Assalamualaikum dan salam sejahtera.
REVIEW LIPCARE : FRESH SUGAR ADVANCED THERAPY LIP BALM - Saya ingin menulis review saya mengenai produk Fresh Sugar Advance Therapy Lip Balm setelah digunakan selama 6 bulan. Bagaimana pendapat saya mengenai produk ini? Berbaloikah membeli produk ini? Berapakah rating yang saya letakkan selepas menggunakan produk ini selama 6 bulan?
Nota kaki : Ini adalah pengalaman pertama saya menulis review lipcare dan saya akan menulis dan memberikan review secara jujur dari hati kerana saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak. Saya akan memberikan pendapat yang jujur dari perspektif peribadi saya. Jika perspektif saya tidak sama dengan kalian, it's okay.
Kita kena sedia maklum bahawa penerimaan atau tindak balas sesuatu produk pada setiap badan tidak sama. Ada yang okay apabila memakai produk jenama X, manakala ada pula yang tidak boleh dan sensitif apabila memakai produk jenama X.
BAGAIMANA PENDAPAT SAYA MENGENAI PRODUK INI?
Secara peribadi, saya dapati produk ini tidak membantu saya dalam mengurangkan masalah bibir kering yang mengelupas. Saya tidak merasai apa-apa perubahan positif pada bibir selepas 6 bulan menggunakan produk ini. Saya rasa seperti memakai lip balm biasa seperti Vaselin mahun Ice yang kita boleh dapati di Watsons mahupun Guardian.
Antara faktor yang menyebabkan saya mencuba produk ini adalah kerana saya mengalami masalah bibir kering dan mengelupas yang sangat teruk sehingga berdarah-darah. Setiap hari mesti tangan saya gatal mencabut kulit-kult bibir yang mengelupas dek kerana rasa tidak selesa pada bibir. Saya telah menggunakan beberapa produk lain dan antara produk yang saya gunakan adalah Fresh Sugar Lip Balm Therapy.
Saya terdetik menggunakan pelembab bibir ini pun atas rekomendasi daripada salah seorang Youtuber kecantikan yang agak dikenali.Youtuber itu mengatakan bahawa dia mempunyai masalah bibir mengelupas yang teruk dan setelah menggunakan produk tersebut, dia mendapati terdapat perubahan positif pada bibirnya. Bunyi sangat convincing, maka saya pun cubalah membeli produk bibir itu dengan harapan semoga dapat menyelesaikan masalah bibir mengelupas yang teruk ni.
BERBALOIKAH MEMBELI PRODUK INI?
Namun, selepas saya membeli dan mencubanya selama 6 bulan, saya rasa tidak berbaloi mengeluarkan duit yang banyak untuk membeli produk yang mahal ini pada masa akan datang. Bukan apa, hampir setiap hari saya memakai pelembab bibir ini dan masalah kulit kering mengelupas itu hanya dapat diselesaikan pada satu tempoh masa yang singkat sahaja.
Bibir saya tidak mengelupas jika saya memakainya. Namun, jika saya tidak memakainya, masalah itu akan timbul semula. Seolah-olah saya perlu bergantung dengan produk itu dan perlu memakainya dengan kerap iaitu sebanyak 3 kali sehari atau lebih jika saya tidak mahu kulit bibir saya mengelupas. Dari situ saya sudah mula rasa annoying.
BERAPAKAH RATING YANG SAYA BERIKAN KEPADA PRODUK INI?
Saya memberikan 3 bintang untuk produk ini. Produk ini masih mempunyai fungsi yang relevan sebagai pelembap bibir namun jika kalian mahu mencari produk yang konsisten melembapkan bibir tanpa perlu memakainya dengan kerap, ini bukanlah produk yang kalian cari.
Itu sahaja perkongsian review saya mengenai Fresh Sugar Advance Therapy Lip Balm. Kalian boleh berkongsi mahupun menyatakan pendapat kalian di dalam ruangan komen mengenai pengalaman anda menggunakan produk ini.
Sekian dan wassalam.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)