W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

November 11, 2013

Friends and Lovers

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bila mana sahabat menjadi lebih daripada sekadar sahabat, mereka menjadi pasangan, seolah-olah mereka sama-sama berkongsi perkara yang mereka minati, hati dan perasaan serta hidup mereka secara bersama. Rasa seronok, kerana kita berjumpa dengan seseorang yang telah bersama dengan kita, susah-senang bersama, dan mereka tahu apa yang kita fikirkan.

Namun apa akan terjadi sekiranya hubungan itu tidak kekal lama? Tergantung di tengah jalan? Adakah mereka akan terputus buat selamanya? Bagaimana pula dengan persahabatan yang telah dibina untuk sekian lamanya? Adakah ianya turut terjejas? Umpama kita kehilangan seseorang yang sudah sekian lama berada dalam hidup kita, kemudian kita membuangnya keluar atas sebab perasaan. 

Sebenarnya, itulah perkara yang paling menyedihkan.

Dalam hubungan antara lelaki dengan perempuan, ada yang kekal menjadi kawan dan ada pula yang berlaku disebaliknya - salah seorang daripada mereka mempunyai perasaan terhadap rakan mereka, dan ada pula keadaan yang mana mereka sama-sama suka. 

Manusia ada perasaan, bukan? Kadang-kala bukan kehendak kita untuk ada perasaan dengan rakan kita, ianya datang secara sendiri. Tambah-tambah kalau rakan kita tu seorang yang rapat dan paling memahami kita, maka perasaan suka pun berputik. It's something out of our control. 

Jika berlaku kes yang mana suka sama suka, kira masih dalam keadaan yang terkawal lagilah hubungan itu. Masih hubungi antara satu sama lain, cuma bezanya 'naik taraf' sikit la kan? Haha. Tapi yang sedih bila salah seorang sahaja yang melibatkan perasaan suka itu. Bertepuk sebelah tangan la katakan.

Bila keadaan ini terjadi, mesti salah seorang akan tarik diri. 

Tak mau kawan dengan kau dahh! Kau tak suke kiteee!!~ Keciwasss~

Itu dia. Sebab apa? Kecewa, katanya. Kecewa sebab kita tidak menerima hati mereka. Lama-lama mulalah mereka menjauhkan diri daripada kita, sebab apa? Bila mana melihat mereka berjalan dan menghadap kita, hati terluka, umpama sembilu menusuk kalbu manusia. Pegh, sakit tu bro, sembilu menusuk masuk tangan pun mata berair-air, inikan pula menikam kalbu. Boleh kecewa tahap tergolek, kan?

Begitulah ceritanya. Aku pernah berada di tempat itu - dua-dua aku pernah rasa iaitu perasaan menyukai seseorang dan disuka oleh orang lain. Aku faham apa yang mereka rasa, faham sangat. Aku pernah berada dalam situasi yang mana aku suka seorang rakan aku dan orang yang kita suka tidak ada perasaan yang sama dengan kita. 

Secara jujur, memang kecewa dan perkara itu buatkan aku mengambil masa beberapa bulan untuk mula berkawan dan hubungi dia semula. But, it all turned up okay bila kawan aku tu pujuk balik, maksudnya salah seorang daripada rakan itu ada usaha atau inisiatif untuk berkawan balik. Iyalah, siapa tidak sedih bila hilang kawan, kan? 

Pada ketika itu aku fikir, kenapa aku sanggup mahu menjauhkan diri daripada seorang rakan hanya semata-mata sebab perasaan aku? Sebab malu? Atau ego tercabar? Obvious sangat aku berkawan dengan dia pun secara tidak ikhlas dan sekadar untuk keuntungan sendiri. Jadi, persahabatan apakah itu? Just take for granted?



Bila aku berada dalam situasi kawan aku, when somebody likes you but you can't give something what they seek from you. It's hard, I'm telling you, because I have to make him facing something that I've faced before. Aku tahu perasaan kecewa itu macam mana, jadi bila mana kita terpaksa berjujur dengan perasaan kita, macam rasa hendak pecah kepala sebenarnya.

Aku hargai perasaan mereka, dan bukan salah sesiapa atau pun dia kerana ada perasaan pada seseorang. Benda sudah terjadi, sukar untuk undur kembali. Tapi, kita pun tak boleh paksa diri sendiri untuk suka seseorang yang hati kita tidak terbuka untuk dia, kan? Bukan tak terbuka, cuma mungkin belum tiba waktunya untuk terbuka.

Apabila aku tidak menunjukkan sebarang isyarat atau tanda-tanda atau menolak perasaan mereka, maka terdapat segelintir yang mengundur diri. Kemudian, seseorang yang kita kenal dan selalu bertegur sapa sama ada secara maya atau dalam dunia realiti, seperti orang asing, seolah-olah tidak pernah saling kenal-mengenali.

