W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

December 1, 2020

HALIMA ADEN : MATLAMAT WANITA MUSLIM YANG SEBENAR


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Halima Aden

Apa khabar semua? Adakah kalian sihat?

Baru-baru ini, viral alkisah mengenai Halima Aden yang tiba-tiba memberikan pendapat peribadinya mengenai bidang atau industri permodelan yang diceburi oleh beliau sekian lama tidak memberikan impak positif dalam perjalanan spiritualnya kepada yang Maha Esa.

Secara jujur, saya sudah lama memerhatikan Halima Aden dan perjalanan hidupnya sebagai model dalam instagram. Sebagai seorang wanita muslim, saya agak kecewa sebenarnya kerana apa yang digayakan oleh beliau adalam tidak menepati syariat islam. She is a fashion icon and I'm expecting more from her because I also a muslim women myself


Saya tidak kisah dia nak berfesyen macam mana pun, kerana saya beranggapan bahawa industri fesyen muslimah ini pun penting untuk menarik ramai orang bahawa wanita muslim masih boleh kelihatan cantik walaupun kita menutup aurat dengan sempurna. Fesyen juga boleh menunjukkan bahawa wanita islam ini bukanlah kolot seperti mana yang digembar-gemburkan. 

Saya tidak mahu beranggapan dunia fesyen ni adalah satu bentuk keduniaan. Fesyen ini bukan sekadar nak buat kita nampak cantik semata-mata, tetapi saya melihat fesyen memberi peluang kepada kita untuk mencipta pakaian yang memberi kemudahan dan manfaat kepada manusia terutamanya umat islam. Saya bagi contoh mudah, baju mengandung dan baju menyusu. Kalau dunia fesyen ni tiada, boleh ke baju mengandung dan baju menyusu yang menutup aurat ni wujud?

Okay, kita sambung semula tentang Halima. Aku rasa, apa yang dilalui oleh Halima sebenarnya dihadapi oleh semua orang. Nikmat populariti, kemewahan dan kuasa biasanya akan menyebabkan kita hilang sense of ourself. Tambah apabila kita bergaul dengan orang yang sememangnya jauh daripada Allah ataupun individu yang tidak mengenal Allah. Maka, jika jati diri dan iman tidak cukup kuat, sesiapa pun akan kalah. Tambahan apabila diri sendiri pun tidak meletakkan Allah nombor satu dalam hidup.

Walau bagaimanapun, atas rahmat Allah, Halima berjaya menyedari kesilapannya dan mulai muhasabah diri atas setiap kesilapan yang dia lakukan sepanjang karier beliau menjadi model. Saya terbaca posting dalam instagramnya mengenai kesilapan yang dilakukan olehnya ketika menjadi model. 

Salah satu kenyataan Halima di akaun Instagram miliknya.

Antara perkara yang disentuh mengenai kesilapannya dalam berhijab adalah semasa dia memperagakan fesyen bertudung ala-ala rambut, melilit tudung pada leher hingga menampakkan dada dan memakai hijab secara turban. Halima mengatakan itu bukanlah hijab yang sebenar. Dan saya sangat setuju dengan kenyataan Halima ini!

Banyak muslimah berani memperagakan fesyen sebegitu. Apabila saya melihatnya, saya terasa seperti satu tamparan yang besar pada muka kerana saya melihat ramai wanita muslimah tidak nampak erti hijab yang sebenar. Setiap hari, penuh instagram dengan wajah-wajah wanita cantik instafamous yang tidak menjaga hijab dan pemakaian mereka. 

Masing-masing berlumba memakai fesyen terkini dengan memakai tudung di atas dada. Bukan itu sahaja, trend tudung turban dan memakai tudung ala-ala rambut juga ada digayakan oleh gadis dan wanita muslim. Mereka membuat tutorial makeup ala-ala Disney Princess kemudian memakai tudung yang seakan-akan rambut mereka.

Selain itu, sekarang ini sudah menjadi satu trend di mana ramai wanita dan anak gadis berani mengenakan seluar di atas buku lali. Masing-masing bangga memperagakan seluar di atas buku lali yang dipakai oleh mereka.Trend ini semakin berleluasa sehinggakan memerlukan saya menyemak kelabuhan seluar setiap kali hendak membeli seluar di luar.

Mereka meletakkan pandangan manusia lebih daripada pandangan Allah sehingga menjadi hamba fesyen dan hamba manusia. Dan lebih menyedihkan, mereka merasakan perkara yang dilakukan oleh mereka itu adalah tidak salah. Allah, semoga Allah merahmati mereka semua. 

Apabila saya membaca tentang tindakan Halima Aden yang ingin keluar daripada industri fesyen dan ingin memenuhi tuntutan agama, saya berharap sangat perkara yang dilakukan oleh Halima ini sedikit sebanyak memberi kesan dan kesedaran kepada wanita muslim di luar sana tentang perspektif mereka terhadap dunia fesyen.

Perkara yang dilakukan Halima adalah meletakkan agama dan Allah nombor satu melebihi dunia fesyen itu sendiri adalah matlamat wanita muslim yang sebenar. Lagi sekali saya tegaskan, tidak salah pun berfesyen, cuma biarlah fesyen itu mengikut garis-garis agama agar hidup kita lebih diberkati oleh Allah. 

Cantik di mata manusia ini tidak kekal kerana pandangan serta perspektif manusia mengenai sesuatu perkara itu sering berubah-ubah mengikut peredaran masa. Namun cantik di sisi pandangan Sang Pencipta ini adalah bersifat kekal kerana Allah itu bersifat Al-Baqa’ iaitu kewujudan Allah adalah kekal, tidak akan binasa, tidak musnah dan tidak mengalami kesakitan.

Allah ta`ala berfirman:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ. وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ

Maksudnya: “Semua yang ada di bumi itu akan binasa .Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”
(Surah al-Rahman : 26-27)

Saya mendoakan semoga wanita-wanita seperti Halima Aden iaitu insan-insan yang berusaha untuk mencari Allah dan keredhaanNya sentiasa istiqamah dan dilindungi Allah SWT. Semoga kalian kuat dan berusaha menepis dugaan-dugaan syaitan yang sentiasa berbisik untuk menyesatkan manusia. Manakala, buat mereka yang masih samar-samar dalam mencari jalan kehidupan dalam beragama pula, saya mendoakan kalian memperolehi hidayah daripada Allah.

Itu sahaja penulisan saya pada hari ini. Sekian dan wassalam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)