W E L C O M E | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca senyap dan aktif. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang sudi menggerakkan jari-jemari halus menekan tetikus semata-mata mahu menjenguk, membaca dan memberikan komentar dalam blog yang sederhana ini.

P E R H A T I A N | Penulisan dalam blog ini telah menggunakan bahasa yang tidak baku secara total dan masih berstruktur. Jika bahasanya bukan pilihan anda, maka penulis ingin menyarankan agar saudara/saudari mula berganjak daripada menjenguk atau membaca blog ini sebelum penyakit Pembenci atau istilah lain ialah Haters mula menular di dalam blog ini. Sekian dan Wassalam.

P E N U L I S | Ameelia merupakan seorang penulis blog amatur yang telah melibatkan diri dalam bidang penulisan blog selama 8 tahun. Penulisan blog adalah berkaitan dengan liku-liku kehidupannya sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, guru di kawasan pedalaman, pelajar dan pelukis amatur. VIEW

May 18, 2014

Jangan Gopoh

Jodoh ini ketentuan Allah.

Susah sebenarnya nak bercerita perihal ketentuan Allah ni, sebab benda tu ghaib dan hanya Allah sahaja yang tahu. Dia yang merancang untuk kita, tapi pada masa yang sama kita kena usaha. Tapi bila fikir balik, kadang-kala bila sudah usaha tapi jika ketentuan Allah kata;

"Engkau belum bersedia."

Kau masih nak usaha lagi ke? Jadi di sini aku tanya, nak kena usaha lagi ke? 

Reflek diri kita semula, adakah kita sudah sedia? Atau kita mencari sebab orang lain sudah berkahwin? Kita melihat kawan-kawan bahagia kita pun terikut-ikut nak bahagia macam mereka, macam tu? Tak tahan lama laa kalau kita fikir macam tu, sebab kita tergopoh-gapah. 

Aku rasa, mana-mana binaan yang nak tahan lama dan kukuh, mana boleh bina dalam masa yang sekejap. Kalau kita bina dalam jangka masa yang singkat, semua orang boleh kata hasil pembinaan tu mesti cincai-cincai punya, kan? Sebab apa, sebab kita membina bangunan tu secara tak berhati-hati dan nak cepat sahaja, asal cepat siap.

Ala, macam assignment jugak la kan. Aku tanya, assignment yang buat paling berhati-hati dan lama dengan assignment yang orang buat last minit mana lagi bagus? Kalau tugasan yang diberikan kepada kita dimulakan dengan awal sudah pasti banyak bahan-bahan dan sumber kita nak buat tugasan berbanding dengan tugasan yang dibuat last minit sebab bahan pun jadi terhad. Hasilnya, korang tentukan.

Nak berkahwin ni bukan benda mudah, benda yang susah. Susah sebab kau kena timbang balik banyak perkara terutamanya perihal tanggungjawab dan tuntutan nafkah untuk keluarga. Nak bina asas or basic ni, kena ada ilmu, kena banyak menuntut. Kadan-kala kena tengok orang punya pengalaman, perhatikan kelemahan-kelemahan institusi perkahwinan orang lain kenapa tak berjaya. Belajar daripada kelemahan diorang. 

Mungkin kita kahwin lambat, tapi kena ingat, bukan kira cepat atau lambat. Sebab lambat atau cepat tu salah satunya sebab ketentuan Allah. Sebab lain yang boleh kenal pasti kita nak hasilkan sesuatu yang berkualiti. Mungkin iman di dada tak cukup mantap, apatah lagi ilmu alam perkahwinan. Benda macam ni kena banyak refleks diri kita, kalau boleh kena banyak lagi belajar dan perbaiki kelemahan kita. 

Sekian sahaja, terima kasih.

May 14, 2014

APAKAH MAKSUD BERMIMPI ULAR PUTIH?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim.

ular putih.

