W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

May 10, 2014

Stay Positive, Keep Calm dan Istighfar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salah sejahtera.



Kalau mahu menyentuh topik teng masalah itu dan ini, aku rasa semua orang ada masalah. Salah satu sebab kenapa aku lebih suka mendiamkan diri setiap kali masalah melanda diri adalah kerana aku rasa masalah aku bukanlah besar mana pun.

Aku percaya setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya, mana yang tiada. Kalau tiada jalan keluar pun, anggap sajalah Dia lebih tahu tentang sesuatu yang terjadi lebih daripada diri kita sendiri. Setiap benda yang nak jadi atau sudah terjadi semuanya berhikmah.

Renung kembali firman Allah SWT yang bermaksud :

"iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
 ( surah Ar-Ra'd ; 28 )

"untuk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berfikir."
(Al-Quran Surah Ghafir: 54)

Aku fokus kepada kedua-dua Firman Allah ni sebab mahu kita sama-sama renung dan berfikir setiap kali kita mengeluh ada masalah. Kenapa kita diminta untuk mengingati Allah, dan hanya mengingati Allah sahaja hati kita akan jadi lebih tenang? Mari kita renung dan berfikir sejenak.

Bagi aku sebagai hamba dia yang selama ini yang sedang mencuba mencari ketenangan dengan mengingatiNya, aku mendapati apabila kita mengingati Allah, kita secara automatiknya akan menjadi lebih positif. Aku letak kembali kepercayaan pada Allah dengan meyakinkan diri sendiri bahawa setiap benda yang berlaku adalah atas kehendakNya. 

Kita sebagai hamba, mengapa sentiasa mempertikaian perkara yang terjadi dalam hidup kita? Contohnya berlaku malapetaka, terus kita mengeluh lalu mempertikaian kepadaNya;

"Mengapa aku diuji sebegini?" 

Tenang, rakan-rakan dan sahabat, bawa bertenang. Setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita sentiasa ada hikmah yang tersembunyi - daripada kita kehilangan seseorang mahupun sesuatu, menghadapi kegagalan, muflis dan sebagainya - tiada yang sia-sia melainkan adanya hikmah yang menanti dihujungnya.


Untuk diri aku sendiri misalnya, aku pernah kehilangan sesuatu, seseorang mahupun kejayaan yang sudah digapai. Sedih sebenarnya apabila kita kehilangan sesuatu yang bernilai dalam hidup kita. Tapi cuba remind ourself, siapa yang memberikan kita nikmat-nikmat ini kalau bukan Dia? Setiap nikmat yang kita perolehi itu adalah pemberian daripada Allah yang Maha Esa.

Jika kejayaan tidak berjaya digapai, mungkin kita perlu renung kembali beberapa perkara ini :
  •  mungkin apabila kita berjaya, kita semakin angkuh dan lupa kepada Dia.
  • Mungkin apabila kita berjaya kita tidak lagi membuat sesuatu yang baik seperti dahulu
  • Mungkin apabila kita berjaya kita akan memperlekehkan orang yang gagal
  • Mungkin apabila kita berjaya kita akan mula bermalas-malasan dan tidak mahu berusaha lagi 
  • dan beberapa kemungkinan yang akan berlaku dan sebagainya.


Kejayaan yang kita mahukan itu bukan datang secara serta merta dan bergolek, sebaliknya kejayaan itu biasanya ianya akan datang tepat pada waktunya. Kita diuji dengan pelbagai masalah sebelum datangnya kejayaan, kerana apabila kejayaan tiba, sudah pasti ketika itu kita sudah matang dalam penerimaan kejayaan itu. Matang dalam penerimaan kejayaan ini merujuk cara kita menerima nikmat yang diberi oleh-Nya dengan penuh rasa syukur.

Itu masalah apabila kita tidak meraih kejayaan, tapi bagaimana pula dengan masalah-masalah lain yang membelenggu diri kita? Haah, lagi sekali marilah kita sama-sama merefleksi diri kita. Dulu, aku ada macam-macam masalah, terutamanya dengan kawan-kawan. Bila ada masalah, perempuan biasalah, akan berceritalah kepada seorang sahabat. Respons dia spontan tapi mendalam, dia berkata:

"Apa kata kau cuba reflek balik hubungan kau dengan Allah macam mana. Kalau hubungan kita dengan manusia ini tak berapa nak baik, mungkin sebab hubungan kita dengan Allah tak terjaga."

Bila dengar kenyataan yang keluar daripada mulur dia tu, aku terus senyap.
Tersentap.
Sebab apa tersentap?
Sebab aku rasa apa yang dia kata tu betul sangat.
Memang kena batang hidung aku.

Sebab itulah kita kena sentiasa berfikir dan merenung kembali, refleksi diri kita kembali. Aku rasa, kalau kita fikir tentang Allah lebih banyak daripada kita fikir masalah kita, kita end up lebih banyak muhasabah diri daripada berfikiran negatif dan menyalahkan Illahi. Banyak perkara yang aku merasakan kita kena banyak perbetulkan diri sendiri daripada tuding pada Allah mahupun makhluk ciptaanNya.

Bukan itu sahaja, aku sarankan juga apabila kita ditimpa musibah dan masalah, marilah kita sama-sama beristighfar. Apabila kita lebih banyak istighfar, dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan musibah yang ditimpa, insyaAllah, akan diperkenankan. Rasulullah SAW bersabda;

"Barangsiapa yang memperbanyak istighfar, niscaya Allah akan melapangkan setiap kesusahannya, memberi jalan keluar pada setiap kesukarannya, dan memberinya rezeki tanpa diduga-duga."
(HR. Abu Dawud dan Nasa'i)

Sebelum aku mengundur diri, ingin aku simpulkan bahawa berusahalah untuk mengingati Allah setiap kali kita menghadapi masalah.Cubalah fikir benda yang baik dan percayalah pada Allah dan ketentuan-Nya. Fikirlah positif dan beristighfarlah, mudah-mudahan perkara positif yang kita amalkan ini dapat memberikan manfaat dalam memberikan ketenangan di samping dipermudahkan mendapat jalan keluar daripada perkara yang menyulitkan keadaan. InsyaaAllah.

Sekian dan Wassalam.


   

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)