Bismillahirrahmanirrahim.
Sebak hati mengenangkan diri yang akan bertolak pulang ke maktab. Sayu kerana terpaksa meninggalkan emak, abah dan adikku, Amirul. Oleh kerana keperluan untuk aku bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak yang perlu meneruskan perjuangan di medan ilmu, maka segala perasaan yang bermain di dalam hati perlu diendahkan.
Emak dan abah sentiasa menyokong perjuanganku dalam menuntut ilmu dengan memenuhi segala keperluan. Hari ini, emak dan abah mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar, sedangkan mereka mengalami krisis kewangan. Emak dan abah sanggup mengeluarkan wang untuk membuat penyelenggaraan terhadap kereta kancil yang telah dibeli oleh mereka. Sebak dan tersentuh dengan usaha mereka.
"Emak, kenapa abah susah-susah nak buat maintenance pada kereta tu? Semalam tak cakap apa-apa pun?"
"Abah kamu takde duit semalam. Entah macam mana hari ini katanya ada duit sikit nak uruskan kereta kamu tu.."
"Lahh, kenapa tak cakap takde duit? Pakai sajalah duit adik, mak. Adik ada duit nak buat maintenance. Cukup in-syaa-Allah."
"Abah taknak guna duit kamu baiki kereta tu. Abah nak kamu guna duit elaun kamu tu untuk belajar. Lepas ni kamu kan nak guna duit bayar duit internet bulanan lagi (maxis)."
Subhanallah. MasyaAllah. Ya Allah, besar sungguh pengorbanan ibu bapaku. Sebak masih terasa sebenarnya, sambil menaip penulisan ini. Air mata mula bergelinangan dalam kelopak mata kerana mengenang semua penat lelah abah dan ibu dalam menjaga dan membesarkan diriku. Emak dan abah banyak menghabiskan duit untuk beri kesenangan kepada anak-anak, sampai melupakan keperluan mereka sendiri.
Sedih..ya Allah sedih kerana mengenangkan diri ini tak mampu nak bayar semua penat lelah mereka. Aku tiada wang untuk membayar semua hutang-piutang mereka, tiada wang untuk mengurangkan beban kewangan mereka ya Allah.
Jadi, aku cuma mampu bayar dengan usaha aku untuk belajar bersungguh-sungguh untuk buat emak dan abah tersenyum, tersenyum dengan anugerah Dekan yang aku perolehi, aku membayar dengan doaku setiap kali selepas solat, dan aku bayar dengan menjaga diri aku serta berusaha menjadi anak yang solehah agar memudahkan mereka untuk masuk ke syurga.
Ya Allah, tempatkanlah ibu dan bapaku dalam syurgamu yang paling tertinggi. Ampunkan dosa-dosa mereka dan haramkanlah mereka daripada api nerakaMu. Amin.
Sekian dan wassalam.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)