Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, Allah berikan kesempatan kepada saya untuk menulis lagi blog pada hari ini. Saya telah membaca dan meneliti komentar-komentar pembaca dalam beberapa posting saya yang kerap dibaca oleh pembaca. Ada satu perkara yang membuatkan saya rasa sebersalah sehingga sekarang iaitu saya tidak mengemas kini maklumat berkaitan dengan sebuah tempat iaitu Pos Legap.
Dalam posting saya yang lepas, saya telah membuat satu penulisan dan gambaran bahawa teruknya perjalanan ke kawasan Perkampungan Orang Asli di Pos Legap. Walhal maklumat yang saya kongsikan itu adalah maklumat 10 tahun yang lepas! Astaghfirullahazim. Saya memohon maaf sepuluh jari kepada mana-mana individu yang telah membaca blog saya jika penulisan itu telah membuatkan ada seminggu tidak lena kerana memikirkan perjalanan untuk ke sana.
Sebenarnya, kawasan Perkampungan orang asli di Sungai Siput sedang mengalami pembangunan secara fizikal dalam tempoh lima tahun dari mula saya posting 2015 sehinggalah kini. Tempoh 2 tahun yang pertama (2015-2016) adalah proses pembinaan jalan raya bertar. Dalam tempoh 2 tahun itu saya terpaksa memandu jalan tanah merah dan berselut (ketika hujan lebat) untuk menuju ke sekolah. Disebabkan keadaan jalan yang agak teruk dan jarak sekolah yang agak jauh, maka ramai guru-guru mengambil keputusan untuk tidur di kawasan sekolah.
Selepas 2 tahun, barulah jalan raya berjaya disiapkan. Selepas itu, sedikit demi sedikit pembanguan demi pembangunan giat dilaksanakan. Antara pembangunan fizikal adalah terbinanya sekolah menengah orang asli iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bawong. Sekarang (2019-kini) pula, projek pembangunan RTC sedang dijalankan bersebelahan dengan SMK Bawong dan tidak dilupakan juga adanya
Chalet Perkampungan Orang Asli di Pos Kuala Mu.
Dalam tempoh 5 tahun, banyak perubahan yang berlaku dari aspek pembangunan. Saya kepilkan beberapa gambar aktiviti merentas desa peringkat sekolah SKPL bagi menunjukkan jalan raya yang telah siap dibina.
Sekian sahaja dari saya untuk hari ni. Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)