W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

March 2, 2024

SALAHKAH WANITA LAMBAT BERJODOH? DILEMA WANITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sumber : weheartit.com

Apa khabar kalian? Semoga sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Sudah agak lama saya tidak menulis di sini. Blog ini pun seperti rumah tinggal—bersawang dan berdebu dek kesibukan hidup. Tapi hari ini, saya kembali… dengan sebuah persoalan yang sering berlegar dalam benak ramai wanita:

“Salahkah jika perempuan berkahwin lambat?”

 

Kenapa Saya Menulis Tentang Ini?

Topik jodoh ini sebenarnya agak sensitif. Saya sendiri pernah ragu-ragu untuk menulis tentangnya kerana khuatir akan menyentuh hati sesetengah pihak. Tetapi semakin lama, semakin saya rasakan ia perlu dibincangkan—dengan penuh hikmah dan empati.

Saya menulis dengan niat untuk memberi ruang kepada para wanita di luar sana yang mungkin sedang gusar, resah, atau keliru. Saya juga menulis sebagai seorang pemerhati kehidupan, yang melihat betapa persepsi masyarakat kita masih terikat dengan stigma: “Lambat jodoh, pasti ada yang tak kena.”

Tapi benarkah begitu?


Blogger Widgets

October 8, 2021

DAISO CAT REPELLENT : ELAK KUCING KENCING & BERAK DI LAMAN RUMAH ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Photo by Ihsan Adityawarman from Pexels

Pernah atau tidak anda mengalami masalah kucing sering berak atau kencing di rumah anda? Jika ya, maka kita boleh jadi geng. Jadi disebabkan masalah ini, saya mencari dan menggunakan produk viral iaitu Daiso Cat Repellent ini dalam tempoh beberapa bulan.

October 7, 2021

CHECKLIST BARANG BERSALIN YANG PERLU DIBAWA KE HOSPITAL PADA MUSIM PKP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari saya mahu berkongsi dengan pembaca mengenai barang kelengkapan yang perlu dibawa oleh para ibu diluar sana untuk dibawa ke hospital pada musim PKP. Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, senarai yang telah saya lampirkan dalam penulisan kali ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi ibu-ibu yang telah bersalin pada musim PKP. 

Saya tidak menulis berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri kerana saya masih belum bersalin dan akan bersalin pada pertengahan bulan Oktober ini. Saya berharap segalanya proses bersalin nanti dipermudahkan oleh Allah dan berjalan dengan baik. Saya mendoakan semoga urusan ibu-ibu di luar sana dipermudahkan dan dapat bersalin dengan selamat.

October 6, 2021

16 BARANG YANG PERLU ADA DALAM BEG TRAVEL HARIAN ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Dalam beberapa hari lepas, saya ada menonton channel beberapa orang youtubers dan mereka berkongsi tentang barang-barang yang disimpan di dalam beg mereka. Bagi saya, perkara yang dikongsikan oleh mereka agak menarik dan memberikan idea kepada orang ramai mengenai barang-barang yang perlu ada di dalam beg jika kita pergi ke sesuatu tempat sama ada dekat mahupun jauh.

Jadi hari ini saya mahu menulis mengenai senarai barang yang saya biasa bawa jika mahu pergi berjalan ke tempat yang jauh sedikit selama sehari seperti Ipoh, Taiping dan beberapa tempat lain. Tambahan sekarang ni kan musim covid-19, ada banyak barangan tambahan yang saya bawa bagi memudahkan perjalanan saya sepanjang berada di sesuatu tempat.

September 20, 2021

PERJALANAN MENCINTAI DIRI SENDIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

Dalam beberapa hari ini, saya telah berada dalam satu fasa yang agak menyerabutkan, iaitu berkaitan dengan emosi dalam diri. Saya tidak pasti mengapa, tetapi emosi negatif mula menyelubungi hidup saya dan saya juga mula membandingkan kehidupan saya dengan orang lain.

Apabila menyentuh mengenai emosi negatif ini, harap kalian tidak salah faham, ianya tiada kaitan dengan sifat cemburu saya terhadap orang lain, sebaliknya ianya emosi negatif saya yang terlalu menyalahkan diri sendiri for not being a productive and a talented person. 

Saya suka melihat kehidupan orang lain di dalam facebook dan juga instagram. Dan saya sangat suka memerhatikan betapa produktif rakan-rakan saya mengisi kehidupan mereka bersama keluarga dengan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, saya juga sangat suka apabila mereka menunjukkan kemahiran atau skill mereka seperti memasak, menghias rumah dan sebagainya dalam ruangan sosial media.