Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sejak dua menjak ini aku selalu juga perhatikan orang ramai, terutamanya mereka yang berjaya mencapai dan merealisasikan impian mereka. Ada yang sedang berusaha untuk menjadi usahawan yang berjaya, ada yang melibatkan diri dalam bidang politik kerana ingin menjadi ahli politik, ada yang berusaha untuk menjadi tokey tudung, dan ada yang berusaha untuk menjadi seorang peragawan. Seronok melihat melihat insan-insan yang passionate mengejar impian masing-masing. At least mereka ada impian dan berusaha ke arah impian mereka.
As for myself, aku sendiri pun dah samar-samar dengan impian aku. Dulu memang aku ada simpan impian yang sangat besar. Macam-macam benda yang aku hendak jadi masa zaman muda-mudi dulu. Antaranya pereka fesyen kerana sangat suka dengan design baju lawa-lawa, kartunis yang terkenal, dan ada juga keinginan untuk menjadi seorang pereka grafik yang bekerja di peringkat antarabangsa. Tapi semua angan-angan tu masuk kubur bila tiada satu pun universiti di dalam Malaysia ni menawarkan kursus tu pada aku walaupun aku dapat A1 dalam matapelajaran seni. I get it, tiada rezeki dan persaingan yang terlalu tinggi.
Kemudian, aku dapat peluang melanjutkan pelajaran ke kolej swasta dalam bidang multimedia. Pada ketika itu, aku terus grab peluang yang ada walaupun duit kena keluar. Abah dan mak menyokong laluan yang aku pilih itu asalkan aku sambung belajar. Ketika itu, perasaan seronok sambung belajar dalam benda yang aku minat seperti mencecah langit. Namun, keadaan itu hanya sementara sahaja. Few months after that, keputusan maktab keluar dan nama aku telah tersenarai sebagai graduan insitusi perguruan.
Ketika itu, kewangan keluarga aku agak gawat. Keluarga aku pada hakikatnya tidak mampu hendak membiayai pembelajaran di kolej swasta tu. Perasaan ketika itu seperti ombak, rasa sedih dan terkilan kerana peluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang aku inginkan itu seperti kena campak dalam lautan yang luas. Tetapi, antara minat dengan keluarga, I rather choose family kerana aku tidak sampai hati melukakan hati mak ketika itu. Maka sambunglah belajar ke maktab (in which I really hate that place) dalam keadaan yang tidak ikhlas dan kecewa. But I still try to think positive sebab telah ditawarkan kursus pendidikan seni sebagai minor.
Walapun aku masuk maktab dengan course pendidikan seni sebagai minor, masih terdetik dalam hati rasa tidak puas hati. Biasalah, bila dah kecewa, mulalah semua perasaan yang tidak berapa nak baik tu bermain dalam hati. Aku mula berasa cemburu dengan rakan-rakan yang berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka minat. Dan yang paling tak tahan, anak orang kaya pun aku boleh tidak suka sebab mereka berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minat walaupun hakikatnya budak-budak tu bab seni pun lukis macam kayu. Hahaha. Biasalah, bila ada duit semua boleh buat.
Dan lagi sekali angan-angan hanya seketika dan perasaan kecewa pun melanda diri lagi sekali apabila satu-satunya peluang aku untuk meneruskan minat aku dalam bidang seni lukis 'dirampas' oleh institusi tempat aku belajar yang mana course seni ditukar secara automatik kepada kemahiran hidup. Ketika itu aku memang rasa kecewa sangat kerana dari kecil sampai besar, melukis itu its like part of my life. Tetapi, sejak course seni ditarik dan ditukar kepada kemahiran hidup, peluang aku hendak bergiat dengan melukis tu sudah mula berkurang dan hanya sibuk dan fokus kepada benda-benda selain daripada seni.
"I never knew you could draw like this! Awak ade potensi untuk menjadi pereka grafik.
Awak boleh buka bisnes awak sendiri."