Now you just somebody that I used to know.

Sakit. Perit bila kehilangan seseorang yang aku pernah rasa rapat, seseorang yang aku pernah bertegur sapa, kehilangan tempat aku bergelak ketawa dan bercerita. Tapi bila berhadapan dengan keadaan seperti ini, aku bertindak seperti manusia yang tiada perasaan dan tidak peduli. Tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

You know what? Aku mungkin aku boleh suka 'this particular person', mungkin masa yang boleh menentukan keadaan itu. Mungkin, sebab hati dan perasaan boleh berubah, mungkin hati aku boleh berubah dan terbuka untuk dia. Kalau dia tidak mudah mengalah, bersabar dan cuba untuk merobohkan 'tembok' yang aku bina untuk sekian lama, mungkin hati aku boleh terbuka untuk dia. Mungkin, cuma Allah yang tahu.

Mungkin.
Mungkin. 
Mungkin.

Malangnya, tiada siapa yang berjaya merobohkan tembok itu - Mostly, terkandas tengah jalan. Jika aku mudah berikan hati aku pada orang, aku rasa orang takkan menghargai pun perasaan aku, dan mereka akan mengambil secara mudah. Sorry, this is how I deal with people, sebab aku mencari seseorang yang betul-betul serius dan stabil dari segi perasaannya, bukan manusia yang anggap hati dan perasaan sekadar mainan aku-suka-kau-kau-suka-aku. Boleh faham?


Alah, senang cerita, kalau dah syok sangat pada aku, apa kata kau masuk meminang, boleh? 
Itu baru power bro! Allah pun redha!

*double thumbs up* 

Secara kesimpulannya, bagi aku kawan sentiasa menjadi kawan, walaupun aku pernah ada hubungan dengan manusia itu sebelum ini. Kalau aku suka seseorang tapi orang itu tidak ada perasaan pada aku pun, aku tetap mahu dia menjadi kawan aku. Sebab apa? Sebab aku sentiasa mengalu-alukan rakan dan sahabat dalam hidup aku - berkawan biar seribu, bercinta biar satu. 

Tapi jika ada yang mahu keluar daripada hidup aku dan hendak menjadikan aku sebagai orang asing dalam hidup hamba Allah itu, I can't do anything about it. Itu plihan hidup dia, walaupun pada hakikatnya aku terpaksa telan rasa sedih itu. 

Okay, mahu sahaja berhenti membebel. Sekian dan wassalam.



November 1, 2013

PERTUNANGAN SAHABATKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

"Jauh perjalanan, luas pemandangan."

Memang jauh perjalanan, dengan memandu kereta Kancilku yang masih kental walaupun sudah dimiliki oleh tiga orang pemilik, berjaya memandu dari Pulau Pinang ke Ipoh, Perak dengan kelajuan 100km/j hingga 140km/j. Aku rasa jika aku memberitahu abah perihal kelajuan pemanduanku, mahunya dia ketuk aku dengan batang penyapu. Ampun abah, ampun anakmu yang baik ini!

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur ke hadrat Illahi tatkala melihat kebahagiaan sahabat baikku dalam majlis yang penuh barakah. Selama menjadi sahabat baik secara berempat, berseloroh hingga tidak ingat dunia, ketawa bersama, menangis bersama dan selalu berbicara soal jodoh (kecuali aku..haha :p). Akhirnya, salah seorang sahabat baikkan telah dipetik oleh seorang hamba Allah yang soleh, subhanallah! Yup, sahabat baikku telah menjadi tunang orang, yeayyyy! I'm happy so much for her! sobs..sobs.. :')

Apabila cincin disarungkan..ewah! Haha  :p

Love her smile, she looks so sweet and beautiful in my eyes. :)

Hantaran dan sahabat baikku bersama ahli keluarganya.

Jodoh ini sentiasa milik Allah. Kadang-kala kita tidak menjangka siapa gerangan hamba-Nya yang telah ditakdirkan untuk bersama dengan kita. Iya, pasangan yang menggenggam erat tangan kita hingga membawa kita menuju ke syurga. Namun setiap insan daripada ciptaanNya sentiasa berdoa untuk mendapat pasangan yang soleh dan solehah, kan?

