W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

June 8, 2021

CARA BUANG MANUSIA TOKSIK DARIPADA HIDUP AGAR LEBIH BAHAGIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Image by PikWizard

Hari ini saya terdetik untuk menulis mengenai manusia yang kita perlu buang dari hidup kita. Antara penyebab utama saya menulis mengenai tajuk ini adalah kerana adik saya telah menghubungi saya melalui Whatsapp untuk bertanyakan tentang hal ini. Daripada perbualan itu, saya mendapati bahawa salah seorang daripada rakan serumah tidak menyukainya. Dia terus mengajukan soalan kepada saya;


"kenapa ada orang akan tidak suka kita tanpa sebab? Apa salah silap kita pada dia walhal kita tidak pernah pun bercakap dengan dia?"


Saya acap kali juga menujukan soalan yang sama kepada diri saya beberapa tahun lepas. Saya tidak tahu kenapa ada manusia yang tidak suka saya walhal saya sendiri jarang pula bersembang mahupun bertemu dengan manusia ini. Kadang-kala perkara ini buat saya rasa serabut sebab memikirkan di mana silap kita kepadanya agar kita boleh memulihkan keadaan.

Namun, apabila masuk 30-an ni, saya mula menukar cara pemikiran dan perspektif terhadap kehidupan. Terdapat beberapa soalan yang saya akan bertanyakan kepada diri sendiri jika bertemu dengan manusia seperti ini. Antaranya :

1) Adakah mereka kawan  / ahli keluarga yang RAPAT dengan saya? (YA / TIDAK)

2) Adakah mereka PENTING dalam hidup saya? (YA / TIDAK)

3) Apakah kata-kata manusia ini memberikan kebaikan dalam hidup saya? (YA/ TIDAK)

4) Adakah ketidakhadiran mereka mengganggu urusan hidup saya? (YA / TIDAK)

5) Adakah mereka menghormati pilihan saya dan diri saya? (YA / TIDAK)

6) Adakah mereka berterus terang dengan saya? (YA / TDAK)


Soalan-soalan ini saya kerap bertanyakan kepada diri sendiri apabila berjumpa dengan manusia seperti ini. Jika semua jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah 'TIDAK', maka saya akan menganggap manusia yang mengata dan menghina saya adalah manusia yang TIDAK PENTING

Jika manusia yang tidak menyukai kita merupakan individu yang tidak penting dalam hidup, maka kita tidak perlulah membazir tenaga dan menyesakkan kepada untuk memikirkan masalah mereka. Mereka sendiri yang memilih untuk tidak menyukai kita. Mereka sendiri memilih untuk ada vibe negative dalam diri mereka. Maka itu adalah di luar kawalan kita. Perkara luar kawalan ini kita biar sahaja Allah yang settlekan. 

Saya tidak akan membenarkan diri saya terpengaruh mahupun terkesan dengan apa-apa kenyataan daripada individu toksik. Jika kehadirannya memberikan lebih banyak keburukan, maka saya akan terus buang manusia ini daripada kehidupan saya. Saya akan melihat dia sebagai individu yang TIDAK PENTING dalam hidup. 

Salah satu sebab saya ada pemikiran seperti ini adalah apabila saya melihat Rasulullah SAW dan kehidupan baginda sebagai satu contoh. Pertama sekali, Nabi Muhammad merupakan seorang nabi yang maksum, mulia malah dikagumi dalam sejarah tokoh dunia. Allah sentiasa bersama dengan nabi. Persoalannya, mengapa seorang tokoh lelaki yang hebat, mulia, maksum dan membawa kebenaran tetapi masih ditentang dan dibenci? 

Nabi Muhammad pun diuji oleh Allah. Maka siapa pula saya, manusia yang banyak dosa, mahu mempersoalkan mengapa terdapat sesetengah orang tidak suka saya tanpa sebab? Dalam hidup ini, kita tidak berdaya untuk mengawal dan mempengaruhi manusia. Hati manusia ini adalah milik Allah dan jika hati manusia itu berubah, itu semua adalah kehendak Allah. 

Apa yang kita mampu buat adalah untuk buat yang terbaik dalam hidup dengan cuba menjaga silaturrahim antara manusia sekeliling. Dan paling penting, kita perlu melatih diri untuk melihat manusia sekitar kita sebagai "nothingness". Jika perbuatan baik aku dibalas dengan najis dan batu, maka kita perlu melatih diri untuk berlapang dada dan menerimanya.


Photo by Madison Inouye from Pexels


Kita perlu ada mindset perbuatan baik kita semata-mata hanya untuk Allah dan mengharapkan kebaikan daripadaNya. Kita perlu mengelakkan mempunyai apa-apa expectation daripada manusia kerana manusia itu sifatnya alpa dan banyak kekurangan. Meletakkan expectation kepada hamba Allah yang lemah hanya akan menjadikan kita lebih kecewa dan sedih sepanjang masa. 

Konklusi daripada penulisan saya pada hari ini adalah :

1- Tidak meletakkan apa-apa expectation terhadap manusia atau hamba Allah kerana mereka banyak kelemahan.

2 - Jauhkan diri atau buang manusia yang toksik untuk menjaga diri daripada lembah kebinasaan atau gangguan emosi yang lebih teruk.

3 - Kita perlu tahu SELF WORTH dan meletakkan diri kita sebagai individu yang PENTING. Sayangi diri sediri dan jaga diri sendiri.

4 - Jika manusia tidak menghormati kita, maka kita ada hak untuk mengganggap mereka TIDAK PENTING dan keluar daripada kelompok itu.

5 - Manusia yang suka mengata rakan-rakan di belakang mereka bukanlah manusia yang layak dibuat sebagai rakan. Manusia hipokrit dan talam dua muka tidak .wajar dijadikan teman setia.

6 - Buang manusia yang suka bergossip kerana mereka gemar menjaja cerita demi kepentingan diri dan keseronokkan diri. 


Itu sahaja penulisan saya pada hari ini. Sekian dan wassalam.

1 comment:

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)