Kata-kata itu masih terpahat dalam memori. Aku masih ingat lagi seorang pensyarah berbangsa cina yang pernah melihat hasil seniku memberikan respon dan motivasi yang agak memberangsangkan. Namun, aku tidak mengambil secara serius apa yang diperkatakan olehnya kerana aku tidak yakin peluang aku untuk menjadi pereka grafik itu terbuka secara luas. Sijil pengiktirafan pun tidak wujud.
Maka, lama-kelamaan kemahiran aku itu telah lama tidak digilap. Aku hanya ada masa untuk melukis ketika waktu cuti sahaja. Itupun sudah tidak sama seperti waktu dulu - perasaan minat untuk melukis tidak seperti dulu. Seolah-olah minat yang membara dan menyala dalam bidang seni kini telah terpadam.
Dan apabila makin dewasa, pernah juga aku terdetik dalam kepala ini, "Its pointless apa yang aku dah usahakan sejak dari kecil tu, kerana bila besar jadi guru Bahasa Melayu, sedikit pun tiada kaitan dengan seni atau seni reka." Yup, aku tidak nampak minat aku tu membawa aku kemana-mana. Minat cuma sekadar minat.
Tetapi perspektif aku mengenai impian dan minat ini mula berubah sejak kebelakangan ini. I'm asking myself for a few times, what makes me happy? Perkara apa yang menggembirakan aku? This question has been playing in my mind for the past few days since the day I watched a video about being happy in life. Sejak kecil, aku suka melukis dan aku rasa sangat gembira hanya dengan melukis.
Sejak kecil, tidak pernah pula terlintas hendak jadi pereka grafik atau pereka fesyen yang terkenal. Bila kita sebut tentang minat, sepatutnya everything else doesn't matter. Bila kita minat sesuatu, perkara lain sepatutnya bukan jadi penghalang. Walaupun aku tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang yang aku inginkan, tetapi keadaan itu tidak pernah menghalang aku untuk meneruskan buat sesuatu yang aku minat.
Bila sentuh tentang melukis, its about passion and love. Bila kita sayang sesuatu, sebagai contoh kita sayang manusia, everything else seperti kekurangan dia semuanya tidak penting. Apa yang penting bagi kita ketika itu that person is in our life dan kita sanggup buat apa sahaja untuk bersama dengan seseorang yang kita sayang. Tapi kenapa kita sanggup buat apa sahaja untuk orang yang kita sayang? Sebab kita rasa gembira buat sesuatu untuk dia semata-mata untuk melihat dia gembira. Jadi, bila aku sayang minat aku, I would do anything for it with a smile, right?
Aku gembira dengan melukis. Maka aku harus teruskan minat melukis, kan? Sama ada aku berjaya menjadi pereka grafik atau pereka fesyen, tu semua tidak penting. Tambah-tambah bila kita sentuh soal berjaya atau menjadi terkenal, semua perkara itu menjadi tidak penting jika kita meletakkan minat kita paling atas. Kalau kita berjaya dan menjadi terkenal, itu namanya rezeki ketika kita melakukan sesuatu yang kita minat.
Allah tarik peluang aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minat pasti bersebab dan tersimpan 1001 hikmah disebaliknya. Aku pasti ianya satu ujian Allah untuk menguji sejauh mana aku mencintai keluarga aku dan sejauh mana aku ikhlas dengan minat aku dalam bidang lukisan sejak kecil. Mungkin juga jalan untuk menggapai cita-cita itu lebih berliku dan mencabar serta hanya diberi peluang ketika waktu aku bekerja seperti sekarang? Who knows, right?
Maybe I should start to be more positive and be happy in everything that I want to do in life. Mungkin aku kena didik diri untuk buat sesuatu yang aku minat tanpa mengharapkan sesuatu result yang baik. Like I just said, it doesn't matter. Yang paling penting kita gembira, buat yang terbaik dalam bidang yang kita minat. Itulah yang dinamakan ikhlas dengan minat kita.
Sekian sahaja untuk hari ini. Wassalam.
Amy, dear babe why I don't find this entry at first place! I mean I was in this situation too, kind of sad but life must keep going on. Babe this is amazing entry. Good piece of writing. Heartthrob.
ReplyDelete