Tiada siapa tahu perancangan Allah, takdir yang dipegang oleh setiap daripada kita - terutamnya ajal maut dan jodoh. Itu semuanya telah menjadi rahsia Allah. Jika bicara soal jodoh dan pasangan, mesti kita terfikir siapakah orangnya yang menjadi pasangan kita, kan? Boleh jadi jiran depan rumah, boleh jadi satu tempat pengajian, boleh jadi satu tempat praktikum dan boleh jadi berdekatan dengan tempat praktikum. Opss! Haha :p

Best moment of our lives. :)

Nothing much to say here. Moga tali persahabatan ini sentiasa kekal di hati dan menjadi saksi di hadapan Allah kerana kita mempunyai antara satu selama lain. Dan sebagai seorang sahabat, hanya mampu mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat buat sahabat baiknya. 

Amin. :)

Sekian dan Wassalam.


March 26, 2013

Dugaan dan Silaturrahim Sesama Muslim.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Allah maha mengetahui segala sesuatu yang telah diberikan kepada hamba-Nya, cuma adakah kita sedar akan hikmah sebalik dugaan yang diberikan oleh-Nya?

Kita sering kali mengeluh setiap kali dugaan mendatang. Ada sahaja kita rasa tak kena, ada sahaja rasa yang tidak betul, seolah-olah menyalahkan perancangan Allah tentang sesuatu.

Dan paling menyedihkan apabila terdapat si fulan yang lemah menyatakan kelemahannya dalam sesuatu sudut luahan rasa, namun para pembaca kebanyakkannya mengambil secara lewa atas rasa yang diluahkan, tanpa sokongan, namun lebih banyak cacian dan makian, apatah lagi hukuman yang dilemparkan kepada si fulan yang lemah.

kenapa tidak berfikir ke arah sudut yang lebih postif wahai manusia?

tidakkah kita sedar, Allah telah merancang sesuatu yang kita sebagai hamba yang lemah dan hina takkan pernah mengerti?




Sebagai individu, Allah telah berfirman kepada hamba-Nya yang telah ditimpa musibah ;

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." (2:286)
.................................. 
"...Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..." (2:185)


Kedua-dua firman Allah ini jelas memperlihatkan bahawa kita sebagai hamba-Nya mempunyai kekuatan dalam mengharugi onak dan duri dunia yang mungkin melelahkan namun, disebalik kesukaran yang dilalui ada sebuah singahsana yang indah menanti. Iya, tidak dinafikan, manusia mudah lalai dan mudah rapuh, kerana itulah kita ditimpa musibah. 

Musibah bukan untuk melemahkan kita, sebaliknya musibah adalah satu teguran atau peringatan Allah kepada hamba-Nya agar tidak lalai dan merupakan kunci kekuatan manusia dalam menangani tipu daya dunia. Allah Maha Penyayang, cinta-Nya terhadap kita terlalu besar dan tidak mampu terkira oleh kita sebagai hamba-Nya. 

Allah sedang menguatkan dirimu, wahai teman. Semaki banyak kau diuji, semakin kuat dirimu, tidakkah kau sedar? Jika kau berlapang dada saat diuji, boleh dilihat betapa tingginya imanmu dalam berhadapan dengan ujian yang diberi oleh-Nya. Jangan gusar, jangan gundah, kerana kesukaran yang dihadapi olehmu Allah akan permudahkan segalanya jika kau percaya dan mencari-Nya.



Sebagai kelompok masyarakat pula, jika kamu melihat terdapat seseorang hamba Allah yang lemah, kirimkan sokongan kepadanya. Jika boleh perbetulkan keadaan, cubalah membantu daripada menghina, mengkritik. Usahlah sombong, usahlah merasa jika mereka terlalu jahil kerana melakukan kesalahan, sedangkan mereka hanyalah hamba Allah yang lemah dan tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.

Allah telah berfirman;

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Al-Hujurat :11)
Jika tidak mampu memberikan sokongan, maka hentikan daripada mengherdik. Tapi muhasabah dirimu semula, apakah nilai persaudaraan sebegitu di sisi agama? menghina, menghukum dan mengherdik? Jika kamu berbuat sebegitu, bukan sahaja berlaku zalim terhadap dirimu, malah tidakkah kamu sedar tindakkan kau bukan sahaja merosakkan imej agama, malah meletakkan posisi agama islam sebagai agama yang tidak mengamalkan keamanan dan kebaikkan?

Mereka yang mempunyai masalah yang menghantui mereka mengalami tekanan, dan tekanan ini menjadikan mereka lemah dari aspek mental dan emosi. Jika kita menambah masalah mereka, keadaan menjadi lebih buruk, dan lebih teruk juga sekiranya ia dapat mempengaruhi individu yang mempunyai masalah untuk melakukan satu tindakkan yang kurang waras. Kita perlu was-was dengan setiap tindakkan.

