W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

October 7, 2021

CHECKLIST BARANG BERSALIN YANG PERLU DIBAWA KE HOSPITAL PADA MUSIM PKP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari saya mahu berkongsi dengan pembaca mengenai barang kelengkapan yang perlu dibawa oleh para ibu diluar sana untuk dibawa ke hospital pada musim PKP. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, senarai yang telah saya lampirkan dalam penulisan kali ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi ibu-ibu yang telah bersalin pada musim PKP. 

Saya tidak menulis berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri kerana saya masih belum bersalin dan akan bersalin pada pertengahan bulan Oktober ini. Saya berharap segalanya proses bersalin nanti dipermudahkan oleh Allah dan berjalan dengan baik. Saya mendoakan semoga urusan ibu-ibu di luar sana dipermudahkan dan dapat bersalin dengan selamat.



Gambar 1 

Gambar 1 di atas merupakan beg yang telah saya kemas dalam beberapa bulan lepas. Saya bercadang untuk membawa beg tarik dan beg galas ke hospital.  Manakala beg tarik pula saya mengisi segala keperluan anak dan ibu ketika berada di dalam wad. Beg ini saya telah simpan di dalam kereta lebih awal.

KEPERLUAN IBU DAN ANAK DALAM BEG GALAS


Gambar 2 di bawah pula adalah barang-barang yang telah saya susun dan masukkan ke dalam beg galas. Beg galas akan diisi barang-barang yang diperlukan semasa pendaftaran dan di dalam bilik bersalin nanti.


Gambar 2


#1 BUKU ATENATAL / BUKU PINK

Buku ni WAJIB bawa jika mahu bersalin di hospital dan jangan tertinggal buku ini di rumah. Buku ni memang naya jika ibu tidak bawa kerana ianya mengandungi semua rekod penting tentang ibu dan anak sepanjang tempoh kehamilan. Doktor di hospital akan baca dan rujuk buku tersebut untuk mengetahui sejarah kehamilan anda seandainya anda mempunyai risiko komplikasi semasa bersalin.

#2 DOKUMEN PENTING
A) Kad pengenalan atau passport - Jangan lupa bawa kad pengenalan. Sila bawa passport jika anda bukan warganegara Malaysia.

B) Surat jaminan atau Guarantee Letter (GL) - surat ini pun perlu dibawa. Untuk kakitangan kerajaan, anda boleh download apps MyHRMISMobile untuk dapatkan surat jaminan ini dalam bahagian eGL. Saya telah cetak terus surat ini daripada aplikasi ini menggunakan mesin pencetak (printer) yang mempunyai sambungan wifi.

C) Sijil nikah atau kad nikah - Saya telah menyediakan salinan sijil nikah kerana saya tidak mempunyai kad nikah. Secara jujur saya tidak pasti sama ada ianya diperlukan atau tidak semasa berada di hospital nanti (lupa sebenarnya haha). Tapi saya masih membawa dokumen ini sekiranya nanti pihak hospital memintanya.

Nota tambahan : Semua dokumen ini saya telah simpan siap-siap di dalam plastik ziplock bagi tujuan memudahkan ketika proses pendaftaran nanti. Tidak perlu bersusah-payah mencari dalam beg kerana kita hanya terus semua dokumen yang diperlukan dalam satu beg plastik ziplock terus.


#3 TELEKUNG & SEJADAH TRAVEL

Senang dibawa dan mudah disimpan kerana saiznya yang kecil. Selain itu, ianya menjimatkan ruang dan dapat mengurangkan penggunaan beg ketika berada di hospital. Anda masih wajib solat selagi anda masih belum bersalin. Berdasarkan pengalaman saya yang lepas, dalam keadaan contraction pun saya masih sempat solat.


#4 POWERBANK & PENGECAS PHONE

Pengecas phone dan powerbank ini penting juga dibawa oleh ibu kerana setengah hospital kerajaan tidak membenarkan pesakit mengecas phone di dalam wad. Kepala pengecas boleh dibawa dan digunakan sekiranya hospital tempat anda membenarkan ibu mengecas phone di dalam wad.


#5 BABY WIPES

Disebabkan bayi baru lahir kerap membuang air besar dan kencing, jadi ibu boleh bawa maksimum 2 bungkus baby wipes.


