W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

June 13, 2021

SUSUN ATUR RUANG TAMU, RUANG MAKAN DAN DAPUR RUMAH DENGAN HOMESTYLER

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gambar ruang keseluruhan

Pada hari ini saya mahu berkongsi hasil reka bentuk dalaman ruang dapur,ruang makan dan ruang tamu menggunakan Homestyler. Saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menghasilkan reka bentuk dalaman ini. Asalnya, saya ingin menghasilkan dekorasi rumah berkonsepkan midcentury dan minimalist. 

Namun, saya sendiri pun tidak pasti sama ada idea saya dalam menghasilkan konsep tersebut memenuhi kriteria kerana saya bukanlah individu yang mahir dalam reka bentuk dalaman. Saya hanya mampu menghasilkan reka bentuk dalam berkonsepkan midcentury dan minimalist berdasarkan pemerhatian saya di dalam Pinterest.


Ruang Tamu


Ruang Makan

Ruang dapur 

Ruang tangga masih kosong kerana mahu rumah yang ringkas dan tidak terlalu banyak perabot dan hiasan dalaman.


Untuk gambar yang terakhir, kalian perasan atau tidak bahagian tangga tu tiada penghadang tepi? Okay, alkisahnya sebab saya masih dalam proses belajar menggunakan aplikasi Homestyler ini. Senang cerita, saya tidak tahu membina penghadang tepi tangga menggunakan aplikasi Homestyler ini. Saya bukanlah individu yang mahir menggunakan software 3D, maka saya masih memerlukan pembelajaran daripada golongan yang mahir.

Sekian sahaja daripada saya. Wassalam.

1 comment:

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)