Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini seronok juga aku membaca beberapa penulisan daripada blog-blog orang. Sedap-sedap mata meliar dan membaca blog orang, tiba-tiba aku tersinggah satu blog ini, mengutarakan rasa tidak puas hati terhadap lelaki skema atau 'nerd'. Dalam penulisan dia tu, akak tu rasa tidak puas hati dengan menyatakan rata-rata lelaki baik cuba ambil kesempatan ke atas dia dan melabelkan lelaki nerd ni bukan semua jenis lelaki baik.
Entri budak ni tulis dah lama sangat, beberapa tahun lepas. Cuma entah kenapa nak tulis sesuatu yang terbuku dalam benak otak ni, sebab nak menulis sesuatu yang aku sangat tak setuju dengan kenyataan yang dia lemparkan pada orang lain tanpa nak muhasabah dirinya terlebih dulu.
Berdasarkan cerita akak tu, aku takkan salahkan lelaki nerd tu 100%. Sebab kalau fikir logik yang pertama, mana-mana lelaki pun, sukar nak elakkan diri mereka daripada berfikir benda-benda yang tak senonoh.
I hate to say, BUT itu fitrah lelaki yang memang tertarik pada perempuan,
especially figura mereka. Ehem ehem.
Tambah-tambah lagi bila kita dibesarkan dalam generasi Y, terlalu banyak sangat exploitasi benda-benda macam porn, dengan ramai pula perempuan di luar sana begitu bangga menayangkan tubuh badan yang begitu cantik dengan pakaian yang begitu mengghairahkan,
so these guys tend to have the raging lust within themselves.
So faham-faham sajalah,
when she starts to touch him or macam tampar-tampar anak pada lelaki tu, mana-mana lelaki yang tidak biasa buat atau ada background yang tidak pernah bertepuk tampar dengan perempuan yang bukan mahramnya, sudah pasti iman dia akan mudah tergugat. Alaaa, macam rusa masuk kampung, excited dia terlebih sikit. Tambah bila ada awek comel lagi seksi sentuh dia, mesti dia rasa syok.
Sebab itulah Allah sudah berfirman dalam alquran, agar menutup aurat dan jangan mendekati zina. Zina ni tak semestinya buat projek dalam belukar tu, tapi ianya juga menyentuh tentang batas-batas pergaulan kita antara lelaki dan perempuan. Bukan senang-senang sahaja kita nak keluar dengan lelaki yang bukan mahram kita, sebab kita sendiri pun tidak boleh
predict apa yang akan berlaku. Bila dah jadi macam itu,
starts to blame ourself, sebab kita yang bertanggung jawab bagi setiap tingkah laku kita.
Because it's our choice.
If she's comparing a nerd with a playboy,
she's really have an issue right there. Kamonlah, semua orang sangat aware that
playboys know how to handle the girls sebab kehidupan lelaki playboy ni memang
tidak pernah lari daripada mana-mana perempuan. Jadi sudah tentulah diorang sudah
biasa dengan perempuan, dan tentulah they can handle their pervert side dengan
begitu baik sekali. Berbeza pula dengan lelaki nerd or alim yang tidak biasa
dengan perempuan.
Okay, just forget pasal entri akak tu
kejap. Sebenarnya, aku nak berfokus pada beberapa statement dan komen yang
dilemparkan dan dikongsikan dalam entri tersebut oleh pembaca-pembaca tegar
blog terfaktab. Ada di antara mereka menyentuh soal aurat dan dikaitkan pula
dengan baik atau jahat.
Apa-apa pun sebelum kita tuding jari
pada orang lain, muhasabah diri dan mula tuding jari pada diri sendiri. Bukan
nak tuding salah di sini, cuma perlu ada kesedaran so that ALL of us will have
a better life dan kita sama-sama berusaha untuk jadi lebih baik. Bila aku tulis
benda ini, aku tuju juga pada diri aku sebagai peringatan. Sebab aku pun
manusia, kau pun manusia, kita semua manusia.
Kita semua buat silap. Tapi silap tu
jangan dibiar lama-lama sebab khuatir tidak sempat bertaubat, naya juga kita
dalam kubur nanti. Tambahan lagi, kan best kalau kita sama-sama boleh masuk
syurga? Marilah kita mengimarahkan syurga secara beramai-ramai.