#6 BARANG LABOUR ROOM 

Keperluan dewan bersalin pula adalah barang yang akan diminta oleh jururawat yang bertugas untuk dipakaikan/digunakan oleh anak dan anda setelah selesai proses bersalin di dalam bilik bersalin. Antaranya ialah :
A) Baju dan seluar (1 pasang) 
B) Bedung (1 helai)
C) Sarung kaki (1 pasang ) dan tangan (1 pasang )
D) Pampers (1 helai )
E) Seluar dalam / Seluar dalam pakai buang
F) Maternity pad

 

#7 PLASTIK BAJU KOTOR

Sekiranya anda mempunyai kain tuala yang basah atau kotor dek terkena muntah atau najis bayi, plastik baju kotor yang dibawa dapat memudahkan anda membawa kain tuala yang basah.


#8 PELITUP MUKA / FACE MASK

Anda perlu membawa pelitup muka ke hospital pada musim covid memerlukan ibu-ibu menjaga keselamatan diri mereka dengan memakai penutup muka sepanjang berada di dalam wad.


#9 YASSIN

Pengalaman kelahiran lepas, saya tidak bawa Yassin ke hospital. Disebabkan ada sepupu yang berkerja sebagai misi di sana, dia telah meminjamkan yassin miliknya kepada saya dan katanya yassin ini perlu diletakkan di sisi bantal untuk dijadikan sebagai peneman.


#10 PLASTIK PAMPERS / DIAPER PLASTIC

Plastik pampers atau diaper plastic ini bukanlah keperluan wajib yang perlu dibawa ke hospital. Saya membawa plastik pampers ini agar memudahkan saya membuang pampers dan wipes kotor ketika membersihkan najis anak di katil hospital nanti. 


#11 HAND SANITIZER

Anda perlu membawa hand sanitizer ke hospital pada musim covid. Tambah apabila bayi yang baru lahir mempunyai imuniti yang masih lemah, maka ibu perlu kerap membersihkan tangan dengan bersih supaya tidak membawa kuman kepada bayi.



KEPERLUAN IBU DALAM BEG TARIK

Gambar 3 di bawah pula adalah barang-barang keperluan ibu yang telah saya susun dan masukkan ke dalam beg tarik atau istilah lainnya adalah beg luggage. Beg tarik ini saya akan mengisinya dengan barang-barang yang diperlukan ketika berada di dalam wad.

Gambar 3

#1 PORTABLE BIDET

Portable bidet ni saya ada bawa ke hospital. Berdasarkan hasil pembacaan saya dalam kelab ibu anak di Facebook serta bertanyakan kepada orang, mereka akan menyarankan membawa portable bidet ini ke hospital. Portable bidet dapat membantu ibu membasuh kawasan yang luka selepas bersalin dengan lebih selesa.

#2 TUALA MANDI
Pihak hospital tidak menyediakan tuala, maka anda perlu membawa sendiri dari rumah.


#3 DISPOSIBLE PANTIES / SELUAR DALAM PAKAI BUANG

Beli seluar dalam pakai buang kerana ianya dapat memudahkan anda ketika berada di dalam wad. Selepas guna boleh terus buang ke dalam tong sampah dan jika anda bersalin secara pembedahan, pemakaian seluar dalam biasa akan menyakitkan anda.


#4 MATERNITY PAD

Anda perlu membawa maternity pad ke hospital. Sebaiknya, pakailah awal-awal dari rumah kerana dikhuatiri berlakunya air ketuban pecah atau pendarahan ketika berada di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke hospital. Nasihat ini saya dapat daripada misi yang telah menjaga saya.


#5 NURSING PAD

Anda perlu menyediakan nursing pad kerana pemakaian nursing pad dapat mengelakkan pakaian anda daripada basah disebabkan pengeluaran susu.


#6 PEKAKAS MANDI

Antara alat pekakas mandi yang saya bawa ialah sabun, syampu, ubat gigi, berus gigi, sikat, pencuci muka, deodorant dan pelembab muka dan bibir. Bagi menjimatkan ruang beg, anda hanya perlu membeli botol plastik kecil yang khusus untuk travel dan isi sahaja semua sabun, syampu, pencuci muka ke dalam botol kecil itu. Semua peralatan ini saya simpan di dalam beg yang boleh gantung di dalam bilik air nanti. 

Nota tambahan : Saya membawa pelembab muka dan bibir kerana saya mempunyai masalah kulit kering dan bibir kering. Deodorant pula akan jadikan saya lebih selesa jika pakai kerana khuatir juga kalau tidak pakai nanti badan berbau.


#7 SWEATER

Bawalah baju sejuk atau sweater ke hospital kerana terdapat sesetengah ibu akan mudah berasa sejuk dengan suhu persekitaran selepas melahirkan anak, terutamanya ketika hari hujan atau pada waktu malam. 


