Kurang selesa apabila aku dilabel sebagai wanita baik hanya kerana cara aku berpakaian, cara aku mengutarakan kata-kata yang kedengaran islamik. Aku lakukan kesilapan. Aku seorang pendosa.
Hanya Dia yang tahu siapa diriku. Kalian tidak mengetahui apa-apa perihal tentang diriku. Jangan mudah menuding dan melihat diriku sebagai insan yang 'baik' kerana suatu hari nanti kesilapan yang bakal aku lakukan akan memperlihatkan kejahilan diriku. Dan pada ketika itu juga, aku cuma meminta kalian jangan terkejut seperti terhantuk dinding - kerana aku hanya seorang manusia, mana mungkin boleh lari daripada melakukan kesilapan.
Aku berpakaian dengan cara tersendiri, yang aku anggap biasa. Aku menutup bahagian yang perlu ditutup, kerana apa? Kerana aku selesa begitu, aku selesa menutup bahagian yang wajib ditutup. Aku menutup atas 'arahan' Dia. Tapi apabila aku mengikut arahan Dia, tidak bermaksud aku seorang yang baik secara total. Ada kalanya aku juga terbabas daripada Dia. Maka aku bukanlah seseorang yang layak mendapat gelaran "wanita solehah' seperti yang sering diperkatakan oleh orang lain.
Jika aku mengucapkan perkara-perkara yang berbentuk islamik, tidak bermakna juga aku seorang yang baik atau wanita solehah. Aku mengatakan perkara-perkara yang baik tentang Allah, kerana Allah itu memang terlalu baik kepada aku dan hamba-hambaNya yang lain. Jadi jika seseorang mengeluh kepadaku tentang Dia, atau tentang kehidupan mereka yang serba serbi kekurangan, aku ingin berkongsi dengan mereka betapa besarnya Allah, betapa adilnya Allah dan betapa bijaknya Allah dalam percaturan hidup kita.
Tapi tidak bermakna aku tidak pernah mengeluh, aku juga mengeluh sebab aku manusia, aku juga pasti akan penat dengan percaturan Dia. Kerana itu aku sentiasa menafikan kenyataan mereka tentang diriku, sebagai wanita yang solehah. Aku tidak layak untuk mendapat gelaran itu. Aku terlalu hina di hadapan Dia, terlalu banyak dosa yang aku lakukan. Maka, gelaran 'solehah' sama sekali tidak layak dan tidak pantas buat diriku.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)