Hari ini aku nak sembang pasal mimpi. Beberapa minggu lepas, aku ada termimpi ular berwarna putih yang agak besar datang daripada belah kanan dan ingin menyerang aku. Tapi aku berjaya mengelak daripada serangan ular tu sebab aku duduk di dalam kereta. Dalam mimpi tu, aku perhatikan ular tu macam bersungguh-sungguh nak serang aku, macam nak patuk pun ada - walaupun aku dalam kereta waktu tu. Tapi sebab takut sangat, aku terus je bangun daripada tidur. Bila ingat balik mimpi tu, aku jadi macam seram semacam je.

Baru-baru ni, entah kenapa tangan aku ni gatai sangat je nak google pasal tafsir mimpi ular putih. Aku bukan apa, dah banyak kali juga aku mimpi pasal ular. Tapi sebelum ni aku mimpi pasal ular hitam yang besar, tapi this time aku mimpi ular putih pulak. Memang rare la nak mimpi pasal ular yang berwarna putih ni. Bukan apa, sebelum ini roomate aku pernah juga bagitahu, kalau mimpi ular hitam petanda tak baik macam sihir. Tapi aku takdelah sampai tiga kali berturut-turut. 

Hasil googling aku menggunakan search engine google ni, macam-macam tafsiran yang aku dapat. Biasanya, mimpi ular ini akan dikaitkan petanda yang tak baik, especially kalau ular tu berwarna hitam. Tapi mengikut kepercayaan melayu pula, kalau kita bermimpikan tentang ular, dan ular itu patuk kita, tandanya kita akan dipinang orang. Tapi benda macam ni bergantung juga dengan jalan cerita mimpi tersebut. Sebab tafsiran mimpi daripada seorang ke seorang adalah berbeza. Depends kepada keadaan juga.

Berbalik semula kepada mimpi ular putih tadi, aku dapati setiap blog menceritakan tafsiran yang berbeza-beza perihal ular berwarna putih. Ada yang kata kalau mimpi ular putih ni ada musuh yang lemah, ada pula yang kata ada orang yang islam dan baik ingin menghampiri kita. Ada juga laman blog yang menceritakan kalau ada ular putih yang besar berwarna putih merujuk kepada seseorang yang benar-benar mencintai kita dalam diam. Boleh jadi orang sekeliling kita yang kita tak pernah hirau tentang dia.

Jadi, mana satu sebenarnya kalau aku mimpi pasal ular putih - kita mimpi pasal musuh, atau kita mimpikan seseorang yang ingin menghampiri kita? Atau aku sebenarnya berhadapan dengan seseorang yang suka aku dalam diam? Wallahualam.

Apa-apa pun, aku cuma mampu berdoa agar bukan perkara yang tidak baik yang datang menghampiri. 

Amin.

Sekian dan wassalam.

May 12, 2014

Brad Pitt VS Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Scroll down..scroll down, suddenly terbaca sesuatu di wall Facebook.


Wise words. Brad Pitt about his Lady:

"My girl got sick. She was constantly nervous because of problems at work, personal life, her failures and children. She lost 30 pounds and weighted about 90 pounds. She got very skinny and was constantly crying. She was not a happy woman. She had suffered from continuing headaches, heart pain and jammed nerves in her back and ribs. She did not sleep well, falling asleep only in the mornings and got tired very quickly during the day. Our relationship was on the verge of a break up. Her beauty was leaving her somewhere, she had bags under her eyes, she was poking her head, and stopped taking care of herself. She refused to shoot the films and rejected any role. I lost hope and thought that we’ll get separated soon…

But then I decided to act. After all I’ve got the MOST Beautiful Woman on earth. She is the idol of more than half of men and women on earth, and I was the one allowed to fall asleep next to her and to hug her. I began to shower her with flowers, kisses and compliments. I surprised and pleased her every minute. I gave her a lot of gifts and lived just for her. I spoke in public only about her. I incorporated all themes in her direction. I praised her in front of her own and our mutual friends. You won’t believe it, but she blossomed. She became better. She gained weight, was no longer nervous and loved me even more than ever. I had no clue that she CAN love that much.

And then I realized one thing: the woman is the reflection of her man.

If you love her to the point of madness, she will become it."