Bagi pandangan aku, kalau kita rasa diri
kita tidak sempurna dari aspek akhlak, cubalah berubah. Please don't try to
deny by saying :
"Ala, kau pakai tudung pun belum
tentu baik atau masuk syurga."
First of all, babe syurga tu milik Allah.
Sesiapa pun tak boleh angkuh kata :
"saya pasti akan ke syurga!"
Sebab kita tidak pasti. Aku pun tidak
pasti apa dan di mana pengakhiran aku. Mungkin di dunia kita banyak beribadat,
tapi tiba-tiba dalam diam ada sikit rasa riak dalam diri. Sudah, bila dah ada
riak tu, tambah-tambah bila kita tidak sedar, sukar untuk merasai nikmat syurga itu. Terlalu banyak dugaan dalam mengejar nikmat syurga sebenarnya. Kita perlu sentiasa bersabar dan jangan mudah putus harapan daripada mendapat rahmatnya.
Mana-mana manusia yang masuk syurga ni pun
atas kasih sayang Allah. Itu hak Dia. Cakap pasal tutup aurat, solat or
anything yang kau buat silap dengan Allah tu, kita sembang pasal hak Dia yang
kita tak buat. Let me tell you again, HAK ALLAH yang kau tak bertanggungjawab
untuk memenuhi.
Soal aurat ni bukan kira kita baik atau
jahat, itu kira KEWAJIBAN kita memenuhi HAK Allah, iaitu hak yang kita kena
jaga. Kena ingat, setiap nyawa yang dia kurniakan untuk hidup, nikmat kita
dapat bernafas, nikmat ada kesihatan yang baik – semua Dia bagi tanpa minta
apa-apa.
Sebaliknya, Dia minta kita memenuhi hak
dia atas kebaikkan kita juga. Allah pencipta kita, setiap suruhan dia sudah
pasti ada hikmahnya. Allah tahu banyak perkara yang tidak baik berlaku kesan daripada hasil tidak menutup aurat. I’ve seen
too many videos perbezaan wanita yang menutup badannya sepenuhnya dengan wanita
yang berpakaian seksi. Responnya sangat berbeza daripada disekelilingnya –
terutamnya lelaki yang kurang baik. Wanita yang
menghormati harga dirinya, sudah pasti akan dihormati oleh orang lain. Girls,
respect yourself first before you want other guys respect you.
So, kenapa berdegil? Nak tahu kenapa
berdegil tak nak tutup aurat? Senang sahaja, kita angkuh dan kita tidak
takut dengan Dia. Macam mana umat-umat terdahulu hancur hanya kerana angkuh –
macam itulah kita sekarang. Kerana kita angkuh, kita buat dosa, zalimi diri
sendiri. Kerana kita angkuh, kita tinggal solat. That’s all the point. YES,
ANGKUH. Kita semua angkuh - aku, kau dan kita semua yang masih leka dalam melakukan dosa.
Kita angkuh dengan Allah, kita TIDAK ada
sikit pun rasa takut pada dia. Kalau betul-betul kita ni tiada rasa angkuh
dalam diri, sudah pasti kita akan berfikir dua hingga tiga kali untuk berbuat
dosa. Takut kerana Dia melihat dan Dia tahu apa yang tersembunyi dalam hati kita.
That’s the reason some people kadang-kala
ikut dia kejap-kejap nak pakai
tudung, kemudian buka semula. I’m not saying she’s bad, because maybe she is REALLY good and I don't want to judge anyone here. Tapi jika benar hati seseorang hamba itu ada pada Allah, sudah
pasti jika dia terdetik hendak berbuat dosa, apatah lagi tidak memenuhi hak
Allah itu – akan ada perasaan sebersalah yang mendiami jiwa dia. PASTI.
And I’m not going to say that perempuan
yang menutup aurat dengan sempurna tidak terlepas daripada berbuat dosa dan
melakukan kesilapan. Like I just said before, none of us is perfect. Perempuan
yang telah menutup aurat dengan sempurna pula ada juga silapnya. Yes, dia
mungkin memenuhi hak kewajiban menutup aurat, but kewajipan lain dia tidak
penuhi.
