W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

November 6, 2020

SEKIAN LAMA MENYEPI


Assalamualaikum wbt.

Selamatp sejahtera semua makhluk Allah atas muka bumi ini. Dah lama juga saya tidak menyinggah dan menulis di dalam blog ini. Secara jujur, saya sudah lama tidak menulis di blog ini. Kenapa saya berhenti menulis? Haha, hal ini adalah kerana saya tidak mempunyai idea untuk menulis mengenai apa. Apabila kita manu menulis sesuatu, biarlah ianya informasi dan perkara-perkara postif yang berguna untuk dikongsikan kepada masyarakat.

Saya tidak pandai nak menulis dan berkongsi tentang perkara yang berkaitan dalam hidup. Ada orang akan bercerita pengalaman mereka pergi melancong ke luar mahupun dalam negara. Ada orang akan berkongsi tentang tips-tips kecantikan mahupun produk kecantikan yang digunakan oleh mereka. Ada juga orang menulis blog untuk berkongsi dan menceritakan mengenai barang yang dibeli dan digunakan serta dirasakan berbaloi untuk dilaburkan oleh orang ramai.



Makanya, saya pula dalam kategori mana? Secara jujur, saya sendiri tidak pasti diri ini dalam kategori mana. Tujuan asal saya menulis blog pada awalnya hanya sekadar untuk menceritakan mengenai perjalanan hidup  dan luahan perasaan hati terhadap sesuatu hal yang telah berlaku dalam hidup. Sekadar untuk menulis untuk suka-suka.

Tetapi semakin tua dan berusia, semakin banyak saya memikirkan hal-hal sebelum membuat keputusan untuk menulis.Saya tidak pasti sama ada tindakan menulis blog semata-mata  untuk menulis luahan perasaan atau pendapat mengenai sesuatu perkara itu relevan untuk dikongsikan kepada orang ramai. Kadang-kala ada perkara yang kita perlu simpan untuk diri sendiri misalnya kehidupan peribadi yang melibatkan aib orang lain dan aib diri kita. 

Walaupun niat kita sekadar untuk meluah perasaan tentang ketidakpuasan hati kepada seseorang, namun adakalanya ianya tidak perlu ditulis untuk pembacaan umum. Tetapi hal ini jugak bergantung kepada keadaan. Jika tujuan asal kita menulis mengenai aib seseorang dengan tujuan untuk mengelakkan lebih ramai ditipu, teraniaya serta melibatkan soal keselamatan dan nyawa, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyebarkan berita itu agar lebih ramai pihak akan berhati-hati dalam menjaga diri mereka.

I don't know. Itu hanyalah pendapat peribadi saya. Lain orang lain pendapat dan pandangan tentang sesuatu isu. Manusia khilaf seperti saya ni mana mampu memberikan pandangan dan pendapat yang mampu memuaskan hati semua pihak. Kalau rasa setuju, silakan. Kalau tidak setuju its okay. I respect your own opinion, tetapi janganlah memaksa saya menerima pendapat kalian.

Sekian sahaja daripada saya untuk hari ni. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)