-Brad Pitt

Just read this a few minutes ago, suddenly I had a mood to write something about this. When I first read this message, all I could ever think of was Rasulullah SAW.

Bagi aku, nabi merupakan lelaki yang paling pandai menjaga isterinya. Kalau nak bandingkan dengan cara Brad Pitt, nabi Muhammad sudah maklumkan kepada umatnya melalui perlakuannya beberapa ratus tahun dahulu agar sentiasa menjaga dan melayan isteri-isteri dengan cara yang baik.

Perkara yang dilakukan oleh Brad Pitt ni, banyak dilakukan oleh Rasulullah, seperti memuji isterinya, membelai isterinya, memberikan hadiah dan berbagai-bagai lagi cara yang Rasulullah lakukan bersama dengan isterinya. If majority lelaki d diluar sana melakukan perkara yang dilakukan oleh Rasulullah dalam melayan isteri dengan cara yang baik, aku rasa takkan timbul masalah dalam rumah tangga.

Seperti mana yang kita tahu, Rasulullah SAW ini seorang yang sangat gentleman, baik hati, sentiasa menjaga isteri dia. Ikut catatan sirah juga, Nabi SAW adalah seorang suami yang suka menolong isteri-isterinya memasak di dapur. Nabi sendiri pun pandai memasak, kalau tidak pandai memasak maka adalah mustahil bagi baginda untuk memasak bersama isterinya.

Bagi aku, Rasulullah sangat menghargai isterinya yang berada di sisi, baginda sangat memahami dan sentiasa berusaha menceriakan isterinya. Sesiapa yang menjadi isteri Rasulullah, sudah pasti akan sentiasa melting hati dia, subhanallah! Kalau Brad Pitt ni buat dan ikut sunnah rasulullah SAW, aku rasa Angelina ni mesti akan lagi bahagia daripada yang sebelum ini.

Sekian dan Wassalam.

May 10, 2014

Stay Positive, Keep Calm dan Istighfar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salah sejahtera.



Kalau mahu menyentuh topik teng masalah itu dan ini, aku rasa semua orang ada masalah. Salah satu sebab kenapa aku lebih suka mendiamkan diri setiap kali masalah melanda diri adalah kerana aku rasa masalah aku bukanlah besar mana pun.

Aku percaya setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya, mana yang tiada. Kalau tiada jalan keluar pun, anggap sajalah Dia lebih tahu tentang sesuatu yang terjadi lebih daripada diri kita sendiri. Setiap benda yang nak jadi atau sudah terjadi semuanya berhikmah.

Renung kembali firman Allah SWT yang bermaksud :

"iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
 ( surah Ar-Ra'd ; 28 )

"untuk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berfikir."
(Al-Quran Surah Ghafir: 54)

Aku fokus kepada kedua-dua Firman Allah ni sebab mahu kita sama-sama renung dan berfikir setiap kali kita mengeluh ada masalah. Kenapa kita diminta untuk mengingati Allah, dan hanya mengingati Allah sahaja hati kita akan jadi lebih tenang? Mari kita renung dan berfikir sejenak.

Bagi aku sebagai hamba dia yang selama ini yang sedang mencuba mencari ketenangan dengan mengingatiNya, aku mendapati apabila kita mengingati Allah, kita secara automatiknya akan menjadi lebih positif. Aku letak kembali kepercayaan pada Allah dengan meyakinkan diri sendiri bahawa setiap benda yang berlaku adalah atas kehendakNya. 

Kita sebagai hamba, mengapa sentiasa mempertikaian perkara yang terjadi dalam hidup kita? Contohnya berlaku malapetaka, terus kita mengeluh lalu mempertikaian kepadaNya;

"Mengapa aku diuji sebegini?" 

Tenang, rakan-rakan dan sahabat, bawa bertenang. Setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita sentiasa ada hikmah yang tersembunyi - daripada kita kehilangan seseorang mahupun sesuatu, menghadapi kegagalan, muflis dan sebagainya - tiada yang sia-sia melainkan adanya hikmah yang menanti dihujungnya.


