Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dulu pernah ada seorang sahabat ni pernah tanya aku ciri-ciri lelaki idaman aku. Aku senyap je masa tu, sebab aku pun tidak pasti ciri-ciri lelaki yang aku suka. Kebanyakkan kawan-kawan aku mesti akan bertanya benda-benda macam ni. Tak tahu pasal apa. Ada juga yang anggap orang macam aku hanya tertarik dengan lelaki yang ada rupa, ada duit, ada pangkat. Walhal, bukan benda tu yang aku cari daripada bakal pasangan aku.
Apa-apa pun berikut merupakan ciri-ciri yang aku cari dalam diri bakal pasangan. Antaranya :
#1 - Soleh, boleh membimbing
Aku suka tengok lelaki yang soleh, baik dan budiman. Aku rasa semua orang nak lelaki yang soleh, kan? Tapi biasanya orang akan kata lelaki soleh ni akan dikaitkan dengan pak ustaz. Actually, aku bukan mencari seorang ustaz untuk dijadikan suami, cuma memerlukan seseorang lelaki biasa yang boleh membimbing aku dan anak-anak ke syurga. Siapa tak simpan angan-angan nak masuk syurga bersama insan tersayang, kan? Lelaki ni walaupun tidak berpenampilan dengan kopiah or serban di kepala, tapi kalau dia tahu selok-belok agama dengan baik, sembahyang, mengaji dan ada kemahuan untuk solat jemaah dengan anak bini, itu pun dah cukup bagi aku. Sebab kalau boleh one day aku nak tengok suami aku mengajar anak-anak dia mengaji, sembahyang dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan agama.
#2 - Rupa paras sekadar sedap mata memandang.
Aku suka lelaki ada rupa sekadar sedap mata memandang dan rupa paras sederhana, sekadar ada senyuman yang boleh menyejukkan mata dan hati. Aku memang tak berapa nak berkenan dengan lelaki yang ada rupa sangat. Aku suka tengok lelaki yang hensem, tapi untuk dijadikan sebagai teman hidup tu memang kalau boleh nak elakkan. Bukan apa, mostly lelaki yang aku jumpa yang ada rupa suka syok sendiri rasa diri tu hensem sangat. Biasalah, ada perempuan nak, kan? Bukan itu je, kalau ada suami hensem ni susah sebab mudah untuk dikebas oleh orang nanti.
#3 - Sederhana, sekadar lelaki biasa.
Sebenarnya aku suka lelaki biasa, sederhana. Lelaki sederhana yang aku maksudkan ni lelaki yang biasa daripada segi penampilan, pekerjaan, kewangan dia dan sebagainya. Ada kawan-kawan lelaki aku anggap perempuan mostly nak kejar lelaki yang berduit. Tapi bukan itu yang aku cari daripada pasangan hidup aku. Kalau boleh aku nak hidup sederhana dengan dia. Kalau boleh pekerjaan dia pun cukup hanya seorang guru jugak macam aku. Duit tak penuh poket pun takpe, asalkan cukup untuk bagi anak bini dapat makan sesuap nasi, hidup selesa dan cukup mana yang penting. Alah, dapat orang lelaki kerja kampung pun aku tak kisah. Bukan apa, kalau banyak duit tapi selalu tiada di rumah pun susah juga, sebab anak-anak nak membesar perlukan seorang bapa di samping mereka. Takkan aku nak lihat anak-anak aku membesar dalam keadaan bapa yang sering tiada di rumah.
#4 - Penyayang, memahami dan matang.
Hati perempuan macam aku ni cuma perlukan lelaki yang memahami, sayang diri aku sepenuh hati, ambil berat pasal aku dan boleh faham isi hati aku. Kalau boleh lelaki yang budiman sangat dan berlemah lembut bila bercakap dengan aku. Aww~ Aku memang perlukan seseorang yang boleh SANGAT memahami aku, sebab aku ni seorang yang agak kompleks dari segi pemikiran dan tingkah laku. Susah nak baca perangai aku ni. Kalau boleh si dia tu memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi, sebab aku ni spesis manusia yang cepat terasa even the smallest thing pun akan buat aku cepat terasa dan cepat merajuk. Kalau boleh nak sangat bakal husband yang ada kemahiran memujuk. Kalau dapat seseorang yang sangat romantik pun best! Dalam paling penting, dia boleh sayang dan terima seadanya diri aku tanpa complain sikit pun. Kiranya, dia perlu bersikap bijak dan matang dalam menangani isteri macam aku.
#5 - Tidak Merokok
Ini syarat wajib sebenarnya, si dia mesti atau memang bukan perokok yang tegar. Aku tak suka lelaki yang merokok sebab aku tidak tahan dengan bau asap rokok, sebab boleh buat aku rasa macam nak sesak nafas. Tidaklah teruk sangat sesak nafas tu, tapi memang spesis yang tidak boleh terima bau rokok tu. Aku pun taknak anak-anak aku melihat perilaku abah dia yang kuat merokok, sebab takut dan risau menjadi ikutan. Aku taknak anak-anak aku akan jadikan abah dia sebagai satu alasan untuk dia merokok dan akan pertikaikan kalau abah dia boleh merokok, kenapa dia tak boleh? Oh my. :(
#6 - Mempunyai ideologi yang sama
Aku sebenarnya meletakkan harapan yang tinggi dalam mencari seseorang yang mempunyai idealogi yang sama dengan aku. Aku suka bercakap pasal politik sebenarnya, walaupun tidak mahir atau tidak bijak. Jika dapat seseorang yang berkongsi idealogi yang sama merupakan sesuatu yang sangat epic la bagi aku. Susah nak jumpa seseorang yang berkongsi perkara macam ni secara bersama. Aku ni bukanlah nak bersuamikan seorang fanatik politik, tetapi seorang yang boleh berbincang politik secara matang tanpa memberatkan mana-mana pihak.
Sekian sahaja penulisan untuk hari ini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)