W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini. |
P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam. |
P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW |
November 8, 2020
PROGRAM KELUARGA 1 : JOM MASAK LABU
November 7, 2020
2020 : JALAN POS LEGAP TERKINI
March 17, 2016
KISAH CUAK DENGAN ENCIK GUARD
February 21, 2016
PENGALAMAN DI KAWASAN PEDALAMAN : KATAK MASUK RUMAH #1
August 12, 2015
Pengalaman Mengajar #1
![]() |
| Photo by Katerina Holmes from Pexels |
August 10, 2015
10 TANDA ANDA MENGALAMI PERFECTIONISM AKA OCD
Korang pernah tak alami satu keadaan yang mana ada member selalu tegur sikap korang yang cerewet atau terlalu mengejar kesempurnaan? Yes, aku selalu alami benda tu. Benda ni aku memang tak perasan pada mulanya, sehinggalah ada kawan aku tegur sikap aku masa kena hantar assignment. Bukan apa, sempat lagi aku perbetulkan kesalahan ejaan, dan seangkatan dengannya sampai member aku naik runsing.
July 19, 2015
Geram. GERAM.
![]() |
| Photo by freestocks.org from Pexels |
March 28, 2014
Masalah Komunikasi?
January 31, 2014
Ciri-ciri Suami Idaman
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dulu pernah ada seorang sahabat ni pernah tanya aku ciri-ciri lelaki idaman aku. Aku senyap je masa tu, sebab aku pun tidak pasti ciri-ciri lelaki yang aku suka. Kebanyakkan kawan-kawan aku mesti akan bertanya benda-benda macam ni. Tak tahu pasal apa. Ada juga yang anggap orang macam aku hanya tertarik dengan lelaki yang ada rupa, ada duit, ada pangkat. Walhal, bukan benda tu yang aku cari daripada bakal pasangan aku.
Apa-apa pun berikut merupakan ciri-ciri yang aku cari dalam diri bakal pasangan. Antaranya :
#1 - Soleh, boleh membimbing
Aku suka tengok lelaki yang soleh, baik dan budiman. Aku rasa semua orang nak lelaki yang soleh, kan? Tapi biasanya orang akan kata lelaki soleh ni akan dikaitkan dengan pak ustaz. Actually, aku bukan mencari seorang ustaz untuk dijadikan suami, cuma memerlukan seseorang lelaki biasa yang boleh membimbing aku dan anak-anak ke syurga. Siapa tak simpan angan-angan nak masuk syurga bersama insan tersayang, kan? Lelaki ni walaupun tidak berpenampilan dengan kopiah or serban di kepala, tapi kalau dia tahu selok-belok agama dengan baik, sembahyang, mengaji dan ada kemahuan untuk solat jemaah dengan anak bini, itu pun dah cukup bagi aku. Sebab kalau boleh one day aku nak tengok suami aku mengajar anak-anak dia mengaji, sembahyang dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan agama.
#2 - Rupa paras sekadar sedap mata memandang.
Aku suka lelaki ada rupa sekadar sedap mata memandang dan rupa paras sederhana, sekadar ada senyuman yang boleh menyejukkan mata dan hati. Aku memang tak berapa nak berkenan dengan lelaki yang ada rupa sangat. Aku suka tengok lelaki yang hensem, tapi untuk dijadikan sebagai teman hidup tu memang kalau boleh nak elakkan. Bukan apa, mostly lelaki yang aku jumpa yang ada rupa suka syok sendiri rasa diri tu hensem sangat. Biasalah, ada perempuan nak, kan? Bukan itu je, kalau ada suami hensem ni susah sebab mudah untuk dikebas oleh orang nanti.
#3 - Sederhana, sekadar lelaki biasa.
Sebenarnya aku suka lelaki biasa, sederhana. Lelaki sederhana yang aku maksudkan ni lelaki yang biasa daripada segi penampilan, pekerjaan, kewangan dia dan sebagainya. Ada kawan-kawan lelaki aku anggap perempuan mostly nak kejar lelaki yang berduit. Tapi bukan itu yang aku cari daripada pasangan hidup aku. Kalau boleh aku nak hidup sederhana dengan dia. Kalau boleh pekerjaan dia pun cukup hanya seorang guru jugak macam aku. Duit tak penuh poket pun takpe, asalkan cukup untuk bagi anak bini dapat makan sesuap nasi, hidup selesa dan cukup mana yang penting. Alah, dapat orang lelaki kerja kampung pun aku tak kisah. Bukan apa, kalau banyak duit tapi selalu tiada di rumah pun susah juga, sebab anak-anak nak membesar perlukan seorang bapa di samping mereka. Takkan aku nak lihat anak-anak aku membesar dalam keadaan bapa yang sering tiada di rumah.