Hadirnya mereka yang mempunyai masalah dalam sesebuah kelompok bukanlah menandakan mereka satu beban, sebaliknya ianya satu amanah kita selaku umat islam dan hamba Allah dalam memikul tanggungjawab dan amanah dalam menjaga silaturrahim. Tidakkah kau sedar, ketika ada individu yang lemah memerlukan pertolongan, ini adalah peluang kita untuk mendapat kasih sayang Allah. Tapi mengapa kamu tidak mengerti?

Seperti mana firman Allah SWT ;

“Dan bertakwalah kepada Tuhanmu yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An-Nisaa’: 1)

Allah telah memperingatkan kita berkenaan dalam menjaga hubungan silaturrahim dan ukhuwah. Firman-firman Allah yang banyak diperkatakan menerusi semuanya adalah satu bentuk amanah yang perlu dilakukan oleh hamba-Nya. Oleh itu, siapalah kita untuk merengek atau mengeluh tatkala memberikan pertolongan kepada orang lain? Mereka saudara seagama dengan mu, tolonglah mereka dengan nama Allah jika dikau mahu mendapat keberkatan daripada Allah. 

Sekian sahaja daripada saya, terima kasih dan wassalam.


December 12, 2012

Pengecut, Penakut.

Friendship itu adalah persahabatan.

Susah sangat ke jujur dengan diri sendiri?

Kenapa susah sangat berterus terang dengan perasaan sendiri?

Apa yang kau takut? Apa yang kau risau?

Kadang-kala, kau telah dilayan dengan tidak penuh keadilan, so stand up for yourself! There will be no one will stand up for you. There will be no prince charming or any bodyguard to keep you save. Built up your guts and face those people who gives crappy times in your life! Don't ever think about them, think more about yourself! Don't be such a coward! What do you afraid of? You're mad at those people, but yet you still letting them did whatever they want without thinking about your feelings!

Yes! indeed, I'm afraid!
Aku takut menyakitkan hati mereka hingga mengguris dalam..
Jika aku sendiri terguris, aku tahu sampai mana tahap aku..
Aku mungkin boleh memaafkan setiap perilaku mereka..
Jika aku sendiri yang menyakiti mereka, aku tidak pasti..
Aku tidak tahu seberapa dalam mereka boleh simpan..
Jadi, aku sanggup sakit daripada dibenci.
Kerana aku sendiri tahu, aku mampu menutup mata..
menutup mata atas setiap kelemahan mereka..

Aku sendiri pernah berjujur dengan perkara yang tidak disukai.
Cuma perkara itu mungkin tidak diambil secara serius.
Jadi, apakah yang perlu aku lakukan? Paksa mereka faham?
Jika terlalu didesak dan ditarik, mungkin tali akan terputus..
dan aku juga mungkin akan kehilangan mereka lagi.
Aku takut kehilangan kalau aku terlalu berterus terang.

Secara jujur, aku sendiri seorang yang sangat cemburu..
Cemburu jika sahabat baikku rapat dengan orang lain.
Iya, aku memang kuat cemburu, jika boleh aku mahu memiliki mereka.
Tapi aku tidak berani nak bertindak seperti itu,
kerana aku tidak mahu memaksa dan mendesak.
Siapa yang suka dipaksa dan didesak, kan? 
Mesti mana-mana manusia akan terasa rimas.
Mereka ada kebebasan dan mereka bukan milikku.

Mereka adalah hak milik ALLAH.
Jadi siapakah aku untuk memiliki mereka?
Jika boleh aku memang mahu mereka sentiasa bersamaku.
Namun, mereka hanya manusia yang banyak kelemahan;
tidak mampu bersama dan setia dengan diriku seperti malaikat.
Ada kala mereka perlukan masa bersama dengan teman-teman lain.
Tidak mengapa jika mereka tidak mampu bersama denganku 24/7.
Sekurang-kurangnya mereka masih bersama-sama dengan diriku, kan?

I love my friends so much, especially those who is dear and close to me. I want them to be with me by my side, like always - but I could not do that. It would be such a selfish action, isn't it?

So, keep all the negative feeling away from you. Jika mereka tiada di sisi ketika diriku inginkan mereka, peringatkanlah dirimu agar sentiasa sedar bahawa Allah adalah sebaik-baik penolong bagimu ketika diri berada di dalam kesusahan. Jika perlukan tempat pergantungan, rujuk yang Maha Esa, iaitu Allah SWT. Jika terlalu bergantung kepada yang mati, maka kekecewaan itu akan terus berpanjangan. Maka bergantunglah kepada Allah yang sentiasa kekal - tidak mati, dengan itu tidak terkubur segala kekecewaan yang sia-sia, sebaliknya in-syaa-Allah akan bersemadi bersama-sama dengan rahmat Allah.

Put your faith towards Allah, in-syaa-Allah everything will be fine. :)