W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

August 5, 2013

Perginya Ramadhan


Assalamualaikum.

Sebak kenangkan bulan ramadhan akan berlalu pergi. Merasakan diri ini terlalu hina kerana tidak menggunakan ramadhan sebaik mungkin untuk beribadah kepada Allah. Diri ini terlalu banyak dosa, terlalu lalai daripadaNya dan aku juga gagal menggunakan ramadhan ini untuk melebihkan sujud kepadaNya. 

Bukan aku tidak sedar dan tidak tahu akan kelebihan Ramadhan kepada semua umat islam. Apabila kita berdoa dan bersedekah pada bulan ramadhan, pasti pahalanya berlipat kali ganda. Apa-apa sahaja perkara baik yang dilakukan pasti menerima pahala yang sangat banyak. Jika kutip sampah di tepi jalan pun dijamin memperolehi pahala sebanyak 70 kali ganda!


Namun, aku sering kali gagal merebut peluang pada satu bulan (ramadhan) dalam setahun bagi setiap tahun dengan baik. Bila kenangkan kembali kelalaikan diri dengan kerja dunia, aku mula merasakan diri ini merupakan hambaNya yang gagal. Aku tidak cukup konsisten untuk beribadah dan beramal dengan baik- aku tidak berjaya mengamalkan secara konsisten bagi ibadah-ibadah seperti bacaan mathurat, al-quran dan qiam. Ya Allah, betapa lemahnya iman dalam dada ku ini.

Sedih bila kenangkan diri sendiri. Jika peluang ramadhan ini tiba untuk menguatkan iman, tapi aku tidak menggunakan sebaik mungkin sebulan ini untuk memantapkan imanku kepadaNya. Sebaliknya, aku banyak melakukan perkara yang lagha dan berulang kali melupakanNya. Astaghfirullahalazim.

Persoalan terakhir :

Adakah aku mampu berjumpa dengan ramadhan yang akan datang?

Sekian dan wassalam.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)