gambar 1 |
#1 Dompet - untuk simpan wang dan kad-kad penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, kad watson, dan kad ATM.
#2 Beg makeup - Alat makeup saya simpan dalam beg ini termasuklah foundation, compact powder, eyeshadow, blusher, eyeliner dan lipstick.
#3 Telekung travel - Sekarang ni kan musim covid, telekung di dalam mall, surau dan masjid semua telah disimpan. Kalian kena bawa sendiri telekung daripada rumah untuk mengelakkan menularan virus covid.
#4 Beg Skincare - Saya simpan pencuci muka, Baby oil (untuk menanggalkan makeup), Toner, Essence, Pelembap bibir, Pelembap muka dan Sunscreen di dalam beg ini. Tujuan saya bawa skincare kit travel dalam beg adalah untuk mencuci muka dengan bersih daripada makeup yang dipakai seharian. Difahamkan ada setengah makeup mempunyai bahan kalis air dan risau pula jika solat tidak sah hanya kerana wuduk tidak sempurna.
#5 Powerbank - Wajib bawa untuk charge phone.#6 Beg Pad/Pantyliner - Saya memang akan sediakan pad dan pantiliner lebih dalam beg. Perempuan ni memang susah nak lari daripada masalah keputihan dan haid. Pakaian solat perlulah sentiasa bersih, jadi kena kerap tukar pantiliner jika ada masalah keputihan. Pad tu saya bawa incase tiba-tiba darah period datang lebih awal.#7 Beg kecil simpan wayar charger - Saya memang akan simpan charger dalam beg yang berlainan. Tidak pasti kenapa, rasa macam lebih kemas jika semua barang-barang ada beg/bekasnya.#8 Beg Shopping boleh lipat - Sekarang ni kalau kita pergi shopping dekat luar, mesti casher akan tanya "nak plastik ke?" dan satu plastik dah kena caj tambahan. Jadi, saya beli la beg shopping yang boleh lipat kecil untuk memudahkan saya simpan barang selepas shopping di kedai. Beg shopping comel tu saya beli di Daiso.#9 Tisu muka - Tisu ni dah macam wajib pula saya bawa ke mana-mana sejak ada anak ni, tambah jika anak suka makan aiskrim comot-comot.#10 Pelitup muka / Face mask - Kadang-kala mask yang saya pakai dari rumah akan tiba-tiba terputus talinya. Jadi, saya akan sentiasa bawa pelituk muka lebih dalam beg.#11 Handsanitizer - norma baru memang benda wajib bawa ke mana-mana sahaja.#12 kunci kereta - Kunci kereta ni saya akan bawa jika bawa kereta sendiri. Tapi saya naik kereta suami, kunci kereta ni memang saya tinggalkan sahaja di rumah. haha.#13 Phone - Ke mana-mana sahaja mesti wajib bawa phone.
Gambar 2 |
#14 Pin Tudung - Saya ni jenis cuai sikit. Kalau pergi mana-mana je, mesti sama ada pin tudung atau jarum peniti yang akan hilang. Jadi nak selamat memang akan bawa lebih dan simpan dalam bekas kecil seperti dalam gambar kedua tu.#15 Cermin - Saya bawa cermin untuk pakai semula makeup lepas solat.#16 Kapas muka - Digunakan bersama baby oil untuk bersihkan makeup.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)