W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

June 5, 2015

Patah Hati




Aku merenung ke luar jendela. Mengenang saki-baki setiap kenangan aku bersama dia. Memikirkan apakah pengakhiran yang bakal aku hadapi dalam masa 10 tahun. Aku masih bernafas dalam realiti, bahawa aku sudah tiada apa-apa lagi hubungan dengan si dia. Sudah hampir sebulan kami tidak bertegur sapa. Setiap bait kata perbualan dan perbincangan bersama aku dengan dia masih terpalit dalam ingatan. Perkara yang pahit itu masih berlegar-legar dalam minda tanpa mengenal erti penat dan lelah. 

Perbincangan malam itu tidak berlaku dalam keadaan tegang. Masing-masing melontarkan pandangan mengenai hubungan aku dengan si dia yang hampir menjangkau setahun. Hubungan yang telah dibina diberhentikan atas dasar ianya  bukan sesuatu yang manis untuk diteruskan. Dosa dan pahala dan halal haram diperbincangkan.

Aku masih ingat lagi akan perbincangan aku bersama dengannya. Kami tidak membincangkan perkara ini secara bersemuka, cuma sekadar mengirimkan pesanan sms. Pada hari itu, dia menyatakan hasratnya hendak mengurangkan perbualan antara aku dengannya. Katanya, apa yang aku dan dia lakukan sepanjang hubungan tersebut, seperti menghantar pesanan ringkas, berbual menerusi telefon - merupakan sesuatu yang salah. Dia mahu kami menjadi kawan.  

Cuma pada ketika itu, aku berasa sangat terkilan dengan perbualan itu. Hal ini kerana aku pernah bersuara tentang perhubungan aku dengannya dari segi agama, "Tidakkah awak sedar perkara yang kita lakukan ini salah?", namun jawapan daripanya ringkas sahaja, "Habis, awak hendak buat apa sekarang ini?". Pertikaian tentang hubungan ini telah lama aku bangkitkan sejak beberapa bulan yang lepas. Tapi mengapa sekarang ianya dibangkitkan kembali?

Hati terasa hendak luruh dan meletup. Marah, kecewa dan sedih bermain dalam hati. Aku terkilan dan keliru dengan keadaan tersebut. Apakah aku yang bersalah? Mungkinkah kerana sikap aku yang panas baran dan mudah melatah menjadikan dia mula mengambil alternatif "mencipta alasan" agar aku dengannya berhenti daripada sebarang hubungan? Atau sememangnya hatinya telah terpanggil untuk kembali kepadaNya? 

Aku mengambil masa untuk berfikir apa yang perlu aku katakan kepadanya. Aku berfikir secara baik, hidayah telah kembali kepadanya, detik hatiku sendiri. Aku sendiri mengambil keputusan untuk berhenti daripada hubungan tersebut. Aku fikir, jika benar dia mahu menghentikan sesuatu yang tidak baik, maka berhentilah secara terus, Jika sekadar mengurangkan kuantiti berhubung, tetapi masih ada hubungan, bukankah masih sama? Demi kebaikkan dia, aku mengambil keputusan itu, dan dia seolah-olah setuju dengan keputusan yang telah aku putuskan.

Walaupun perbualan tersebut telah berlalu hampir sebulan, namun aku masih diselubungi dengan perasaan sedih dan putus asa. Berapa banyak air mata yang telahku kesat pun aku tidak pasti. Sepanjang kegagalan dalam hubungan itu, setiap malam aku tidur dalam linangan air mata sehingga pada satu tahap, aku sudah letih dan lemah untuk menangis lagi. Aku masih cuba meyakinkan diri untuk redha dengan ketentuan kerana Dia lebih tahu. 

Aku tidak pasti, masih adakah ruang dalam hati ini untuk membiarkan orang lain memasuki kerana aku sudah mula merasakan lelah penatnya patah hati secara bertubi-tubi. Ya, aku penat. Aku sudah tidak sanggup membuka hati kepada orang lain kerana aku penat untuk merasai kesakitan hati ini secara berterusan. I think I just want to give up on love thing. Thats all.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)