W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

August 2, 2015

Sampai Bila?



Susah bila kita menyentuh soal hati, kan?

Bila dah jumpa seseorang yang kita berkenan di mata dan hati kita, belum tentu orang yang kita suka mempunyai perasaan yang sama terhadap kita.

Bila berjumpa seseorang yang berkenan di hati, si dia pun berkenan di hati, pasti akan hadir masalah seperti ketidakserasian antara keduanya. 

Bila hadir pula insan yang tidak kena dalam hati kita, sedangkan dia memenuhi tuntutan kehendak seperti mana yang kita mahukan, hati pula tidak terpanggil untuk proses penerimaan.

Tambah bila mana kesan luka patah hati yang lepas masih belum pulih, maka langkah untuk bergerak ke depan sama ada kaku atau teragak-agak untuk melangkah.

Persoalan sekarang ini, sampai bila?

Kesan luka lama yang masih belum sembuh, malah hanya bertambah-tambah dalam hati, hanya membuatkan hati semakin jauh untuk memikir soal jodoh mahupun mempunyai perasaan kepada sesiapa. Apabila melihat rakan mereka bahagia bersama pasangan masing-masing, mereka hanya menumpang gembira dan mendoakan kebahagian rakan mereka - bukan untuk diri mereka.

Bukan kerana tidak mahu, cuma hati menjadi tawar, Melihat mana-mana insan untuk dijadikan pasangan jauh sekali dalam sudut hati mereka. Yang tinggal dalam hati hanya kekecewaan dan kesedihan yang memudaratkan jiwa mereka, Hati yang merintih dan terseksa hanya Allah sahaja yang mengetahui,

Maka siapa yang menjadi mangsa?

Insan yang menaruh hati kepada mereka yang pasti akan makan hati - makan hati kerana masih ada harapan dalam hatinya. Makan hati kerana dia mahu tetap terus menunggu.

Persoalan, sampai bila?

Sampai si pujangga membuka hati kepadanya?

Bagaimana jika bukan itu yang menanti? 

Bagaimana pula jika hatinya terbuka kepada orang lain?

Jadi, berapa kali si penunggu mahu makan hati?

Sampai bila ia akan berterusan?

Sampai bila?

2 comments:

  1. Assalamualaikum ukhti. Melepaskan kenangan itu sakit, tetapi masa depan sedang setia menanti. Allah berfirman dalam surah alBaqarah ayat 216 -- boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

    Berdoalah. Moga Allah kurniakan ukhti pasangan yang baik -- yang baik pada agamanya, yang baik pada akhlaknya, yang baik untuk dunia dan akhirat ukhti. InsyaAllah orang yang baik akan mendapat jodoh yang baik. Jodoh yang baik berdasarkan ukuran Allah, bukan ukuran kita.

    Takdir Allah itu cantik. Kerana Allah itu Maha Baik.

    Semoga ukhti kuat 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak izzah, I'll treasure your advice always :) Terima kasih sebab sudi singgah dan baca penulisan sy ^_^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...