W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

November 12, 2020

HOMESTYLER : REKA BENTUK DALAMAN RUMAH 3D SECARA PERCUMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan ada mengenai satu laman sesawang buat mereka yang suka untuk mendeko atau menghias dalaman rumah mereka. Saya pun mempunyai minat yang sama dalam mendeko rumah cuma saya tidak mempunyai rumah lagi. Hanya mampu menzahirkan rasa minat dengan meluangkan masa mendeko rumah dalam laman sesawang Homestyler.



Anda dikehendaki untuk mendaftarkan diri sebelum menggunakan aplikasi ini.

Di laman itu, anda boleh mendeko hiasan dalaman rumah idaman anda. Cuma perkara pertama yang perlu anda lakukan terlebih dahulu adalah mendaftarkan diri sebagai ahli iaitu sign up sebelum memulakan reka bentuk anda. Anda juga boleh mendaftar diri menerusi akaun Facebook milik anda.



Buat pengguna kali pertama, anda boleh menjenguk tutorial penggunaan Homestyler di Youtube. Selain daripada itu, di laman Homestyler itu juga turut berkongsi tutorial kepada pengguna tentang cara-cara penggunaan atau menggunakan laman aplikasi online itu. Untuk menonton video tersebut, anda boleh menekan tab 'learn' di atas.



Sebelum anda menghias dalaman, anda perlu membina dulu tapak rumah terlebih dahulu. Anda boleh menekan 'Draw Room' untuk membina bilik idaman anda. Anda juga boleh memasukkan pintu serta tingkap mengikut pelan asal tapak rumah anda. Untuk mendapatkan tutorial penuh, anda boleh mencari video itu di Youtube.

Gambar-gambar yang bakal saya kongsikan di bawah merupakan hasil menggunakan laman Homestyler ini. Saya tidak suka akan reka bentuk dalaman yang terlalu kompleks dan mewah. Saya suka akan reka bentuk dalaman yang ringkas dan minimalis kerana less is more.


1) REKAAN DALAMAN BILIK ANAK GADIS



2) REKA LETAK DALAMAN BILIK ANAK TERUNA





3) REKA LETAK DALAMAN BILIK TETAMU



4) REKA LETAK DALAMAN RUANG TAMU





5) REKA LETAK DALAMAN RUANG MAKAN




5) REKA LETAK DALAMAN RUANG DAPUR



Seronok kan apabila kita dapat melihat hasil reka letak dalaman sendiri? Rasa puas hati sangat cuma realitinya belum tentu kita dapat hasil seperti mana reka letak dalaman idaman kita. Kadang-kala perabot-perabot yang disediakan di dalam aplikasi ini belum tentu ada dijual dalam negara kita. 

Okay setakat itu sahaja penulisan saya pada hari ini. Selamat mencuba menggunakan aplikasi ini semua!

Sekian dan wassalam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)