Tambah dunia zaman sekarang, even
perempuan berhijab pun masih melakukan maksiat. Ada juga yang berpakaian
baik-baik, tertutup auratnya seperti seorang ustazah, but still doing the ‘zina’
thing. Di sini, masalahnya dia memenuhi hak Dia dalam menutup aurat, tapi dia
tidak memenuhi hak Dia dalam penjagaan ikhtilat.
Bagaimana pula dengan manusia yang
kedua-duanya dijaga dengan baik – aurat dan ikhtilat, tapi mulutnya pula yang
macam puaka? Yes, someone pernah tanya soalan macam ini pada aku. Okay, orang
seperti ini pula Allah duga dia dengan hati dia – the way she felt and think
about the sinners.
Kalau Allah melihat semua hamba Dia penuh
dengan kasih sayang, siapa kita yang hanya sebagai seorang hamba, melihat orang
lain, yang pendosa terutamanya, dengan penuh rasa benci dan jelik? Siapa kita? Kita
ni hanya seorang hamba, sepatutnya ada rasa malu dalam diri bila mana
senang-senang sahaja untuk membenci atau berasa jelik dengan orang yang lebih
jahil. Kena sedar, ilmu itu Allah bagi bukan nak tunjuk kita lebih baik
daripada sesiapa, tetapi bertujuan untuk memperbaiki mana yang kurang. So,
please start to hate the sin, not the sinner.
Korang tak nampak ke, setiap daripada kita membuat dosa yang berbeza, kerana setiap daripada kita diberi dugaan dan
cubaan yang berbeza. Allah itu adil, SEMUA orang ada bahagian baik dan jahat
dia. Cuma bahagian tidak berapa baik tu kita kawal dengan iman kita. So layan
semua orang dengan penuh kasih sayang walaupun dia mungkin jauh dan jahil
tentang tuhannya, di samping mendoakan mereka agar kembalikan hati mereka
semula kepada Allah.
So please people, after this stop la
berdebat pasal perempuan menutup aurat versus perempuan seksi mana satu lebih
baik. Serius, aku rasa macam tiada faedah, dan hanya satu perdebatan yang
bertujuan untuk mengelirukan orang daripada nak buat sesuatu yang baik. Ingat,
syaitan is REALLY GOOD dalam menghasut manusia. Cuma pilihan sekarang ada pada
diri sendiri untuk menafikan atau mengiyakan kesilapan kita.
Mengiyakan tanpa ada usaha itu seperti
hangat-hangat tahi ayam, kerana mengetahui kekurangan diri sendiri tanpa
melakukan perubahan adalah sesuatu yang tak relevan. Cuba dulu melakukan
perubahan, sedikit demi sedikit. Believe in yourself that you could make it.
Tidak perlu tunggu hidayah baru nak berubah sebab kalau ada orang dah tegur
kita supaya tutup aurat tu pun sebenarnya sudah kira kita dapat hidayah daripada Allah. Cuma hidayah itu kita peroleh melalui seseorang.
Kalau kita sentap dengan teguran itu, maka hati korang masih ada rasa sayang pada Allah. Kita tahu kita salah, sebab itu kita sentap. Yang jadi denial dan marah orang lain "macam kau baik sangat" tu semua bisikan syaitan supaya korang jauh daripada rahmat Allah. Hidayah ni kadang-kala datang seperti puting beliung yang menjatuhkan kita sampai ke tanah tapi itulah yang membuatkan kita sedar yang Allah itu sentiasa memanggil kita. Sama ada kita nampak dengan tak nampak sahaja.
Tidak percaya? Kalau kita mula rasa diri
kita serba kekurangan dan merasakan tindakan tidak menutup aurat itu sesuatu
perbuatan yang salah hasil daripada teguran orang lain, secara kita tidak sedar
Allah cuba mengingati kita agar menjadi lebih baik. Rasa sebersalah hasil
teguran daripada orang lain, pada hakikatnya Allah ingin kembalikan kita kepada Dia.
Apa-apa pun, sebelum mengundur diri, aku minta maaf jika kenyataan atau ayat-ayat yang ditulis ada menyakiti sesiapa. Niat di hati tidak terdetik untuk menghukum sesiapa, cuma berharap agar kita semua mampu menjadi hamba-Nya yang lebih baik. InsyaaAllah.
Sekian dan wassalam.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)