encik guard dengan pelajar di sekolah sebab sebelum ni aku pernah dengar benda yang sama. So, kalau elakkan diri terjebak dengan kejadian macam tu, jangan mulakan atau balas apa-apa.
- Aku tak kenal encik guard tu macam mana and I have trust issue kalau melibatkan orang lelaki. Kadang-kala cerita boleh terbongkar bukan sebab aku, tapi sebab lelaki pun boleh jadi. Ada pengalaman dengar cerita orang.
- jaga nama baik abah. When bad things happens, kesian pulak dekat abah. Tak pasal-pasal buruk pulak nama dia, sedangkan yang buat hal itu aku.
- Nak SPM. Fullstop.
Tiba-tiba si Sugunia tegur aku;
"Weh Amy, abang guard tuu tengok ko la. Apsal hah..? Lain macam aje aku tengok dia.."
"Entah. Biar la dia, Sugu. Buat donno je..."
Selang beberapa minit, bayang emak si Sugu pun kelihatan. Sugu meminta izin untuk pulang dahulu. Yang tinggal hanya aku dan kucing comel di atas riba. "Hadoi, mampus aku macam ni," bisik hati kecilku. Macam-macam persoalan dan bayangan yang bukan-bukan bermain dalam kepala. Waktu tu jugak aku berdoa semoga abah muncul dan terpacak depan pintu pagar pada ketika itu jugak. Cepatlah abah datang, save me~
Lebih kurang dalam 10 minit tu, bayang abah pun mula kelihatan. Muka dia terkejut melihat abah aku, dan terus bertanyakan soalan kepada aku,
"bapak awak ke?" sambil menunjukkan reaksi yang agak terkejut.
"Ha'ah.." sambil menganggukkan kepala.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)