Adakah selama-lamanya akan aku melihat penindasan terhadap umat islam? Aku melihat saudara-maraku berkorban mempertaruhkan nyawa nenperjuangkan agama Allah. Mereka berjuang hanya kerana Allah. Sedang aku, melihat diriku yang hanya semakin hina dalam kesenangan yang dikurniakan. Tidak digunakan sedikit pun masa dan waktu untuk memunajat dan bertasbih kepadanya. Sungguh lalai dan hina aku dimata-Nya.
W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini. |
P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam. |
P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW |
October 30, 2013
Sampai Bilakah?
Adakah selama-lamanya akan aku melihat penindasan terhadap umat islam? Aku melihat saudara-maraku berkorban mempertaruhkan nyawa nenperjuangkan agama Allah. Mereka berjuang hanya kerana Allah. Sedang aku, melihat diriku yang hanya semakin hina dalam kesenangan yang dikurniakan. Tidak digunakan sedikit pun masa dan waktu untuk memunajat dan bertasbih kepadanya. Sungguh lalai dan hina aku dimata-Nya.
October 29, 2013
All About My Wife
All About My Wife
suami yang timid versus lelaki kasanova. Haha. |
Sinopsis
Perspektif / Sudut Pandangan
- Difahamkan, jangka masa 10 tahun alam rumah tangga merupakan proses pengukuhan pembinaan 'masjid', terutamanya dengan kehadiran anak-anak. Boleh dikatakan, ianya tempoh masa yang tidak stabil dan dalam jangka masa tersebut pasangan suami isteri memerlukan kesabaran dan sokongan antara satu sama lain untuk 'Fix Things Out".
- Jika bukan masalah anak-anak, mungkin boleh berlaku kepada perubahan sikap pasangan. Sebagai contoh, pasangan mempunyai sikap yang berlainan daripada sebelum berkahwin dengan selepas berkahwin, yang mana mengikut kajian mengatakan pasangan akan mula kembali kepada sikap yang asal.
- Cerita ini mengingatkan satu buku yang bertajuk "Men From Mars, Women From Venus", yang mana dalam buku tersebut telah mengatakan wanita membina hubungan melaluki komunikasi dan lelaki pula membina hubungan menerusi aktiviti yang dilakukan secara bersama. Perkara ini dapat dijelaskan apabila isterinya mengeluh perihal sikap suaminya yang tidak mendengar suara hatinya. Isterinya hampir jatuh hati kepada lelaki kasanova apabila lelaki tersebut mula melayannya sebagai seorang wanita. But I believe thats a women's nature that wants to be treat like a queen and as a precious person in their men's life.
- Si isteri memang tidak dinafikan mempunyai masalah tingkah laku, seorang yang sentiasa berbicara secara terus tidak berlapik, sentiasa memandang semua perkara dari sudut yang negatif dan mengalami masalah emosi, dipendekkan cerita "moody all the time". Isterinya mengalami perubahan tingkah laku kerana kesunyian yang dirasai olehnya, kerana merasakan dirinya seolah-olah tidak lagi dicintai oleh suaminya suatu ketika dahulu. Boleh dikatakan suaminya sering menyalahkan sikap isterinya daripada cuba mencari penyelesaian untuk masalah isterinya.
- Bagi aku, suami wanita tersebut seorang yang kurang bijak dalam menangani masalah rumah tangganya. Dia terlepas pandang perihal hati dan keperluan isterinya dari sudut emosi dan mental, yang mana dia telah memandang perkara-perkara yang diperkatakan oleh isterinya secara remeh, hingga menyebabkan isterinya tidak mengalami kebahagian bersama suaminya selama beberapa tahun dalam perkahwinan mereka.
Wahai Lelaki, Sila Ambil Perhatian!
Salah satu bacaan kegemaran ketika waktu lapang. |
"Sudah lama kita tidak keluar berjalan-jalan seperti waktu dahulu. Dulu kita selalu bersama, tapi sejak awak sibuk, kita jarang keluar bersama."
"adakah suami aku tidak mencintai aku seperti dahulu? Atau dia sudah berubah hati kerana aku tidak secantik dahulu?"
Akhir kata...
October 20, 2013
Masih Muda dan Masih Jauh
Bila tiba waktunya, 'dia' akan datang. |