#8 PAKAIAN PULANG KE RUMAH & DALAM WAD

Saya telah memasukkan beberapa barang ibu di dalam ziplock dan ianya adalah pakaian dan barang-barang yang saya akan gunakan ketika berada di dalam wad dan untuk pulang ke rumah. Antaranya adalah :
A) Tshirt / blouse nursing lengan panjang ( 1 helai )
B) Skirt labuh / seluar (1 helai) 
C) Sarung kaki / stoking (1 pasang ) - Ada setengah ibu, badan mereka akan mudah berasa sejuk selepas bersalin. Sebaiknya, bawalah stoking untuk mengelakkan kesejukkan.
D) Pakaian dalam / nursing bra ( 3 helai ) - Sebaik sahaja anda melahirkan bayi, anda perlu menyusukan bayi anda. Dengan pemakaian nursing bra, ianya akan dapat memudahkan proese penyusuan. Disarankan bawa sebanyak 3 helai (maksimum) kerana jika anda bersalin secara ceaser, anda perlu duduk di hospital selama 3 hari. 
E) Seluar dalam / Seluar dalam pakai buang (2 helai ) 
F) Tudung sarung - Pemakaian sarung memudahkan anda di dalam wad nanti. Anda tidak perlu melilit selendang. Jika terdapat doktor lelaki membuat rondaan melawat pesakit dari katil ke katil, anda hanya perlu sarung sahaja tudung di kepala anda. 
G) Minyak panas - Minyak panas perli dibawa sekiranya anda berasa lenguh-lenguh badan dan berasa sejuk selepas bersalin. Pastikan anda tidak sapu di luka pembedahan. 

 H) Kain batik - Saya membawa kain batik untuk digunakan ketika pulang ke rumah nanti. Jika saya tidak selesa memakai skirt labuh selepas bersalin, sekurang-kurangnya kain batik yang dibawa boleh menggantikan skirt tersebut.


KEPERLUAN ANAK DALAM BEG TARIK

Gambar 4 di bawah pula adalah barang-barang keperluan anak / bayi yang telah saya susun dan masukkan ke dalam beg tarik. Beg tarik ini saya akan mengisinya dengan barang-barang yang bayi saya perlukan ketika berada di dalam wad.


Gambar 4

#1 BAJU DAN SELUAR

Saya membawa 3 pasang baju bayi sahaja. Pengalaman bersalin anak pertama di hospital kerajaan dulu, jika anda bersalin secara normal, keesokkan harinya anda sudah boleh discharge dari wad. Manakala jika anda bersalin secara pembedahan pula, pihak hospital akan tahan anda selama 3 hari. Jumlah baju yang saya bawa adalah berdasarkan tempoh masa maksimum ibu dan anak berada di hospital.

Nota tambahan : Seingat saya, jururawat hanya akan mandikan anak kita sehari sekali sahaja. Walaupun saya pernah membawa pakaian tambahan bayi, staff hospital akan memakaikan pakaian hospital kepada anak. Pakaian hospital akan memudahkan pihak doktor membuka baju anak untuk cek kesihatan anak kita di dalam wad nanti.


#2 BEDUNG

Bedung ni antara perkara wajib untuk dibawa oleh ibu di dalam wad. Kalau ibu mahu anak tidur dengan lebih nyenyak, gunakanlah bedung. Di shoppe banyak jual bedung bayi dan sebaiknya pilih bedung yang saiznya besar dalam 120cm x 110cm. Jika beli saiz kecil, ibu akan rasa susah untuk membedung anak dengan kemas.


#3 BARUT

Ada yang kata perlu bawa barut dan ada yang kata tidak perlu bawa barut ke hospital. Bagi saya, jika ibu risau anak kembung dan perut masuk angin, bawalah barut ke hospital.


#4 MINYAK TELON

Sama kes macam barut, jika ibu risau anak kembung dan perut masuk angin, bawalah minyak telon ke hospital.


#5 SARUNG KAKI DAN TANGAN

Sarung kaki dan tangan ini penting untuk dibawa untuk mengelakkan anak sejuk. Pemakaian sarung tangan juga dapat elakkan anak mencakar muka sendiri. Saya telah sediakan 3 pasang. 


#6 TOPI 

Saya hanya membawa 1 helai sahaja untuk digunakan semasa pulang ke rumah nanti sahaja.


#7 PAMPERS / DIAPER / LAMPIN PAKAI BUANG

Saya telah menyediakan lebih kurang 15 helai lampin pakai buang. Ibu-ibu boleh membawa lampin lebih kerana bayi yang baru lahir akan kerap berak dan kencing.


