W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

May 7, 2015

PENGALAMAN SEBAGAI GURU PEDALAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga aku tidak meng-update sebarang cerita dalam blog sunyi ini. Alah, blog budak poyo dan bosan macam ini siapalah yang nak baca. Banyak lagi blog best-best yang kalian boleh baca, kan? Actually, aku tidak kisah pun sama ada orang nak baca atau tidak. Aku lagi suka kalau orang tak menyinggah atau membaca penulisan mengarut aku ni. 

Alhamdulillah, sudah mencecah 3 bulan aku menjadi seorang guru. Banyak perkara yang aku ingin kongsikan kepada kalian tetapi mungkin sekadar berkongsi perkara yang aku ingin kongsikan. Pengalaman mengajar orang asli di sini banyak mengajar aku tentang budaya yang berbeza daripada aku - kehidupan mereka, cara berfikir, penggunaan bahasa dan sebagainya. Mereka tidak seperti kita, manusia yang sibuk mengejar kebendaan dan kenikmatan dunia kerana mereka 'percaya' akan dunia mereka.

Aku perhatikan mereka, anak muridku, rata-rata orang susah dan miskin. Sebagai seorang guru kelas, hampir semua tergolong dalam kategori 'Miskin Tegar'. Pendapatan tidak menjangkau sehingga RM500 sebulan dan sentiasa mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan seperti bantuan KWAMP untuk membantu mereka.

Walaupun keadaan mereka dalam keadaan yang susah dan miskin, seperkara lagi yang membuatkan aku sebagai seorang pendidik agak terkilan apabila mereka memandang pelajaran itu sebagai sesuatu yang tidak penting. Mereka tiada keinginan untuk berjuang mengubah kehidupan mereka daripada keadaan yang susah kepada senang. Mereka tidak nampak fungsi pelajaran kepada diri mereka.

Kebanyakkan murid-murid di sana tiada keinginan untuk meneruskan belajar. Hanya segelintir yang mempunyai kesedaran untuk meneruskan belajar sehingga ke peringkat menengah. Tetapi kebanyakkan daripada mereka tidak habis belajar sehingga tamat tingkatan 5 kerana tiada wang yang mencukupi bagi perbelanjaan persekolahan anak-anak.

Namun begitu, bukan semuanya berfikiran "tidak memandang pelajaran sesuatu yang tidak penting" kerana terdapat dalam kalangan mereka sudah pergi ke peringkat tinggi cuma mereka tidak tahu cara untuk mengembangkan potensi mereka. Kekurangan informasi, ditambah arus modenisasi yang lebih banyak menyalurkan maklumat mahupun pendaftaran ke universiti menggunakan internet, in which sesuatu yang mustahil bagi mereka kerana tidak memiliki komputer mahupun internet. 

Bukan apalah, jika internet wireless di sekolah sendiri pun bergerak seperti siput yang penat kesemputan, so what makes you think they can use komputer, here in this school? Pointless. Mustahil, serius mustahil untuk sesiapa untuk menggunakan inetrnet di sana ( Wassap kadang-kala sahaja yang boleh masuk, but mostly memang habuk tarak).

So sampai sini sajalah coretan penulisan aku tentang pengalaman mengajar di sini. Maaf sekiranya penulisan ini ringkas, kerana aku suka berkongsi sedikit demi sedikit. Bukan kuantitinya, tetapi isinya yang perlu diambil kira. 

Sekian dan wassalam.

1 comment:

  1. teruskan perjuangan sbg pendidik kak...xkesah di mana kita berada...chayok...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)