Assalamualaikum and selamat sejahtera.
Cuti sudah habis, maka selamat kembali ke sekolah ye adik-adik! Gagahkan diri untuk pergi ke sekolah dan menimba ilmu ye. Bagi yang menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini, aku mengucapkan semoga berjaya dan belajarlah bersungguh-sungguh.
Berilah kejayaan kepada ibu bapa untuk membalas pengorbanan mereka yang telah membesarkan korang. Kalau tak berapa nak cerdik jadi manusia yang dapat cemerlang dalam akademik sekalipun, paling kurang pun jadilah manusia yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat ye adik-adik.
Aku nak sembang pasal hari pertama persekolahan. Ada seorang kawan aku penah beritahu aku;
"Weh, ko tak kena pergi sekolah ke cuti-cuti ni?"
"Takde pun."
"Eh, serius? Mesyuarat tak buat ke?
"Setakat ni belum lagi." (ada je mesyuarat, cuma tak buat lagi..)
"Seronoknya sekolah ko. Relaks je."
Duduk sekolah aku memang 'seronok' secara sarkastiknya. Pada minggu pertama sesi persekolahan pun, dah mula laa pelbagai pihak nak melawat sekolah kitorang. Cuba bayangkan, tiada petir tiada ribut, hari pertama masuk sekolah, nazir dah tercangak depan pintu sekolah korang.
Haaa, terkejut beruk je pihak guru masa tu. Esok pulak sekolah aku ni akan didatangai oleh wartawan Awani dan Ketua setiausaha KPM. Waahhh, seronoknyaa bersekolah di sekolah aku ni. Marilah masuk, aku memang mengharapkan kedatangan guru-guru baru pun. *wink wink*
Antara sebab utama sekolah aku ni mula jadi penarik kepada ramai pihak nak melawat ke sekolah kitorang ini adalah disebabkan oleh adanya seorang murid orang asli dari sekolah SK Pos Legap berjaya mendapat 5A dalam UPSR bagi tahun 2015. Dan yang lebih mengejutkan sekolah aku ni menjadi berjaya meraih anugerah kecemerlangan UPSR peringkat kebangsaan dalam kalangan sekolah-sekolah orang asli.
Memang guru-guru yang mengajar tahun 6 ni ada meletakkan harapan terhadap beberapa orang pelajar untuk mendapat 5A dalam UPSR, akan tetapi pihak kami tiadalah pula expect sampai peringkat kebangsaan. These teachers just did their best for their students, tambah dengan desakan pihak PPD dan JPN yang sering kali pertikai kemampuan guru-guru sekolah pedalaman.
Kami pihak sekolah ni hanya buat yang terbaik pun dengan harapan orang luar takkan datang lagi ke sekolah kami nak pertikai macam-macam. Tapi tak sangka pula, jumlah kedatangan pelawat pada tahun ni nampak gayanya akan semakin meningkat daripada tahun lepas..... hurmmm.....
Jadiiiii....................................................
Pada hakikatnya aku rasa dah mula penat dengan pelbagai pelawat yang asyik datang ke sekolah sejak dari tahun lepas. Bukan apa, bagi aku, bila orang luar asyik datang ni secara automatik macam mengganggu guru macam aku ni nak mengajar budak-budak di dalam kelas. Setiap hari aku berharap dapat mengajar murid-murid aku dengan tenang, tapi kalau dah ada orang asyik datang, memang rasa penat sangat.
I have my own method which I believe suitable for my students, tapi orang luar yang tak kenal students kita akan pertikaikan methods kita and anggap orang macam aku is not capable enough to teach my students. I would say thank you for their 'sharing' session, but it will only work if these particular people teaching murid-murid orang asli.
Pengalaman mengajar murid-murid orang asli dan murid-murid biasa sama sekali tidak sama - kaedah berbeza, pendekatan berbeza dan tahap kesabaran berhadapan dengan budak-budak ini pun adalah berbeza. Ini kerana sosiobudaya di tempat orang asli tidak sama dengan sosiobudaya dengan masyarakat melayu setempat.
Pernah terlintas dalam hati, kan bagus kalau murid-murid aku seperti murid-murid sekolah luar. Tapi kalau aku ada simpan niat macam itu, bukankah aku sedang mengharapkan murid yang sempurna, daripada mula untuk belajar untuk menerima kelemahan mereka?
Banyak faktor yang nak disebutkan yang menjadi penyebab kepada kelemahan murid-murid orang asli dalam aspek pendidikan. Jadi, bila persekitaran yang berbeza, maka kaedah pengajaran pun secara automatik berbeza, kan?
Namun begitu, bila kaedah guru-guru sekolah aku ni berbeza dengan guru-guru sekolah luar, maka kaedah pengajaran kami sering dipertikai. Seolah-olah perlu ada standard tertentu untuk mengajar. Masalah sekarang ni, bukankah teknik pengajaran ni bergantung kepada klien kita, iaitu murid-murid? Kami perlu ikut standard orang luar atau murid sendiri?
Apa yang aku harapkan sebagai guru baru ni, aku harap orang yang datang esok tolonglah bersikap lebih terbuka dalam menerima kaedah pengajaran guru di sekolah pedalaman. Aku berharap sangat golongan luar yang datang boleh menghormati guru-guru sekolah pedalaman dan berhentilah bersikap judgemental. We're doing our job dengan sebaik mungkin dengan cara kami sendiri untuk tolong murid-murid orang asli.
Kan bagus kalau lebihkan sokongan, daripada terlalu banyak mengkritik. Semangatlah sikit guru-guru nak mengajar di sekolah pedalaman yang banyak cabaran ni. Bukan apa, orang luar takkan tahu peritnya keadaan mengajar sekolah pedalaman.
Sudah terlalu ramai guru sekolah luar yang menolak tawaran untuk masuk ke sekolah pedalaman. So, at least, hargailah usaha guru-guru pedalaman yang sanggup mengajar murid-murid orang asli selama berbelas tahun instead of being judgemental terhadap mereka.
By the way, tahun ni aku menjadi guru bahasa melayu bagi murid-murid tahun 6. Yup, aku mengajar murid-murid yang menduduki peperiksaan yang penting. And you know what, aku mengajar murid-murid dalam keadaan ilmu yang sangat nipis di dalam dada.
Tidak tahulah apa yang akan jadi tahun ni, sama ada prestasi menaik atau menurun, semuanya akan terjawab selepas UPSR. Sekarang ni aku main redah saja dan buat yang terbaik.Chaiyokk untuk diri sendiri!
Happy new year for me, and selamat kembali ke sekolah untuk diri sendiri dengan tanggungjawab yang lebih besar. Doakan yang terbaik untuk aku ye kawan-kawan.
Itu sahaja penulisan untuk hari ini. Sekian dan wassalam.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)