#4 - Penyayang, memahami dan matang.
Hati perempuan macam aku ni cuma perlukan lelaki yang memahami, sayang diri aku sepenuh hati, ambil berat pasal aku dan boleh faham isi hati aku. Kalau boleh lelaki yang budiman sangat dan berlemah lembut bila bercakap dengan aku. Aww~ Aku memang perlukan seseorang yang boleh SANGAT memahami aku, sebab aku ni seorang yang agak kompleks dari segi pemikiran dan tingkah laku. Susah nak baca perangai aku ni. Kalau boleh si dia tu memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi, sebab aku ni spesis manusia yang cepat terasa even the smallest thing pun akan buat aku cepat terasa dan cepat merajuk. Kalau boleh nak sangat bakal husband yang ada kemahiran memujuk. Kalau dapat seseorang yang sangat romantik pun best! Dalam paling penting, dia boleh sayang dan terima seadanya diri aku tanpa complain sikit pun. Kiranya, dia perlu bersikap bijak dan matang dalam menangani isteri macam aku.
#5 - Tidak Merokok
Ini syarat wajib sebenarnya, si dia mesti atau memang bukan perokok yang tegar. Aku tak suka lelaki yang merokok sebab aku tidak tahan dengan bau asap rokok, sebab boleh buat aku rasa macam nak sesak nafas. Tidaklah teruk sangat sesak nafas tu, tapi memang spesis yang tidak boleh terima bau rokok tu. Aku pun taknak anak-anak aku melihat perilaku abah dia yang kuat merokok, sebab takut dan risau menjadi ikutan. Aku taknak anak-anak aku akan jadikan abah dia sebagai satu alasan untuk dia merokok dan akan pertikaikan kalau abah dia boleh merokok, kenapa dia tak boleh? Oh my. :(
#6 - Mempunyai ideologi yang sama
Aku sebenarnya meletakkan harapan yang tinggi dalam mencari seseorang yang mempunyai idealogi yang sama dengan aku. Aku suka bercakap pasal politik sebenarnya, walaupun tidak mahir atau tidak bijak. Jika dapat seseorang yang berkongsi idealogi yang sama merupakan sesuatu yang sangat epic la bagi aku. Susah nak jumpa seseorang yang berkongsi perkara macam ni secara bersama. Aku ni bukanlah nak bersuamikan seorang fanatik politik, tetapi seorang yang boleh berbincang politik secara matang tanpa memberatkan mana-mana pihak.
Sekian sahaja penulisan untuk hari ini. Wassalam.
December 30, 2013
Perihal Mereka yang Suka Mengata
Bila kita dibesarkan dan didik dalam satu suasana yang berbeza, maka pembawaan diri kita juga antara setiap individu tak sama. Maka kita akan jumpa pelbagai jenis manusia yang berbeza dengan kita. Yang jadi masalah bila ada manusia tak boleh terima diri kita yang mungkin jalan senget, kengkang, mungkin cara ketawa tu macam orang tak cukup nafas, mungkin cara berpakaian tak cukup up-to-date atau macam orang tua dan macam-macam lagi.
Kita kena kenal diri kita sebaik-baiknya, mana ada manusia yang sempurna. Kadang-kala orang yang mengata tu mungkin tidak sedar bahawa diri dia sendiri pun ada kelemahan tu kerana terlalu sibuk pandang kelemahan orang lain. Bila kita melihat kelemahan orang lain dengan rasa penuh benci dan pandang rendah, kita pada hakikatnya seolah-olah pandang rendah pada diri kita yang ada kelemahan.
Tambahan lagi, bila kita gagal menerima kelemahan orang lain, pada masa yang sama juga kita gagal menerima kelemahan kita. Which means, orang yang suka mengata itu sebenarnya ada self-esteem yang rendah. Untuk tutup kelemahan dia, dia mengata orang lain so that orang tidak fokus pada dia tapi difokus pada orang yang dimengata itu.
This thing never shows you're a better person, sebaliknya kita mempamerkan kelemahan kita yang lebih banyak, iaitu suka mengata orang, tahap ego yang tinggi dan membangga diri. Orang yang rendah diri tidak akan sibuk menjaja kelemahan orang lain sebab dia sendiri tahu kelemahan yang ada pada dirinya. Jadi, kenapa perlu sibuk nak mengata kelemahan orang lain?