Untuk diri aku sendiri misalnya, aku pernah kehilangan sesuatu, seseorang mahupun kejayaan yang sudah digapai. Sedih sebenarnya apabila kita kehilangan sesuatu yang bernilai dalam hidup kita. Tapi cuba remind ourself, siapa yang memberikan kita nikmat-nikmat ini kalau bukan Dia? Setiap nikmat yang kita perolehi itu adalah pemberian daripada Allah yang Maha Esa.

Jika kejayaan tidak berjaya digapai, mungkin kita perlu renung kembali beberapa perkara ini :
  •  mungkin apabila kita berjaya, kita semakin angkuh dan lupa kepada Dia.
  • Mungkin apabila kita berjaya kita tidak lagi membuat sesuatu yang baik seperti dahulu
  • Mungkin apabila kita berjaya kita akan memperlekehkan orang yang gagal
  • Mungkin apabila kita berjaya kita akan mula bermalas-malasan dan tidak mahu berusaha lagi 
  • dan beberapa kemungkinan yang akan berlaku dan sebagainya.


Kejayaan yang kita mahukan itu bukan datang secara serta merta dan bergolek, sebaliknya kejayaan itu biasanya ianya akan datang tepat pada waktunya. Kita diuji dengan pelbagai masalah sebelum datangnya kejayaan, kerana apabila kejayaan tiba, sudah pasti ketika itu kita sudah matang dalam penerimaan kejayaan itu. Matang dalam penerimaan kejayaan ini merujuk cara kita menerima nikmat yang diberi oleh-Nya dengan penuh rasa syukur.

Itu masalah apabila kita tidak meraih kejayaan, tapi bagaimana pula dengan masalah-masalah lain yang membelenggu diri kita? Haah, lagi sekali marilah kita sama-sama merefleksi diri kita. Dulu, aku ada macam-macam masalah, terutamanya dengan kawan-kawan. Bila ada masalah, perempuan biasalah, akan berceritalah kepada seorang sahabat. Respons dia spontan tapi mendalam, dia berkata:

"Apa kata kau cuba reflek balik hubungan kau dengan Allah macam mana. Kalau hubungan kita dengan manusia ini tak berapa nak baik, mungkin sebab hubungan kita dengan Allah tak terjaga."

Bila dengar kenyataan yang keluar daripada mulur dia tu, aku terus senyap.
Tersentap.
Sebab apa tersentap?
Sebab aku rasa apa yang dia kata tu betul sangat.
Memang kena batang hidung aku.

Sebab itulah kita kena sentiasa berfikir dan merenung kembali, refleksi diri kita kembali. Aku rasa, kalau kita fikir tentang Allah lebih banyak daripada kita fikir masalah kita, kita end up lebih banyak muhasabah diri daripada berfikiran negatif dan menyalahkan Illahi. Banyak perkara yang aku merasakan kita kena banyak perbetulkan diri sendiri daripada tuding pada Allah mahupun makhluk ciptaanNya.

Bukan itu sahaja, aku sarankan juga apabila kita ditimpa musibah dan masalah, marilah kita sama-sama beristighfar. Apabila kita lebih banyak istighfar, dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan musibah yang ditimpa, insyaAllah, akan diperkenankan. Rasulullah SAW bersabda;

"Barangsiapa yang memperbanyak istighfar, niscaya Allah akan melapangkan setiap kesusahannya, memberi jalan keluar pada setiap kesukarannya, dan memberinya rezeki tanpa diduga-duga."
(HR. Abu Dawud dan Nasa'i)

Sebelum aku mengundur diri, ingin aku simpulkan bahawa berusahalah untuk mengingati Allah setiap kali kita menghadapi masalah.Cubalah fikir benda yang baik dan percayalah pada Allah dan ketentuan-Nya. Fikirlah positif dan beristighfarlah, mudah-mudahan perkara positif yang kita amalkan ini dapat memberikan manfaat dalam memberikan ketenangan di samping dipermudahkan mendapat jalan keluar daripada perkara yang menyulitkan keadaan. InsyaaAllah.

Sekian dan Wassalam.