#8 TUALA MANDI

Tuala mandi perlu dibawa sekiranya tiba-tiba pampers bayi bocor dan ibu mahu mandikan/bersihkan anak daripada najis di dalam tandas.


#9 TUALA KECIL

Ibu boleh bawa ke hospital untuk memudahkan ibu mengelap muntah anak, kencing mahupun najis anak.


#5 CHANGING PAD 

Changing pad ini dijadikan alas sekiranya pampers anak terbocor, paling kurang najis tersebut tidak terkena pada tilam.


BARANG MAKAN DAN MINUM DI DALAM WAD

Barang makanan yang saya bawa ke hospital ialah biskut, roti, 3 in 1 nestum. Jangan lupa bawa sudu, pinggan, bekas air masak dan thermos. Antara makanan dan minuman serta pekakas makanan yang saya telah sediakan dalam beg tarik adalah seperti dalam Gambar 5.


Gambar 5


#1 EATING UTENSIL TRAVEL SET 

Saya membeli set peralatan makan ni di shoppe. Tujuan saya membeli set ini adalah kerana norma baharu memerlukan kita lebih berhati-hati dengan segala peralatan yang digunakan ketika keluar daripada rumah. Untuk mengelakkan kebolehjangkitan virus covid, sebaiknya bawalah sudu, garfu atau peralatan daripada rumah. 

#2 THERMOS

Saya membawa thermos yang bersaiz kecil dan berat lebih ringan untuk memudahkan saya membawanya ke mana-mana sahaja.

#3 MAKANAN (BISKUT )

Anda bebas membawa apa-apa sahaja makanan kering untuk dibawa ke hospital. Antara pilihan lain adalah roti Gardenia, biskut coklat, roti butter, roti coklat dan sebagainya.  


#4 MINUMAN (NESTUM 3 IN 1)

Sama kes macam biskut , anda bebas membawa apa-apa sahaja minuman 3 dalam 1 untuk dibawa ke hospital. Antara pilihan lain adalah milo, nestum perisa madu, vico dan sebagainya.  


#5 CAWAN PLASTIK / MUG KACA

Jika anda tidak mempunyai cawan plastik yang mempunyai pemegang di rumah, anda boleh membalut mug kaca atau cawan kaca dengan menggunakan bubble wrap untuk mengelakkan cawan tersebut pecah. 


BARANG TAMBAHAN UNTUK DIBAWA KE HOSPITAL

#1 SELIPAR 

Pakai sahaja selipar terus dari rumah. Anda tidak perlu membawa kasut dan selipar. Selipar yang dipilih mestilah selesa dan mempunyai banyak bunga agar dapat mengelakkan anda tergelincir semasa berada di bilik air.


#2 HIJAB TRAVEL SET

Hijab travel set ini merupakan satu strorage ubat yang saya telah beli di Daiso untuk mengisi pin tudung, jarum peniti, getah rambut dan jarum shawl. 
A) Getah rambut - Jika mengikut cara pantang orang melayu,ibu selepas perlu mengikat rambut dengan ketat dan tinggi supaya dapat mengelakkan angin masuk ke dalam badan serta dapat membantu daripada sakit kepala.

B) Pin tudung  - Pernah tak terjadi pada kalian tiba-tiba pin tudung hilang? Jadi bawalah pin tudung lebih dan simpan di dalam bekas yang keciil. Jika tiba2 pin tudung hilang, sekurang-kurangnya anda akan berasa lega kerana mempunyai simpanan tambahan

C) Jarum peniti dan jarum shawl - Boleh bawa sebagai tambahan jika ibu suka memakain shawl. 


Semua barang keperluan ibu dan anak telah siap saya susun
dan masukkan ke dalam beg tolak/luggage. 


Saya telah menyediakan satu senarai semak barang keperluan ibu dan anak sebelum ke hospital kepada anda bagi memudahkan anda mengemas dan menyusun semua barang-barang tersebut. Anda boleh menekan gambar dan simpan di dalam phone atau print senarai semak ini. Saya berharap dengan senarai semak ini dapat membantu anda mengemas barang dengan mudah dan tidak memeningkan kepala. 



Sampai sini sahaja perkongsian saya mengenai barang-barang ibu dan anak yang perlu dibawa ke hospital. Saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak membantu anda yang sedang pening untuk mengemas barang-barang bersalin. Jika ada kekurangan atau pertambahan pendapat, anda boleh memberikan pendapat di dalam ruang komen di bawah.

Sekian dari saya, terima kasih. 


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)