Beginilah, cubalah belajar terima kelemahan orang lain. Kalau kelemahan dia itu boleh merosakkan hubungan sesama manusia, maka tegurlah secara berhikmah. Guna perkataan yang baik dan janganlah mudah menghukum dia. Sebabnya mengubah sesuatu yang telah menjadi habit atau rutin dalam diri seseorang itu bukan ambil masa sehari dua, tapi berbulan-bulan dan mungkin bertahun.
Dan jika kelemahan dia adalah fizikal dia, maka bantulah dia sama ada dikuruskan atau ditambahkan berat badannya. Jika tidak mampu membantu, berilah sokongan motivasi instead mengata dia. Kalau kita mengata, apa yang kita dapat sebenarnya? Tiada apa-apa cuma merugikan diri sendiri. Dosa pun dapat, orang pun tidak akan suka pada kita.
So, for those yang pernah dimengata dan banyak kali dimengata hanya kerana beberapa kejahilan dan kekurangan kita, jangan cepat sentap dengan kata-kata manusia yang minda tertutup. Jikalau boleh secara perlahan-lahan perbaiki diri dan kelemahan kita. Jika kelemahan itu diatasi, maka kita juga yang untung, bukan orang lain.
Jika kelemahan itu tidak boleh diatasi atas sebab kelemahan sejak lahir, maka terima dengan hati yang redha. Kelemahan yang diperolehi dan diberi olehNya bukan satu alasan bagi manusia untuk tidak boleh berjaya. Kerana kejayaan seseorang itu tidak bergantung kepada kesempurnaan dia secara fizikal, tetapi kekuatan dia menangkis setiap tomahan, kritikan dan semangat tidak kenal putus asa. Itulah kekuatan dan kehebatan sebenar bagi seorang manusia.
Sekian sahaja coretan daripadaku dan wassalam.
December 14, 2013
Terima kasih
"Orang dah tolong penat-penat, sepatah ayat terima kasih pun tak cakap!"
Saat itu jika hendak makan dalam, terpulanglah kepada hak individu. Biasanya jika aku terlupa untuk ungkapkan perkataan terima kasih, sudah jadi perkara biasa jika terkena juga dengan ayat perli-memerli ni. Kelakar juga bila kenang balik entah macam mana aku boleh lupa berterima kasih dengan kawan aku tu. Mungkin otak tengah serabut, jadi semua benda boleh lupa.
Tapi hendak dipendekkan cerita, penting sebenarnya kita berterima kasih kepada orang ini. Bukan apa, ianya salah satu cara kita menghargai sesuatu usaha atau pertolongan yang diberikan oleh orang kepada kita. Bila orang sudah berbudi, maka kita berbahasa. Lagipun, budaya berterima kasih ini adalah budaya yang baik dan patut diamalkan. Ianya juga sebagai tanda kita beradab dengan orang yang sudah membantu.
Selain itu, biasanya jika ada pekerja restoran yang kutip pinggan kotor atas meja pun aku akan ucapkan terima kasih kepada orang tu. Bukan apa, jika kita hargai usaha mereka untuk buat sesuatu kerja, mungkin mereka lebih bermotivasi untuk buat sesuatu kerja tu dengan lebih baik, kan?
December 11, 2013
Drawing Tablet Bamboo Fun : Percubaan Melukis
![]() |
| Melukis menggunakan tablet lukisan Banboo Fun - Percubaan kali ketiga. |
"Welcome to Indie Artist World."
December 10, 2013
KEPERIHALAN DAN KEMAJUAN NEGARA JEPUN
Pulau-pulau di Jepun sebahagian besarnya adalah bergunung-ganang, dan ada sebahagian antaranya gunung berapi. Gunung Fuji merupakan gunung tertinggi di Jepun dan merupakan sebuah gunung berapi yang pendam. Jumlah penduduk bagi negara matahari terbit pula adalah sebanyak 128 juta orang, dan jumlah ini telah menjadikan negara tersebut antara 10 negara yang mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai di dunia. ![]() |
| Haruhi Suzumiya - salah satu karakter animasi Jepun. |
"Semasa saya menjadi perdana menteri dahulu, saya ingin tukarkan orang Melayu menjadi seperti Jepun tetapi beragama Islam dan menggunakan nama Melayu. Tidak akan hilang Kemelayuan seseorang itu jika mengamalkan budaya Jepun kerana kebanyakan budaya mereka berteraskan Islam." - Dr. Mahathir
- Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu mata pelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
- Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).
- Jepun walaupun salah satu negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.
- Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
- Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di“disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
- Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
- Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
- Dilarang mengunakan handphone di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”
- Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan di atas pinggan.
- Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.
![]() |
| Budaya membaca dalam kalangan masyarakat Jepun. |























