W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

June 9, 2013

Pencarian seorang Hamba..



Perjalanan yang masih jauh, dan aku masih dahagakan kasihnya. Mengapa usaha ini sungguh memenatkan? Mengapa semakin aku menggapai dan mencari cintaNya, aku semakin penat dan berputus asa? Kadang-kala ingin saja aku mengungkapkan perkataan putus asa. Aku tidak pernah puas, puas mencariNya, mencari rahmatnya.

Semakin aku lalai, aku semakin merasakan diri makin tersasar daripadanya. Namun, aku tidak dibiarkan tersasar begitu sahaja. Aku sentiasa merasakan Dia sentiasa memanggil diriku, dengan caranya tersendri - menggunakan hamba ciptaan-Nya, untuk mengingatkan aku kembali kepadanya. Mungkin itu petunjuk daripadaNya? Adakah itu yang dikatakan sebagai rahmatNya?

Namun, jika benar Dia memanggil diriku, kenapa aku masih gagal; gagal menjadi hamba-Nya yang lebih baik? Mengapa aku masih leka? Mengapa aku masih tidak konsisten menjadi hambaNya yang solehah? Mengapa aku masih di takuk yang sama dan mengapa aku tidak tergerak untuk bersujud kepadaNya dengan lebih tekun? Sedangkan aku sedar, aku hanyalah seorang hamba, hamba yang telah menginkat janji dengan-Nya ketika di Luh Mahfuz. Tapi mengapa tiada usaha yang aku buahkan sebagai hamba-Nya?

Ya Allah, aku masih dahagakan rahmatmu. 
Tapi mengapa aku tiada usaha kepadaMu? 
Mengapa aku masih lemah? 
Mengapa Kau ciptakan aku sebagai hambaMu yang terlalu lemah? 

Astaghfirullahalazim.

Genggam erat hatiku, jangan pernah biarkan aku terlepas daripadaMu ya Rabb, kerana aku masih mahu menggapaimu. Jangan sesekali biarkan aku terbiar, tersisih daripadaMu. Cintailah aku, walaupun aku bukan hambaMu yang terbaik. 


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Apa pendapat anda tentang penulisan saya?
Sila tinggalkan pendapat anda di dalam ruangan komen.
Kalau suka tekan LIKE.
Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)